CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2560|Reply: 48

[Tempatan] Malaysia bukan lagi milik Bumiputera....Melayu semakin miskin, kata Tun M.

[Copy link]
Post time 21-6-2022 10:24 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR : Malaysia dianggap bukan lagi milik Bumiputera apabila bangsa Melayu masih lagi dibelenggu dengan isu kemiskinan, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, situasi itu dapat dilihat apabila banyak tanah milik orang Melayu terpaksa dijual akibat isu kemiskinan.

“Orang melayu miskin kerana kita dapati walaupun kita mempunyai simpanan tanah Melayu namun kerap kali dijual dan sebenarnya dimiliki oleh orang lain.  

“Seperti yang berlaku di Singapura yang sebahagian daripada Johor tetapi kita hilang Singapura sehingga menjadi negara lain dan dimiliki oleh orang lain.

“Orang Melayu di Singapura ketika itu tidak mampu nak kuasai kekayaan bahkan ingin memiliki tanah pun bukan dalam kalangan orang melayu,” katanya ketika sidang media Program Aku Melayu di Kuala Lumpur pada Ahad.

Ahli Parlimen Langkawi itu dalam masa sama berpendapat, kempen menghalang penjualan tanah perlu diperbanyakkan untuk menghalang aktiviti itu terus berlaku.
Melihat kepada senario ketika ini, Dr Mahathir menzahirkan kebimbangan berhubung masa depan bangsa Melayu di negara ini.

“Walaupun kita dapati ada beberapa kerat orang yang berjaya dan kaya tetapi umumnya orang Melayu adalah antara yang termiskin di Malaysia.

“Orang miskin adalah orang yang lemah dan apabila lemah mereka akan lakukan sesuatu perkara yang merugikan mereka,” ujarnya lagi.

Beliau dalam masa sama turut mencadangkan agar diwujudkan beberapa forum untuk dijadikan platform bagi membincangkan faktor kelemahan orang Melayu di negara ini selain mencari solusi berhubung masalah tersebut.

Astro Awani


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2022 10:31 AM | Show all posts
Itu jer lar modal dinosaur purba neh.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
"butol...butol...butol....Langkawi suda kita ROHINGYA 'PUNYA'-Rohingya...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 21-6-2022 10:35 AM
"butol...butol...butol....Langkawi suda kita ROHINGYA 'PUNYA'-Rohingya...


Baru nk komen benda sama...

Dah jd milik bangla..indon...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Jasa atok tetap di kenang

Melayu miskin sejak pra merdeka..cuma beberapa kerat je yg highlight n atok till risau tetap teriak

Dulu melayu tak pernah tengok kereta..arini berlumba tayang kete mewah

Yang tau tau lah...budak baru nk up apa tau?

Walo aku tak kenan kat atok tp jasa dia lai bnyk dari buruk dia untuk orang Melayu..itu kne ingat!!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 11:28 AM | Show all posts
tak boleh sembang kosong, kena ada data dan statistik adakah benar melayu masih miskin?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2022 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Ucapan atok tue dituju pada seseorg ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 12:15 PM | Show all posts
ifanonline replied at 21-6-2022 11:28 AM
tak boleh sembang kosong, kena ada data dan statistik adakah benar melayu masih miskin?

iols rs boleh tgok pd data bantuan ms musim covid aritu... rs nya kalau based on peratusan per populasi kaum, melayu mendonia sbg penerima bantuan.. iols rs boleh minta data n statistik dari pejabat tanah setiap negeri tentang pemilikan tanah.. iols percaya cina lagi ramai yg memiliki tanah di Semenanjung Malaysia drpd Melayu despite populasi Melayu plg ramai.... itupun nsib baik ada tanah rezab melayu bagai....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2022 12:16 PM | Show all posts
Zaman ko perintah dulu bertambah ke pemilikan tanah Melayu? Cukup2 la jadi toksik..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 12:18 PM | Show all posts
ajinomotonosuga replied at 21-6-2022 11:24 AM
Jasa atok tetap di kenang

Melayu miskin sejak pra merdeka..cuma beberapa kerat je yg highlight n at ...

