View: 833|Reply: 3
|
Harga Ayam Naik & Mansuh Subsidi Minyak, Ramai Merayu Nak Kerja Dengan Sajat
[Copy link]
|
|
Usahawan kosmetik, Nur Sajat berkongsi kekecewaan ekoran isu harga ayam yang bakal naik dan subsidi minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram bakal dimansuhkan di negara ini.
Menurut Sajat, meskipun dia merasakan dirinya seolah-olah tidak layak untuk bercakap tentang hal itu kerana sudah berpindah ke Australia, namun dia masih mempunyai keluarga dan kenalan di Malaysia.
IG Sajat
Perkara itu dikongsi menerusi entri di akaun Instagram miliknya beserta beberapa potongan artikel berkaitan dua isu terbabit.
Dalam pada itu, Sajat juga mengatakan bahawa dia sering menerima kiriman mesej (DM) daripada rakyat Malaysia yang mahu mengikut jejaknya ke Australia demi mencari nafkah di sana.
Pada masa sama, Sajat mendedahkan bahawa dia sudah menjangka masalah ekonomi seperti itu berlaku di Malaysia.
Oleh kerana itu, penyanyi lagu Makhluk Penggoda itu telah mula menukar wang dalam matawang Ringgit kepada emas sekitar 2020 hingga tahun lalu.
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi reaksi berbeza. Ramai juga yang setuju dengan pendapat Sajat dan mengatakan dia semakin matang dalam berkongsi pandangan.
Sumber: Murai |
|
|
|
|
|
|
|
smlm aku borak dgn akak juai air yg serbuk2 tu...kan stok tu dpt dr siam...dia merungut yg duit kita dh teruk dah...kalo tukar 1k dpt dlm 7 rat lebih ja...rugi dkt2 3rat...sungguh ka? sapa bleh confirm...?
aku tgk google rm1 dlm 8 thai baht...mn tah btol |
|
|
|
|
|
|
|
musangbodoh: smlm aku borak dgn akak juai air yg serbuk2 tu...kan stok tu dpt dr siam...dia merungut yg duit kita dh teruk dah...kalo tukar 1k dpt dlm 7 rat lebih ...
Agaknya Akak tu kena tipu dengan orang sana. |
|
|
|
|
|
|
|
ini semua salah sajat bukan perang rusia-ukrain |
|
|
|
|
|
|
| |
|