CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 810|Reply: 8

[Tempatan] Bakal jadi kenangan....tanah rizab Melayu tak sampai 15%

[Copy link]
Post time 22-6-2022 10:05 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Penyusutan tanah rizab Melayu, pendidikan dan hal ehwal ekonomi menjadi tiga isu utama yang perlu diberi perhatian serius oleh orang Melayu di negara ini.

Perkara itu juga akan diangkat sebagai teras perjuangan Lembaga Peradaban Melayu (ADAB), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan bagi mengasuh anjakan minda bangsa untuk menghadapi segala tekanan dan cabaran semasa.

Rizab tanah Melayu adalah isu besar kerana jumlah tanah berstatus demikian berkurangan dengan mendadak daripada lebih 50 peratus suatu ketika dulu kepada hanya kira-kira 12 peratus ketika ini.

"Ia sudah diambil dan dibangunkan dengan pelbagai projek, projek kerajaan dan projek perumahan. Walaupun ada undang-undang (tanah rizab yang diambil) mesti diganti sertamerta, tetapi tidak digantikan.

"Maka banyaklah tanah rizab yang diambil oleh kerajaan negeri, tetapi tidak diganti sebaik-baiknya dengan tanah yang sama tara, sama taraf dan sama nilai.

"Jadi hasilnya sekarang, di Kuala Lumpur misalnya, hanya tinggal tiga peratus tanah rizab Melayu merangkumi kawasan di Gombak dan perkampungan Melayu," katanya kepada BH selepas Mesyuarat Agung Tahunan ADAB, di sini semalam.

Beliau menggesa pihak yang berkenan mencari jalan menebus tanah rizab yang sudah diambil dan tergadai kepada bangsa lain atau menggantikannya dengan tanah lain yang sama nilai, malah tindakan pendakwaan di mahkamah harus diambil jika perlu untuk menegakkan keadilan.

"Jika boleh, ambil semula dan dakwa orang salah guna kuasa yang meminda status tanah berkenaan. Jika perlu tuduh di mahkamah demi memperoleh keadilan, maka langkah itu perlu dilakukan segera jika pengambilan tanah rizab Melayu yang dibuat itu salah dari sudut undang-undang.

"Kita juga minta tidak ada lagi orang gunakan kuasa politik dan kuasa undang-undang untuk ambil alih tanah rizab Melayu yang kemudian dipinda serta diubah statusnya tanpa diganti.

"Jika tidak boleh (tebus) dan ada banyak masalah, maka kita minta supaya diganti dengan tanah lain yang ada. Ini kita timbulkan kerana (penyusutan tanah rizab Melayu) sudah menjadi masalah kepada bangsa Melayu," katanya.

Sementara itu, Pengerusi ADAB, Datuk Ghazali Yusof, berkata tiga isu yang diberi tumpuan itu akan dibincangkan dengan serius dalam beberapa program yang bakal dilaksanakan NGO berkenaan kelak.

Katanya, perbincangan holistik dan mendalam mengenai perkara itu akan turut digerakkan oleh NGO Melayu lain demi kebaikan sejagat.

"Kita angkat isu ini supaya orang Melayu sedar dan fikirkan langkah untuk bertindak secara wajar. Kita akan bekerjasama dengan banyak NGO Melayu lain supaya kita ada pendekatan yang kolektif demi membangkitkan kesedaran orang Melayu.

"Kesedaran orang Melayu dalam isu-isu seperti ini dilihat semakin berkurangan, terutama membabitkan tanah rizab," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/06/967847/tanah-rizab-melayu-didakwa-hanya-tinggal-kira-kira-12-peratus

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2022 11:05 PM | Show all posts
kat mana tu? benda ni dari zaman atuk naik hingga sekarang tak sudah sudah..tiap kali konvensyen ke apa ke melalak lepas tu senyap saja..tengok tengok dah kena jual macam tanah kat kampung Baru...tu sapa yang jual
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 11:39 PM | Show all posts
tak penting tanah rizab melayu yg tinggal 15%, yg lebih penting org melayu kena membeli, kena lebih memilik tanah yg baki 85% tu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Bumi dipijak milik orang
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 11:41 PM | Show all posts
Nak kasi banyak tanah melayu belilah balik like everyone else. Setakat melalak ko ingat tanah tu akan bergolek datang sendiri.


Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 11:55 PM | Show all posts
Benda mudah, nak pertahan beli lah balik...

Mcm kes Kg Baru tu, pihak yg beriya xnak penduduk dan waris (yg mungkin terdesak dan perlukan duit) jual bolehlah beli tanah tu dgn harga yg lebih tinggi dari yg pemaju/dragon/tokey nk beli..

Bleh try offer RM2000/spft mesti melompat semua owner/waris Kg Baru nk jual....

Harap PPIM bleh usahakan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2022 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 23-6-2022 12:16 AM








This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Sia-sia kat sekolah dulu aku nyanyi lagu anak kecil main api setiap kali perhimpunan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2022 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Melayu gigih berhimpit rumah mak bapak 3 generasi x beli rumah lain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.387294 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list