CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1211|Reply: 16

Sanggup Bayarkan Hutang, Bil Hospital- Pesara Wanita 66 Tahun Mabuk Cinta Dengan Scammer Habis Duit RM4 Juta

[Copy link]
Post time 17-6-2022 03:25 PM | Show all posts |Read mode
KUANTAN: Gara-gara termakan pujuk rayu lelaki warganegara Amerika Syarikat, seorang warga emas terpaksa berputih mata kerugian lebih RM4 juta dipercayai ditipu sendikit ‘Love Scam’.


Mangsa mengenali lelaki tersebut melalui laman sosial, Facebook miliknya.


Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, wanita berusia 66 tahun itu merupakan pesara kerajaan dan mengenali suspek sekitar pertengahan tahun lalu.


Foto: NST




Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, lelaki terbabit memperkenalkan dirinya sebagai ahli kaji bumi sebuah syarikat mencari gali minyak yang tinggal di Amerika Syarikat.


“Sepanjang perkenalan mangsa dan suspek di antara 2 Disember 2021 hingga 31 Mei lalu, mangsa telah diperdaya oleh suspek bersama dua rakan sejenayah dengan pelbagai alasan.


“Ini termasuklah membantu suspek menjelaskan hutang, pembayaran kontrak kerja, upah pekerjaan, kos perubatan serta kos pembayaran peguam urusan harta warisan bapa suspek yang dikatakan mati akibat tekanan masalah hutang.


“Mangsa dikatakan telah membuat pindahan wang sebanyak 190 kali ke dalam pelbagai akaun bank diberikan suspek dengan jumlah kerugian keseluruhannya bernilai RM4,342,500,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Mengulas lanjut, Ramli berkata, setelah menyedari dirinya ditipu wanita terbabit membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong, 15 Jun lalu.


Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan pujuk rayu individu khususnya yang tidak dikenali.


“Ini kerana selalunya pelaku jenayah menggunakan pelbagai muslihat untuk memujuk dan memperdaya mangsa sehingga semua wang dipindahkan ke akaun pelaku jenayah.  


“Dalam kes ini, sebanyak 190 transaksi pindahan wang telah dibuat.  Ini bermakna mangsa telah diperdaya sebanyak 190 kali untuk memindahkan wangnya dalam tempoh yang pendek.


“Justeru, warga emas berumur yang mempunyai simpanan wang jangan alpa dengan pujuk rayu dengan orang yang hanya dikenali dalam media sosial,” katanya. -CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2022 03:26 PM | Show all posts
gila..cinta kena bayar modal
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 03:27 PM | Show all posts
tatau nak cakap..
takdak waris ka..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaya pesara ada 4 juta.. tp malangnya bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 03:31 PM | Show all posts
66yo masih garik nak bercinta...hmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Pesara keje apa ni weh boleh ada berjuta ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2022 03:33 PM | Show all posts
kerja kerajaan ape yg mampu kumpul sampai 4 juta,
menteri ke ni yg kena scam?
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 04:20 PM | Show all posts
copy_paste replied at 17-6-2022 03:33 PM
kerja kerajaan ape yg mampu kumpul sampai 4 juta,
menteri ke ni yg kena scam?

menteri juta2 tak main, depa main Billions lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2022 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila diberi pangkat kena amanah....kita tak tau mungkin waktu kita dah tua tak boleh nak bekerja....ditarik macam tu je rezeki kita....sekadar renungan....
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 05:15 PM | Show all posts
kotakominami replied at 17-6-2022 05:13 PM
Bila diberi pangkat kena amanah....kita tak tau mungkin waktu kita dah tua tak boleh nak bekerja.... ...

insofff di petang jumaat....semoga rezeki kita diberkati...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 02:15 PM | Show all posts
Acik2 gomen yg single tu ambik iktibar ye kejadian ini. Jgn nak mendongak langit aku dpt pencen bulan2 yaacchh
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Main saham kot, tu yg untung berjuta..tp sayang akhirnya dikebas org..ntah2 mat nigger menyamar
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti mat black..dr nigeria ni knn2 warga us...hrp2 dijauhkanlah dr scammers bila pencen nanti....huhu
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
4 juta nek? Aiyoyo. Musti dah berbuih mulut orang terdekat nasihat tapi nek tak mau dengar.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 02:33 PM | Show all posts
duit tu duit tak berkat kot.. cane nenek kumpul duit 4 juta tu.. mesti stok2 pengarah ni. kemain byk duit pencen
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 02:36 PM | Show all posts
kenapa nk bercinta dgn org sakit di umur2 senja2 ni? harap ado la lagi juta baki ..huhu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2022 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
At 66 years old........jantan garit mana lah yg tergila-gila kat kau. Ini kena faham, Ok?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.054611 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list