|
Pesawat terpaksa patah balik kerana burung
Pesawat IndiGo. FOTO fail AFP
New Delhi: Pesawat IndiGo ke Delhi dari Guwahati terpaksa berpatah balik kerana disyaki dilanggar burung selepas berlepas pada Ahad.
New Delhi TV melaporkan, semua penumpang ditempatkan dalam penerbangan lain ke Delhi dan pesawat itu diperiksa.
"IndiGo Airbus A320neo (VT-ITB) yang mengendalikan penerbangan 6E 6394 dari Guwahati-Delhi kembali ke lapangan terbang Guwahati, kerana disyaki dilanggar burung selepas berlepas. Semua penumpang ditempatkan dalam penerbangan lain ke Delhi. Pesawat itu akan diperiksa selama yang diperlukan," kata IndiGo dalam satu kenyataan.
Ini adalah kejadian ketiga seumpamanya dalam sehari apabila sebuah penerbangan membuat pendaratan kecemasan.
Terdahulu pada petang Ahad, penerbangan SpiceJet ke Jabalpur mendarat kembali di Lapangan Terbang Delhi selepas ia gagal mendapatkan semula perbezaan tekanan kabin walaupun selepas mencapai ketinggian 6,000 kaki.
Terdahulu, dalam satu lagi insiden membabitkan syarikat penerbangan itu, sebuah SpiceJet Boeing 737 dengan 185 orang dalam penumpang selamat kembali ke Patna sejurus selepas pendaratan cemas pada petang Ahad berikutan laporan kebakaran di salah satu enjinnya.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/global ... balik-kerana-burung
|
|