CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 729|Reply: 0

Melbourne anjur GP Australia hingga 2035

[Copy link]
Post time 17-6-2022 11:29 AM | Show all posts |Read mode

PERLUMBAAN GP Australia pada 10 April lalu. FOTO REUTERS

Melbourne: Grand Prix (GP) Australia akan terus diadakan di Melbourne sehingga 2035 selepas penganjur perlumbaan mengumumkan perjanjian baharu 10 tahun dengan Formula Satu, hari ini.

Perkembangan itu menyaksikan mereka menewaskan bidaan dari Sydney dan Gold Coast.

Perlumbaan pertama dimulakan pada 1928 dan diadakan di Sirkit Albert Park di Melbourne sejak 1996.

Ia mencatat rekod kehadiran penonton apabila perlumbaan diadakan semula April lalu dan dimenangi pemandu Ferrari, Charles Leclerc selepas tidak dianjurkan pada 2020 dan 2021 akibat Covid-19.

"Perlumbaan selalunya menjadi kegemaran penonton, pemandu dan pasukan dan Melbourne adalah bandar antarabangsa hebat yang sesuatu dengan sukan kami," kata Presiden Formula Satu, Stefano Domenicali dalam satu kenyataan.

Penganjur berkata, hampir 420,000 orang hadir sepanjang empat hari pada tahun ini, mengatasi rekod sebelum ini, 401,000 penonton pada perlumbaan sulung di Melbourne pada 1996.

Senario itu menyaksikan kelebihan besar Albert Park untuk mengatasi pencabar dan memastikan perlumbaan untuk 13 musim lagi.

Sydney, Gold Coast dan Adelaide antara bandar mahu menjadi tuan rumah dan menantikan aksi Formula Satu.

Populariti Formula Satu semakin meningkat terutama selepas siri Netflix, Drive to Survive yang menarik penonton remaja dan menjadikan pemandu sebagai bintang.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... stralia-hingga-2035
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:14 AM GMT+8 , Processed in 0.055239 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list