CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1238|Reply: 12

Bidan Dikecam, Berjoget Sakan Sambil Tunggu Air Ketuban Pesakit Pecah

[Copy link]
Post time 20-6-2022 03:43 PM | Show all posts |Read mode
Sebuah video tular, memaparkan pengamal perubatan sedang berjoget sakan ketika seorang wanita hamil sedang bertarung nyawa nak bersalin.


“Sambil menunggu ketuban pecah, bidannya goyang dulu,”tulisnya di laman TikTok @bidanpraktekmandiri.


Detik.com menyatakan, pemilik premis yang dikenali Wayan Agustini memberitahu tujuan mereka menari semasa pesakit sedang menunggu air ketubannya pecah adalah sebagai hiburan.




Foto: IG




Difahamkan, wanita hamil berkenaan tidak boleh dipegang pada ketika itu.


“Ia, benar. Video tular di laman TikTok dibuat semasa menunggu air ketuban pesakit pecah.


“Niat kami hanya untuk menghiburkan pesakit sahaja,”jelas Agustini.


Tambahnya lagi, video tersebut sebenarnya bertujuan pendidikan kepada orang ramai.




  



Tambah Agustini lagi, mereka sudah meminta izin dengan suami dan keluarga pesakit sebelum merakam video itu.


“Saya sudah meminta izin dengan suami dan keluarganya. Pesakit pun terkejut video tersebut boleh tular, padahal dia sendiri rasa terhibur.”ujarnya lagi.


Agustini mengatakan pesakit sudah dua kali melahirkan anak di situ.


Perkongsian itu mengundang kecaman ramai sebaik sahaja melihat aksi yang dilakukan oleh pengamal perubatan tersebut di hadapan pesakitnya. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2022 04:08 PM | Show all posts
Edited by eyansss at 20-6-2022 04:10 PM

berani ke patient tolak or marah?  kang korang merempan2 kesentapan pulak…. dia dah la fikir anak dalam perut tu…
pastu tuan tanah ni indon ke sebab asyik tepek berita bodo indon kat isu semasa...  kalau kat kongsi tular tu boleh la terima lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 04:53 PM | Show all posts
eyansss replied at 20-6-2022 04:08 PM
berani ke patient tolak or marah?  kang korang merempan2 kesentapan pulak…. dia dah la fikir anak d ...

ntahnye

kang kata takleh, takut dia picit baby tu pulak. tak pasal2 kiok
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Indon patutlah @trisnalovezul @Friska
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 06:08 PM | Show all posts
Sesetengah orang tu demi content sanggup
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 06:39 PM | Show all posts
tapikan ramai yg kenalan meol kaki tiktok ni kata tiktok ni addicted.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-6-2022 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp ibu tu xnmpk terhibur pn
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
whimsicalmusic replied at 20-6-2022 12:18 PM
Tp ibu tu xnmpk terhibur pn

Kan? Teringat kawan meols marah (dalam hati ja) sebab masa sheol kesakitan nak bersalin boleh pula nurse bising terkekeh2 ketawa dalam wad bersalin. Sheol bilang kalau cikgu ketawa terkekeh2 semasa pelajar sedang exam mesti dah dikomplen.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2022 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 20-6-2022 08:21 PM
Kan? Teringat kawan meols marah (dalam hati ja) sebab masa sheol kesakitan nak bersalin boleh pula ...

I agree kaka..time tgh contraction mmg semua bnda rasa nk marah..kalo nurse pegang tgn bg kata2 semanagt zikir ke ape iolls blh terima..kalo bjoget mau mengamok iolls
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 20-6-2022 08:22 PM

Board CI ini akan dipenuhi bendera merah putih
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 08:00 AM | Show all posts

Tu Le

tikusmontok replied at 21-6-2022 07:51 AM
Board CI ini akan dipenuhi bendera merah putih

Kalo nampak bayang font ape2 lokasi sekalipon aku takkan buboh bendera.  Ini yang jenis tak nampak langsong, maka dapat bendera la topik dia..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 08:02 AM | Show all posts
Hlg dah kewarasan manusia selepas wujudnya pelbagai media sosial...demi tanda suka dan tular. Tak dah rasa malu masing2...Tanda2 akhir zaman
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.052850 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list