View: 949|Reply: 12
|
[Tempatan]
Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, terkejut dan nafi terima wang UKSB
[Copy link]
|
|
Anifah terkejut, nafi terima dan terima wang UKSB
https://www.utusan.com.my/nasion ... n-terima-wang-uksb/
Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR
20 Jun 2022, 8:49 am
ANIFAH AMAN
PETALING JAYA: Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menafikan menerima sebarang wang daripada Ultra Kinrara Sdn. Bhd. (UKSB) dan menegaskan tidak pernah berjumpa dengan bekas Pengurusan Pentadbiran syarikat itu, David Tan Siong Sun.
Anifah yang terkejut dengan keterangan Siong Sun kemudian memaklumkan beliau bersedia untuk membantu siasatan dijalankan pihak berkuasa bagi membersihkan namanya.
“Sebagai Menteri Luar, saya berjumpa dengan ramai orang. Seingat saya, tidak pernah jumpa David Tan atau menerima sebarang wang daripadanya mahupun UKSB.
“Saya tidak mengetahui siapa mereka dan saya tidak pernah berurusan dengan mereka dalam apa perkara sekali pun,” katanya dalam kenyataan.
Beliau merujuk kepada laporan berita membabitkan namanya menerusi keterangan Siong Sun selaku saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes rasuah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Selain bekas Ahli Parlimen Kimanis itu, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disebut sebagai salah seorang penerima dana berjumlah kira-kira RM1.3 juta daripada UKSB selalu syarikat pembekal perkhidmatan visa luar negara (VLN) oleh saksi pendakwaan ke-17 bicara kes Ahmad Zahid.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pagoh itu dalam reaksi balasnya menafikan kenyataan saksi pendakwaan terbabit iaitu Siong Sun.
Malah, prosiding tersebut turut menamakan tiga anggota Kabinet seperti Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan seorang lagi bekas menteri iaitu Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.
Susulan pendedahan itu, SPRM dalam reaksi segera memaklumkan akan membuka kertas siasatan terhadap penama yang didakwa menerima wang dalam perbicaraan kes rasuah itu. – UTUSAN
|
|
|
|
|
|
|
|
betul2 tekejut ke buat2 terkejut? |
|
|
|
|
|
|
|
Kuceng saya pun terkejut berikutan membaca berita ini. |
|
|
|
|
|
|
|
nie sorang lg...buat2 lupa...tp duit dpt buat soping |
|
|
|
|
|
|
|
Ni semua salah Dap..
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
mungkin dia berkata benar .... dia terkejut sebab dia dah lupa.. ... sebab lupanya ialah banyak pihak bagi duit.. |
|
|
|
|
|
|
|
tripleid replied at 20-6-2022 12:03 PM
Ni semua salah Dap..
Hahaha....itu lain....tp klau nama hakim yg kena sebut bkn dlm prosiding mahkamah oleh individu yg diragui kredibiliti laju pulak diorg siasat sampai mael lambung pun sokong |
|
|
|
|
|
|
|
hasil dari luar negara, takkan ko tak tahu mesti ada komisyen punya, dari awal benda ni wujud, mesti sudah tahu, dekat mana lagi ada benda ni? India? Sri Lanka? Bangladesh? |
|
|
|
|
|
|
|
“Sebagai Menteri Luar, saya berjumpa dengan ramai orang. Seingat saya, tidak pernah jumpa David Tan atau menerima sebarang wang daripadanya mahupun UKSB."
tu yg ko tak ingat lettew atok, sendiri mengaku jumpa ramai orang sampai ko pon tatau sape |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 20-6-2022 12:30 PM
Hahaha....itu lain....tp klau nama hakim yg kena sebut bkn dlm prosiding mahkamah oleh individu y ...
Ni lah jadinya kalo kjaan corrupt to the core..akn lakukan apa saja smpai judical system pun dorg kacau utk nak lepaskan diri..apa2 hal boleh blame dap |
|
|
|
|
|
|
|
sikit sangat kot sbb tu lupaaa..... |
|
|
|
|
|
|
|
sampai la ni tak percaya SPRM sejak bos dia kata adik dia main saham guna nama dia. hahahaha |
|
|
|
|
|
|
| |
|