CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 688|Reply: 0

Bincang imbuhan buat skuad Harimau Malaya

[Copy link]
Post time 16-6-2022 02:56 PM | Show all posts |Read mode

Skuad Harimau Malaya mengelilingi stadium bagi memberi penghormatan kepada penyokong selepas mengalahkan pasukan Bangladesh dengan keputusan jaringan gol 4-1 pada perlawanan kelayakan Piala Asia 2023, Malaysia menentang Bangladesh di Stadium Nasional, Bukit Jalil. FOTO AIZUDDIN SAAD

Kuala Lumpur: Imbuhan kepada skuad Harimau Malaya yang berjaya melayakkan diri ke Piala Asia akan dibincangkan minggu depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau akan bertemu dengan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu untuk meneliti imbuhan yang bersesuaian.

Menurutnya, pencapaian akuad Harimau Malaya membanggakan selepas penantian selama 42 tahun untuk melayakkan Malaysia beraksi di Piala Asia.

"Saya akan bertemu dengan Menteri Belia dan Sukan minggu depan untuk bincang imbuhan yang sesuai.

"Saya juga ada terima permintaan daripada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) agar pasukan negara lebih banyak beraksi dalam perlawanan persahabatan di luar negara untuk memantapkan mutu permainan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu di Stesen MRT Sri Damansara Sentral, di sini, hari ini.

Selain itu, katanya, perbincangan juga akan menentukan bentuk imbuhan buat skuad hoki negara yang melayakkan diri ke Piala Dunia 2023.

Selasa lalu, skuad Harimau Malaya melayakkan diri ke Piala Asia selepas membenam Bangladesh 4-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sebelum itu, skuad hoki lelaki negara mengesahkan tempat beraksi di Piala Dunia tahun depan selepas tuan rumah kejohanan berprestij itu, India layak beraksi di kelompok Super 4, Kejohanan Piala Asia di Jakarta.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kuad-harimau-malaya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.061218 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list