View: 968|Reply: 8
|
[Jenayah]
Deutsche Bank didesak percepat pindah AS$1 bilion kerana Najib mahu buat kenyataan media'- Saksi ke 30.
[Copy link]
|
|
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Deutsche Bank (M) Berhad (DBMB) didesak agar pindahan wang sebanyak AS$1 bilion daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipercepat kerana bekas perdana menteri Najib Razak ingin membuat kenyataan akhbar mengenai projek usaha sama 1MDB dengan PetroSaudi International Ltd (PSI).
Bekas Pengarah Urusan DBMB (Ketua Jualan Korporat Pasaran Global) Jacqueline Ho Yek Wan, 51, berkata bekas Pengarah Eksekutif 1MDB Casey Tang Keng Chee meminta DBMB melakukan pemindahan dana itu secepat mungkin kerana adalah penting untuk berbuat demikian memandangkan ia adalah transaksi kerajaan kepada kerajaan.
“Beliau terus-terusan mendesak DBMB agar mempercepat proses pemindahan wang itu kerana Najib ingin membuat kenyataan akhbar mengenai projek usaha sama 1MDB dengan PSI. Oleh itu, kami digesa mempercepat proses kiriman wang AS$1bilion itu ke dalam kedua-dua akaun.
“Sebanyak AS$1 bilion telah dipindahkan melalui dua transaksi. Transaksi pertama ialah AS$300 juta kepada JP Morgan SA bagi akaun bernombor 7619400 manakala transaksi kedua ialah AS$700 juta kepada RBS Coutts Bank Ltd bagi akaun bernombor 11116073. Kedua-dua transaksi berlaku pada 3.14 petang dan 3.21 petang 30 Sept 2009,” katanya.
Saksi pendakwaan ke-30 itu berkata demikian ketika membaca pernyataan saksinya pada perbicaraan kes Najib membabitkan penyelewengan dana RM2.3 bilion daripada 1MDB.
Najib, 68, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
- Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
malu ape bosssku.......... |
|
|
|
|
|
|
|
Bank Pertanian tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 21-6-2022 09:52 PM
Derma tok arab tersenyum sinis {:mlw ...
Hahaha kenapa tu pakai mask cmtu
Ada2 je bahan sis kaki ni |
|
|
|
|
|
|
|
sampai nak pakai masker pun da tak betulll...
semangat bossque... bossque ler sgt... hahahaha....
|
|
|
|
|
|
|
|
artikel tak cerita transaksi ni untuk perniagaan ker apa... sekadar transaksi nak cepat tapi betul masih ok. kalau tak betul patut bagi tau dalam tu supaya senang skit nak kecam ker... |
|
|
|
|
|
|
| |
|