CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1027|Reply: 12

[Politik] Ada lagi beberapa nama yang sudah ‘dicap’ sebagai musuh politik, bakal dipecat UMNO. Siapakah?

[Copy link]
Post time 24-6-2022 10:34 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen Umno berkata, terdapat beberapa nama lagi “dalam senarai menunggu” untuk dipecat selepas dicap sebagai musuh politik.

“Namun kali ini, pemecatan demi pemecatan berlaku dan difahamkan ada lagi beberapa nama yang sudah ‘dicap’ sebagai musuh politik, bakal dipecat,” kata Ahli Parlimen Ketereh, Annuar Musa di Facebook.

Annuar adalah salah seorang pemimpin Umno yang dipecat daripada jawatan setiausaha agung BN pada Januari tahun lalu.

Justeru, beliau memberi amaran bahawa tindakan menggugurkan Tajuddin Abdul Rahman daripada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) akan mengundang kepada krisis dan perpecahan dalam parti.

Katanya, tindakan menggugurkan duta besar Malaysia ke Indonesia itu bercanggah dengan semangat dan resolusi Perhimpunan Agung Umno (PAU) dan Perhimpunan Agung Umno Khas.

“Meskipun ada peruntukan bagi presiden memecat ahli MKT yang dilantik, namun tindakan itu tidak membawa kebaikan malah jarang dilakukan oleh mana-mana presiden Umno.

“Ketika Tun M (Dr Mahathir Mohamad), terdapat menteri, timbalan menteri dan MKT yang menentang beliau secara terbuka, namun tiada sesiapa digugurkan hanya kerana tidak menyokong presiden,” katanya.

Terdahulu, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan keputusan menggugurkan Tajuddin daripada MKT disebabkan tindak-tanduk beliau yang mengkritik parti.

Bagaimanapun, Zahid tidak menghuraikan punca pengguguran itu, sebaliknya meminta wartawan mengajukan soalan berkenaan kepada Ahli Parlimen Pasir Salak tersebut.

“Kena tanya beliau sendiri. Apa kenyataan beliau telah buat, apakah bahan-bahan ucapan beliau atau ceramah atau bahan-bahan yang telah beliau nyatakan dalam mesyuarat tertutup,” katanya yang dipetik sebagai berkata,

Pada masa sama, Zahid juga menegaskan bahawa perlembagaan parti tidak memberikan Tajuddin sebarang ruang untuk merayu terhadap pengguguran jawatan itu.

“Rayuan untuk keahlian boleh dibuat tetapi rayuan untuk sesuatu jawatan yang dilantik saya fikir tidak ada,” katanya.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/06/24/dicap-musuh-politik-ada-lagi-pemimpin-umno-akan-dipecat-dakwa-annuar/


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2022 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
KJ please......
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Zahid dah mula gerakkan catur dia...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari-hari terakhir seekor Ismail Sabri
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 11:34 PM | Show all posts
Zahid bila nak kena pecat..? siapa yg boleh pecat dia..?
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
TabletSusu replied at 24-6-2022 11:34 PM
Zahid bila nak kena pecat..? siapa yg boleh pecat dia..?

Pemilihan parti ler, tapi beriya nak push for later. Jawa jawa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-6-2022 11:39 PM | Show all posts
Nenasketum replied at 24-6-2022 03:36 PM
Pemilihan parti ler, tapi beriya nak push for later. Jawa jawa

makin menyampah aku dgn wak ni. mcmkan dia ada kuasa besar sgt smp x boleh kena sentuh lgsg..!
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Atok 90an tersenyum sinis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2022 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
atokcow ijau mumia fosil ron97tahun tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2022 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
TabletSusu replied at 24-6-2022 11:34 PM
Zahid bila nak kena pecat..? siapa yg boleh pecat dia..?

Ko cek dgn bendahari umngok wak jahit ada byr yuran ahli singgit x? Klau xde blh pecat dah
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2022 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada aku kisah. Kau nak pecat ke,  nak sepak terajang ke.......tak bawak kudis pada aku.  Kalau bagi kat aku...........aku nak bubar je parti ni

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2022 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Pecat je la semua useless tagune
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2022 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah kalau tak boleh duduk semeja patut nya sendiri blah. Nak buat macam mana kalau dah muka tebal kulit buaya, pecat ja lah. Bukan isu pun.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.395452 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list