CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 351|Reply: 1

[Dunia] China uji ujian peluru berpandu antibalistik

[Copy link]
Post time 20-6-2022 11:44 AM | Show all posts |Read mode
China uji ujian peluru berpandu antibalistik


FOTO HIASAN. FOTO Reuters

Beijing: China berjaya menjalankan ujian peluru berpandu antibalistik jarak pertengahan pada Ahad, kata kementerian pertahanannya.

Dalam satu kenyataan ringkas, kementerian itu berkata, ujian "teknologi pintasan antipeluru berpandu berasaskan darat" dijalankan pada malam itu, lapor The Straits Times.

"Ujian itu mencapai matlamat yang dijangkakan. Ujian ini bersifat defensif dan tidak ditujukan kepada mana-mana negara," kata kementerian itu.

China meningkatkan penyelidikan ke atas semua jenis peluru berpandu, daripada yang boleh memusnahkan satelit di angkasa kepada peluru berpandu balistik yang canggih, sebagai sebahagian daripada skim pemodenan oleh Presiden Xi Jinping.

Negara itu menjalankan ujian serupa pada Februari 2021 dan menjadikan jumlah ujian teknikal peluru berpandu antibalistik berasaskan darat China yang diumumkan secara terbuka kepada enam, lapor media kerajaan Global Times.

China, bersama sekutunya Rusia, berulang kali menyatakan bantahan terhadap penempatan sistem antipeluru berpandu Terminal Altitud Kawasan Altitud Tinggi (Thaad) Amerika Syarikat (AS) di Korea Selatan.

China berkata, radar berkuasa itu boleh menembusi wilayahnya dan sudah mengadakan latihan simulasi anti peluru berpandu bersama Rusia.

Korea Utara yang juga meningkatkan ujian peluru berpandunya dalam beberapa bulan kebelakangan ini, mendorong Korea Selatan dan AS untuk bertindak balas terhadapnya.

Pada 2016, Kementerian Pertahanan mengesahkan ia meneruskan ujian sistem antipeluru berpandu selepas gambar muncul di stesen televisyen kerajaan.

Beijing berkata teknologi sedemikian diperlukan untuk pertahanan dan keselamatan negara.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/global ... rpandu-antibalistik

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2022 11:47 AM | Show all posts
"Ujian itu mencapai matlamat yang dijangkakan. Ujian ini bersifat defensif dan tidak ditujukan kepada mana-mana negara," kata kementerian itu.


ayat kedua tu kita semua dah tahu negara itu ialah taiwan..  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:55 AM GMT+8 , Processed in 0.036547 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list