CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1388|Reply: 15

[Tempatan] Tarikh Hari Raya Haji, cerapan petang 29 Jun

[Copy link]
Post time 21-6-2022 08:55 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 22-6-2022 01:02 PM

SEPANG: Umat Islam di negara ini diminta bertenang dan menunggu pengumuman rasmi daripada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berhubung tarikh sebenar Hari Raya Aidiladha.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Luqman Abdullah berkata, setakat ini tarikh perayaan itu masih kekal lagi seperti diwartakan dalam takwim rasmi kerajaan iaitu pada 10 Julai depan.

“Setakat ini saya mohon kita berpegang tarikh sedia ada kerana belum ada pertukaran baharu kecuali selepas pencerapan pada petang 29 Jun nanti,” katanya di sini semalam.

Isu tarikh Aidiladha menjadi perbincangan panas umat Islam tempatan akhir-akhir ini selepas kerajaan Arab Saudi mengumumkan hari Wukuf di Arafah dijangka jatuh pada 8 Julai depan.

Kelazimannya perayaan tersebut akan disambut sehari selepas perhimpunan jemaah haji itu yang kali ini turut digelar sebagai Haji Akbar atau amat besar kerana berlaku pada Jumaat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad ketika berucap pada majlis mengucapkan selamat jalan kepada 291 bakal jemaah haji semalam membayangkan tarikh Wukuf mungkin jatuh pada 8 Julai kelak.

Mengulas lanjut, Luqman menegaskan, beliau tidak mahu terburu-buru dalam isu penetapan tarikh Aidiladha kerana segala-galanya boleh berubah pada petang pencerapan 29 Jun nanti.

“Saya ambil iktibar dengan apa berlaku ketika Hari Raya Aidilfitri awal Mei lalu yang tanpa disangka berlaku perubahan tarikh sehari lebih awal kerana ada lokasi nampak hilal,” katanya.

Beliau merujuk insiden pada petang 1 Mei lepas apabila pasukan pencerapan di Labuan dapat melihat imej anak bulan Syawal yang memenuhi kriteria baharu imkanur rukyah ditetapkan.

Keadaan tidak diduga itu sekali gus menyaksikan umat Islam di Malaysia tidak perlu berpuasa genap 30 hari dengan kali terakhir puasa Ramadan cuma 29 hari direkodkan pada 2018 lalu.

Bahkan situasi yang langsung tidak dijangka itu mencetuskan suasana kelam kabut persiapan Aidilfitri kerana dari segi hisab atau kiraan falak, hilal tidak mencukupi syarat imkanur rukyah.

Senario berbeza pula berlaku pada 30 Mei lalu apabila hilal Zulkaedah tidak menepati kriteria yang menyebabkan bulan Syawal 1443 Hijrah perlu digenapkan 30 hari dan bukannya 29 hari.

Perkara yang tidak diramalkan langsung itu juga membolehkan umat Islam di Malaysia dapat sehari tambahan lagi ‘beraya’ pada 31 Mei lalu manakala 1 Zulkaedah cuma bermula 1 Jun.

Ditanya apakah akan berlaku sekali lagi kejutan pada 29 Jun depan, Luqman berkata, beliau sendiri tidak pasti dan menyerahkan pengumuman rasmi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

“Saya pun tidak berani cakap mengenai tarikh sebenar Aidiladha ini, biarlah kita tunggu pada petang tarikh berkenaan sebab nanti akan timbul pelbagai spekulasi lain pula,” tambah beliau.


Ketika ini terdapat sejumlah 29 tempat cerapan diwartakan oleh Majlis Raja-Raja di seluruh negara sejak 2011 yang ditugaskan bagi melihat kesemua 12 anak bulan Hijri sepanjang tahun.

https://www.utusan.com.my/berita/2022/06/aidiladha-tunggu-pengumuman-rasmi-29-jun/




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2022 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Follow bila wukuflah.


Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 09:12 PM | Show all posts
Perlu ka nak panik. Why?

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
skt hti..cuti x approve..kak non tmpt kerja i ckp raya posa aritu dh cuti lama

ini nk lg..4 hr jer kot..dia suruh i withdraw..biar dia withdraw sndiri..mls kita nk masuk system bodoh itu..dh la sbtu kerja..euwwwww puhlis..mcm la department kitorg tu terpenting sgt
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Penjual santan tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang tak perlu panik pun.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2022 11:07 PM | Show all posts

acik2 dah sibuk nak plan bila balik kampung lah sis ala2 boleh amik cuti awal katanya...walaupun
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Tunggu je pengumuman..kali ni rileks je sbb raya kat kl.
Buat qurban sekali.
Yahuuu
Takde la kena merempuh jem ke utara mcm raya aritu.
Lek lek pis kali ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2022 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Raykat nak kena gelabah tetek ke tak ni?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 06:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by batu kikir at 22-6-2022 06:49 AM

Takwim Islam ini banyak yg tak tepat......tak bolih diguna pakai untuk menentukan sesuatu peristiwa akan datang.
Contoh Ramadhan - sepatutnya bulan paling kering tapi sebab setiap tahun takwim Islam kurang 10 hari dari tahun Masehi......maka Ramadhan kadangkala jatuh pada musim sejuk.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 03:16 PM | Show all posts
Raya Haji selalunya lebih tenang sebab tak perlu tengok anak bulan kelihatan ke tidak check saudi bila wukuf je berbanding raya posa.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Raya Aji tak blk kg. Nk pegi berendam kt Grand Lexis PD. Yehaaaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak raya pulak kita ...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 03:29 PM | Show all posts
akan ada kah upacara makan maggie di pagi hari?
alasan tak prepare
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 03:44 PM | Show all posts
kalau raya sabtu tak dapat le cuti senin tu kan..

tu yang gelabah memasing
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 03:44 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 22-6-2022 12:13 AM
Raykat nak kena gelabah tetek ke tak ni?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.060631 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list