View: 10769|Reply: 49
|
[Tempatan]
Kematian diragui, ahli keluarga produk kecantikan Dnars tuntut siasatan (UPDATE)
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 21-6-2022 12:33 PM
DIKESMASKINI....
Kota Bharu: Satu laporan dibuat kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung prosedur membawa pulang jenazah pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad yang meninggal dunia dalam kemalangan di Pattani, Thailand, yang didakwa tidak mengikut tatacara.
Laporan dibuat oleh abang sulung mangsa, Mohd Faisal Rohban Ahmad, 48, melalui firma guaman Shaharuddin Hidayu & Marwaliz di pejabat SPRM Kelantan di sini, pada 3 petang hari ini.
Peguambela dan Peguamcara Lt Kol (B) Azhar Ahmad, berkata, proses membawa pulang jenazah pada 18 Mei 2019 yang dilakukan pada hari sama kemalangan berlaku didakwa mempunyai unsur ketidakpatuhan kepada prosedur sekali gus menimbulkan keraguan.
"Satu daripada syarat wajib untuk urusan membawa pulang jenazah yang meninggal dunia di luar negara adalah mempunyai surat kebenaran daripada pejabat Konsulat Malaysia di Songkla, Thailand tapi dalam kes ini, tiada dikeluarkan surat berkenaan.
"Begitu juga dengan tempoh yang singkat urusan membawa pulang jenazah yang kebiasaannya mengambil masa sekurang-kurangnya lima hari tapi untuk jenazah ini tidak sampai 12 jam sudah tiba di negara ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Azhar berkata, pihaknya juga sudah ke Wisma Putra di Putrajaya dan mendakwa ada pengesahan daripada seorang pegawai di sana bahawa urusan membawa pulang Allahyarham Faziani tidak mengikut prosedur sebenar.
Katanya, daripada maklumat yang dikumpulkan, pihaknya menasihati anak guam untuk membuat laporan kepada SPRM kerana mengesyaki ada unsur ketidaktpatuhan.
"Laporan lengkap sudah dibuat dan kami berharap pihak SPRM dapat menjalankan siasatan terperinci agar keluarga dapat mengetahui apa yang berlaku sebenarnya," katanya.
Sementara itu, Mohd Faisal berharap agar siasatan dapat disegerakan bagi mengelakkan masalah yang akan timbul di kemudian hari.
Katanya, tidak dinafikan proses yang cepat dan lancar ketika membawa pulang jenazah adiknya pada Mac tiga tahun lalu agak melegakan tapi dalam masa yang sama menimbulkan keraguan keluarga mangsa yang tiada di lokasi kejadian serta sepanjang pengurusan kemasukan jenazah itu ke Malaysia.
"Ia berlaku terlalu pantas sedangkan arwah bapa kami yang meninggal dunia di luar negara dahulu memakan masa paling kurang dua hari sebelum dibenarkan untuk dibawa pulang.
"Apabila berlaku terlalu cepat (proses membawa pulang jenazah), ia memang satu audit yang bagus tapi dibimbangi menimbulkan masalah di kemudian hari," katanya.
Media sebelum ini melaporkan, pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban meninggal dunia, manakala suaminya cedera selepas terbabit dalam kemalangan di Pattani, Thailand ketika dalam perjalanan ke sebuah pondok di Yala, untuk memberi sumbangan.
Kemalangan membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima yang dinaiki mangsa dan sebuah lori yang mengakibatkan wanita itu maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah, manakala suaminya, Shah Rizal Ibrahim, cedera.
-------------------------------------
PETALING JAYA: Selepas tiga tahun kematian pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, allahyarham Faziani Rohban Ahmad, keluarganya bertindak membuat laporan polis menuntut siasatan lanjut dilakukan terhadap kematiannya.
Laporan polis itu dibuat 1 tengah hari, hari ini, di Balai Polis Tumpat, Kota Bharu.
Ahli keluarga allahyarham ketika dihubungi, mengesahkan membuat laporan polis bagi menuntut siasatan lanjut terhadap kematian Faziani yang disyaki ada unsur lain.
“Selepas kematian allahyarham, kami ahli keluarga melantik peguam untuk mendapatkan maklumat dan hasil dapatan peguam terbabit, mendapati kematian allahyarham diragui.
“Kami mengesyaki kematian allahyarham bukan disebabkan kemalangan semata-mata sebaliknya ada unsur lain yang menyebabkan kami tampil membuat laporan polis.
