CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 693|Reply: 0

Penang FC raih kemenangan sulung

[Copy link]
Post time 23-6-2022 10:54 AM | Show all posts |Read mode

Pemain import Terengganu FC, Kpah Sean Sherman (kanan) diasak pemain pertahanan Penang FC, Rafael Vitor Santos De Freitas pada perlawanan Liga Super, Penang FC menentang Terengganu FC di Stadium Bandaraya Pulau Pinang. - Foto NSTP/MIKAIL ONG

GEORGETOWN: Kemenangan sulung skuad Harimau Kumbang akhirnya menjelma pada minggu ke-11 aksi Liga Super selepas membenam Terengganu FC, 2-1 di Stadium Bandaraya sebentar tadi.

Penang FC mengejutkan pasukan pelawat pada minit ke-23 menerusi rembatan rendah Hilal El-Helwe yang membuat hantaran di sebelah kanan gawang untuk Faizat Ghazali sebelum dia sendiri menyempurnakannya ke dalam gawang.

Lebih bermakna, empat pemain termasuk Endrick Vitor dan Fairuz Zakaria turut sama berganding bahu bagi membantu menghasilkan gol kelima peribadi penyerang import kelahiran Lubnan itu pada saingan Liga Super musim ini.

Memasuki 30 minit tempoh perlawanan skuad Penyu masih tercari-cari peluang menjaringkan gol dengan satu percubaan tepat nyaris membolosi gawang gol pasukan tuan rumah.


Terengganu FC mendapat peluang menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma selepas bek tengah Harimau Kumbang Rafael Vitor dilayangkan kad kuning pada minit ke-39.

Begitupun, percubaan kapten TFC Tchetche Kipre tersasar jauh melewati palang gawang tuan rumah. Perlawanan separuh masa pertama menyaksikan dua bek tengah Penang FC, Rafael Vitor dan Khairul Akmal Rokisham berfungsi dengan cukup baik untuk menafikan asakan bertubi-tubi TFC.

TFC menyamakan kedudukan pada minit ke-48 selepas serangan balas memerangkap pertahanan Penang FC yang menyaksikan Tchetche Kipre melarikan bola seterusnya pantas membuat hantaran pendek untuk rakan sepasukannya, Faisal Halim menguis bola masuk ke gawang gol.

Tidak menunggu lama, Penang FC meledak gol kedua menerusi tandukan T Saravanan pada minit ke-50 hasil percubaan awal daripada Hilal El-Helwe yang ditepis menuju ke arah pemain tengah itu sekali gus mengesahkan kemenangan skuad Harimau Kumbang.

Pujian harus diberikan kepada jentera serangan Penang FC kerana tampak cukup tersusun mengatur gaya permainan terutamanya di barisan hadapan yang bagaikan memperoleh kekuatan baharu di bawah bimbingan Zainal Abidin Hassan.
https://www.bharian.com.my/sukan ... h-kemenangan-sulung

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 07:10 PM GMT+8 , Processed in 0.058014 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list