CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 825|Reply: 12

[Tempatan] Penjara terbesar di Malaysia menjelang 2027 - Kelantan

[Copy link]
Post time 20-6-2022 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by bunnyj3lly at 20-6-2022 11:04 AM

KOTA BHARU: Penjara baharu yang boleh menempatkan 3,000 banduan akan dibina di Kelantan dan dijangka siap pada 2027.
Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Mohd Sayuthi Bakar berkata mengikut perancangan penjara terbesar dan moden itu akan dibina di Ketereh dan proses pemilikan tanah dijangka diselesaikan tahun ini.

"Proses pembinaan dijangka bermula pada hujung tahun depan dan mengambil masa sekitar tiga atau empat tahun untuk siap sepenuhnya.

Sumber : AstroAwani https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-bina-penjara-terbesar-di-kelantan-367118?amp=1

Apakah pandangan anda? Makin ramai ke criminals kat Malaysia ni?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2022 11:01 AM | Show all posts
sumber berita dari mana?kalu xde saya katup ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2022 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
xpdckelate replied at 20-6-2022 11:01 AM
sumber berita dari mana?kalu xde saya katup ye

Okay, dah add sumber. Maaf budak baru belajar...

Comments

ok takpe  Post time 20-6-2022 11:13 AM
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 11:14 AM | Show all posts
KOTA BHARU: Penjara baharu yang boleh menempatkan 3,000 banduan akan dibina di Kelantan dan dijangka siap pada 2027.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Mohd Sayuthi Bakar berkata mengikut perancangan penjara terbesar dan moden itu akan dibina di Ketereh dan proses pemilikan tanah dijangka diselesaikan tahun ini.
"Proses pembinaan dijangka bermula pada hujung tahun depan dan mengambil masa sekitar tiga atau empat tahun untuk siap sepenuhnya.

"Penjara baharu ini bertujuan untuk mewujudkan fasiliti lebih baik kepada kedua-dua pihak termasuk penghuni dan juga pihak penjara memandangkan kita dapati banyak penjara di negara ini telah berusia dan perlu penambahbaikan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2021 Peringkat Zon Timur kepada 200 penerima di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.
Mohd Sayuthi berkata pembinaan penjara itu juga dapat mengurangkan kesesakan di penjara sedia ada termasuk kesesakan penjara di Zon Timur.
"Ketika ini Jabatan Penjara Malaysia telah mengambil inisiatif sementara waktu dengan mengadakan program-program pemulihan untuk mengurangkan kesesakan banduan dalam penjara.
"Kita lihat ia telah membuahkan hasil apabila penyertaan kita dalam London Craft Week baru-baru ini berjaya memperoleh anugerah di sana selain beberapa program pemulihan kita turut mendapat perhatian daripada jabatan penjara di luar negara termasuk United Kingdom," katanya.
-- BERNAMA

https://www.astroawani.com/berit ... -di-kelantan-367118
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga sskjp nnt jd kan penjara ni sbg salah satu tmpt pelancongan...

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Ha elok la tu. Esok lusa hat penoh kot dalam tu semua hat dok rogol anak adik kakak sendiri rogol jiran ustat gey ustat rogol anak murid cabui sana cabui sini. Elok sangat hangpa besaqkan penjara hangpa tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-6-2022 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 20-6-2022 11:41 AM

Elok sgt lah buat kat negri serambi mekoh tu..jenayah rogol,liwat sumbang mahram, dadah etc mmg plg ramai kat situ pun

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 01:41 PM | Show all posts
Soalan serius. Bila nak masuk penjara ni memang akan dibagi dekat kampung sendiri ka? Kelantan for Kelantanese gitu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2022 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 20-6-2022 01:41 PM
Soalan serius. Bila nak masuk penjara ni memang akan dibagi dekat kampung sendiri ka? Kelantan for K ...

ofkos lah..sskjpml
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 03:41 PM | Show all posts
Sesuai ler tu banyak je kes jenayah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2022 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 20-6-2022 01:41 PM
Soalan serius. Bila nak masuk penjara ni memang akan dibagi dekat kampung sendiri ka? Kelantan for K ...

Haa.. I also wonder benda sama. Tapi kalau from different state, logistics wise mcm jauh gila sbb most high profile cases or case yg dasat2 ni bicara kat KL kan. Wonder juga apa dimaksudkan penjara moden tu....
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok la.  Tak payah bazir duit minyak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.047757 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list