“Susulan laporan dibuat, saya juga sudah memberi keterangan kepada pihak polis hari ini dan kami berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Sementara itu, Ketua Polis Tumpat Amran Dolah, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis yang dibuat keluarga allahyarham.
Katanya, pihaknya akan merujuk laporan berkenaan ke Bahagian Perundangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) terlebih dahulu memandangkan kes berkenaan berlaku di Thailand.
Media sebelum ini melaporkan, pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban meninggal dunia, manakala suaminya cedera selepas terbabit dalam kemalangan di Pattani, Thailand, pada 18 Mei 2019.
Faziani maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah, manakala suaminya, Shah Rizal Ibrahim, cedera.
Kemalangan membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima yang dinaiki mangsa dan sebuah lori. Allahyarham dikatakan dalam perjalanan ke sebuah pondok di Yala, Thailand untuk memberi sumbangan.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/06/16/selepas-3-tahun-keluarga-tuntut-siasatan-kematian-pengasas-dnars/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Tak taw kenapa.masa baca news meninggal tu..i ols dah syak something fishy going on....lama giler baru nak report. |
|
|
|
|
|
|
|
marla69 replied at 16-6-2022 10:23 PM
Tak taw kenapa.masa baca news meninggal tu..i ols dah syak something fishy going on....lama giler ba ...
I pun sama |
|
|
|
|
|
|
|
Dah 3 tahun baru nak mintak siasatan lanjut... |
|
|
|
|
|
|
|
Ada bc kat tik tok anak dia.. kat blkg kepala arwah mak dia mcm ada lubang... |
|
|
|
|
|
|
|
Xde buat post mortem segala kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Produk ni ada lg ke
Jgn sbb income dh merudum plk br nk bkk kes
|
|
|
|
|
|
|
|
syakuntala replied at 16-6-2022 10:54 PM
Ada bc kat tik tok anak dia.. kat blkg kepala arwah mak dia mcm ada lubang...
Dasyat nya
Dia ni masa meninggal memang tak da post mortem ya? |
|
|
|
|
|
|
|
Macam wife doc cendawan tu la. Katanya mati eksiden.
|
|
|
|
|
|
|
|
syakuntala replied at 16-6-2022 10:54 PM
Ada bc kat tik tok anak dia.. kat blkg kepala arwah mak dia mcm ada lubang...
Takkan kena panah jugak? |
|
|
|
|
|
|
|
Kadg2 tgok ank pompuanye live bukn nk kata nmpk sgt terpaksa pegang legasi maknye .. mcm budk2 ko suh dia kerja mcm tu laa |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tumpanglalu74 at 17-6-2022 01:52 PM
Bapak tiri deme ke yang kawen dengan bohsia ade porno tu?
Gugel je: Aen Shahera hamster |
|
|
|
|
|
|
|
still mengunguli carta ada merkuri lagi ke??
|
|
|
|
|
|
|
|
mati kt siam.. post mortem kt sana.. fishy kan.... tk sampai berapa lama nikah lain laki arwah... |
|
|
|
|
|
|
|
masa awal ritu x buat postmortem cukup2.. meninggal kt siam pulak... ptt nya buat kt sana n kt sini, tp masa tu bersangka baik kt papa tiri nya ka... yg buat suspicios tu sbb arwah kt sebelah meninggal, tp yg papa tiri tu calar ciket jah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada lg ke produk dio
Cam dah suraammm |
|
|
|
|
|
|
|
Tiada kaitan yang hidup atau mati, iols bikin drama skrip dia gini:
Suami minta wifey buka seatbelt utk capai barang kat seat belakang, wifey sedang duk busy capai barang, tiba2 suami langgar sisi kiri kereta belakang lori. Remuk habis sebelah kiri kereta dengan wifey fatally injured sbb tak pakai seatbelt, meskipun ada beg udara. Suami si driver claim ngantuk, x perasan lori.
Best tak drama thriller pukul 7 i???
Yg heran tu, nobody nak press charge kat suami memandu cuai (ngantuk)...suami innocent giler, katanya tgh cari next R&R utk berehat. Kalau jadi drama pukul 7 sure laku, tapi producer takde bajet buat scene eksiden kot??? Ke kena include babak Mak Leha skali baru rating naik??? |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya takde post mortem. kalau tak silap sbb suaminya masa tu minta disegerakan pengebumian
|
|
|
|
|
|
|
|
Kejam.....gedebe suami dia |
|
|
|
|
|
|
| |
|