this time iols bersetuju dgan kau... tak dinafikan atok ada buat silap, tapi apa yg atok buat utk org Melayu adalah apa yg pemimpin2 lain x mampu nak realisasikan tapi atok mampu..... sayangnya org melayu skrg tak nampak / tak tahu jasa atok ni sehingga mereka boleh hidup seperti skrg... yg skrg ni pun diorg duk mengeluh, kalo hidup zaman dulu tak tahu la diorg kata apa.......
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 12:26 PM | Show all posts
nak salahkan sapa? ada tanah, semua nak jual ke cina, lepas tu terjerit2 kata melayu jadi melukut di tanah air sendiri.. anak2 melayu semua hijrah ke bandar, kampung sunyi, rumah pusaka tinggal..apa nak buat..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 12:26 PM | Show all posts
Orix replied at 21-6-2022 12:15 PM
iols rs boleh tgok pd data bantuan ms musim covid aritu... rs nya kalau based on peratusan per pop ...

Cakap pasal tanah ada benarnya.  Ramai dah pemilik tanah orang melayu bertukar tangan.  Elok2 ada tanah rumah dan kebun gi jual terus bertukar jadi kawasan jirat besar besaran.  Pada hal kalau dia orang tunggu sikit lagi dah boleh membangun pun kawasan tanah yang dia jual tu.  
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 12:32 PM | Show all posts
tungkai replied at 21-6-2022 12:16 PM
Zaman ko perintah dulu bertambah ke pemilikan tanah Melayu? Cukup2 la jadi toksik..

dah melayu sendiri jual tanah sbb $$ apa atok boleh buat ?? ko nk suruh semua tanah jd rizab melayu ka ??? nk suruh atok haromkan penjualan tanah melayu pd bukan melayu ? gitu ?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 12:50 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 21-6-2022 12:26 PM
Cakap pasal tanah ada benarnya.  Ramai dah pemilik tanah orang melayu bertukar tangan.  Elok2 ada  ...

sebab nak $$$ cepat... iols asal kampung, kampung iols tu kira ulu la jugak... kalo jual tanah dlu harga 7-8k seekar pun xde spe nak beli... tp skrg da membangun... dlu2 tanah kt kg tu kebanyakannya org melayu punya... baru2 ni ada tanah tepi jalan kt kg iols, dh byak kali bertukar pemilik, rs nya 3x dah dijual dibeli, last sekali 2 tahun lepas iols dpt tahu ada cina beli harga 1.3 juta, tanah tu setengah ekar je..... smpi skrg iols tgok tanah tu terbiar je, nmpak sgat cina tu nmpak potensi tanah tu smpai dia sanggup beli harga 1.3juta utk tanah setengah ekar...... tp org melayu gelap mata bila dpt 1.3juta tu... pdahal kalau tggu lagi beberapa tahun iols rs mau lg tggi nilai tanah tu sbb mmg strategik tepi jalan utama...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 01:02 PM | Show all posts
Pilihanraya dah dekat. Orang tua ni kena fikir modal untuk pilihanraya nanti..

Lepas dapat kuasa nada dia akan bertukar, orang miskin kena bantu orang kaya. orang miskin perlu ikat perut..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 01:03 PM | Show all posts
plywood replied at 21-6-2022 01:02 PM
Pilihanraya dah dekat. Orang tua ni kena fikir modal untuk pilihanraya nanti..

Lepas dapat kuasa n ...

tun m dah lama umum x akan bertanding PRU 15............. ko baru keluar dari gua mana dekkkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2022 01:04 PM | Show all posts
Orix replied at 21-6-2022 01:03 PM
tun m dah lama umum x akan bertanding PRU 15............. ko baru keluar dari gua mana dekkkkkkkkk ...

dia dah tak berkempenkah?

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 01:06 PM | Show all posts
Bukan orang melayu ramai dah berjaya menjadi jutawan segera? Tak caya tengok kat tiktok.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 01:11 PM | Show all posts
plywood replied at 21-6-2022 01:04 PM
dia dah tak berkempenkah?

mungkin dia akan berkempen since dia sendiri pengerusi parti Pejuang n sbb dia masih ada pengaruh n pengikut....
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 01:14 PM | Show all posts
laaa atok nehh.. kan jijan janjan sama najis assadok duk mengeluarkan beriboooo2 jotawan timbang kilo setiap hari

mulayu masih misekin hapernyierrrr???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.062419 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list