CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4396|Reply: 72

[Tempatan] Lelaki berang bungkus kuah peniaga caj RM1

[Copy link]
Post time 28-6-2022 02:56 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki berang bungkus kuah peniaga caj RM1

https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... ah-peniaga-caj-rm1/

Oleh KOSMO!
28 Jun 2022, 2:24 pm


Tangkap layar pertengkaran mulut yang berlaku antara peniaga gerai makanan dan pelanggan berkenaan.

PETALING JAYA – Sudah menjadi adat dalam berniaga yang mempunyai pelbagai cabaran menangani masalah khususnya apabila berdepan krisis dengan pelanggan.

Menerusi satu hantaran di media sosial milik faraysoff, dia yang merupakan peniaga gerai makanan didatangi seorang pelanggan lelaki yang berhasrat untuk membungkus kuah bagi juadah yang dibeli.

Namun, situasi itu menjadi tegang dan berlaku pertengkaran mulut bersama pelanggan terbabit apabila kuah lebih yang hendak dibungkus turut dicaj RM1 oleh peniaga berkenaan.

Peniaga wanita itu cuba memberikan penjelasan terhadap lelaki terbabit selain menawarkan untuk memberikan bungkusan kuah tersebut secara percuma, namun pelanggan berkenaan masih tidak berpuas hati.

“Zaman sekarang kuah tak perlu ke? Makan nasi tanpa kuah sedap ke? Berniaga nak masak perlu guna santan rempah, santan murah ke?,” tulis peniaga terbabit.

Sementara itu, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan si peniaga sehingga wanita itu tampil mendedahkan bahawa kuantiti kuah yang dibungkus banyak selain mengaitkan bahan masakan semakin mahal menyebabkan kenaikan harga.

Susulan itu, pengguna media sosial turut bersetuju dengan pendedahan peniaga wanita itu selain berpendapat kuantiti kuah yang dijual setanding dengan harga yang ditawarkan.

“RM1 je pun, aku pernah kena dekat kedai lain kuah kari RM3 pun tak viral,” ujar Bobby.

“Aku sebagai penjual nasi berlauk sangat faham, nak hasilkan kuah pun banyak bahan nak guna,” komen Eyla.

“Kalau dah minta banyak macam ini kena caj. Kalau mintak tambah nasi sampai banjir boleh percuma,” ujar Fiq. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2022 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Gemuknya yg membeli..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kedai mak sendiri boleh lah nak mintak free. Jgn buat hal kat kedai mak org lain. Kesian ya. Kalau nk free...sila bwk plastik sendiri patu isi dgn air paip.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 03:13 PM | Show all posts
Melainkan peniaga tu niat nak bersedekah boleh la free.
Air pili letak dalam gelas pun dah 70sen atau singgit.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasni kan timbul trend
Nasi set ikan bawal
Bendi harga asing
Kuah kosong harga asing
Sambal belacan harga asing
Nasi putih harga asing
Ikan bawal harga yahudi

Peniaga2 juga yang normalise benda ni
Potong ayam pun kena upah dah
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 03:16 PM | Show all posts
kuah tu pun keluar modal la encik..

bawang,santan,cili, rempah..semua kena beli, tak de mereka wujud sendiri
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2022 03:21 PM | Show all posts

sebab duk mencekik kuah berlemak free selama ni

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 03:23 PM | Show all posts
banyak kot...selalu kuah byk gitu mmg di cas...pakcik ni baru keluar gua ke

kalau free tu ikut jasa baik penjual je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2022 03:39 PM | Show all posts
kalau banyak begitu kuahnya aku tak kisah kalo bayo singgit

kat area aku ada foodtruck jual laksa
dia cas singgit pada yg minta kuah lebih
so jangan memandai kome nak minta kuah pasai ikan mahai katanye
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 03:46 PM | Show all posts
mintak sambal extra pun kena cas RM2 kat oldtown
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 03:49 PM | Show all posts
ko sdap2 je nk free ko g masak sdnri lahhh . apooo
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 03:50 PM | Show all posts
beli ikan patin masak tempoyak mintak kuah lebih kena caj RM1.00
mmg patut la sbb nak buat kuah tu ingat letak ayor paip je ke mengkomerrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 03:52 PM | Show all posts
Banyaknya kuah tu ingatkan sikit. Ko hirup ke?

Takat singgit aku boleh tolong bayarkan..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 03:53 PM | Show all posts
tgk kedai jugak
kalau kuah dah sampai separuh plastik memang peniaga kenakan caj
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 03:57 PM | Show all posts
ni nak jimat le ni
minta kuah pastu balik letak ikan
ingat peniaga tu buat kuah guna air liur takde modal ke
kalau kuah dengan kadar biasa sepadan dgn nasi mmg tkde la dorang caj
yang ni mmg amik kesempatan minta kuah lebih
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 28-6-2022 03:15 PM
Pasni kan timbul trend
Nasi set ikan bawal
Bendi harga asing

Pasti ada nanti...
Dulu dulu beli durian mana pakai timbang..ikut longgok je..durian yg sedap diaorg jual ikut biji..sebiji durian rega sekian sekian..
Now fast forward 30 tahun..Jual durian ikut kilo..ko...dah la kulit pulak yg tebal..isinya brp pangsa je aduyaiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2022 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak makan sedap tapi berkira.

Penah mintak extra gravy kat kenny rogers, tau2 kena charge rm2 kat bil. Tgk franchise la.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 04:05 PM | Show all posts
tak miskin pun bagi rm1,
tak kaya pun dia jual rm1.

benda nak makan, suka2 minta free.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by batu kikir at 28-6-2022 04:09 PM

Cerita pasal kuah ni.....ada satu kisah benar.
Ada satu mamat ni.......kedekut sangat orangnya.
Teragak nak makan kari kepala ikan...... nak beli terus kepala dan kari dari kedai kepala ikan....mahal.  
Jadi dia beli kuah je.
Kepala ikan beli kat pasar.
Sampai rumah kuah kari masuk dlm periok.....panaskan.... kendian masukkkan kepala ikan yg di beli tadi.
Ha.... dapatlah kari kepala ikan sebiji macam yg ori punya. Kos tak sampai 50% dari beli kat kedai
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 04:18 PM | Show all posts
kalau dah kuah 1 plastic saiz plastik bungkus teh ais mcm tu mmg ler kena charge, byk kot lain la kalau plastick micro saiz sambal kicap tu kalau kena charge RM1 baru la boleh mengamok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.164282 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list