View: 1503|Reply: 33
|
[Tempatan]
Ajal masih panjang
[Copy link]
|
|
Ajal masih panjang
KEADAAN Proton Saga FL yang dinaiki mangsa remuk teruk. FOTO ihsan polis
Jitra: Berpantang maut sebelum ajal. Demikian yang terjadi kepada pemandu serta penumpang Proton Saga FL selepas kereta dinaiki remuk teruk dalam kemalangan di Kilometer 22.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara menghala Bukit Kayu Hitam hari ini.
Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, kedua-dua mangsa terselamat walaupun keadaan kenderaan mereka remuk selepas terbabit kemalangan dengan treler membawa muatan dedak ayam.
Pemandu lelaki berusia 34 tahun hanya luka di kedua-dua tangan manakala penumpang wanita berusia 29 tahun pula luka di muka dan tangan.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, hasil siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kemalangan berlaku ketika treler itu dipandu di lorong kiri dari Alor Setar menghala ke Napoh.
"Setibanya di lokasi, tayar hadapan kanan treler itu pecah menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan dan terlanggar pada belakang Proton Saga FL yang berada di hadapan.
"Akibat perlanggaran itu, kereta terbabit berpusing dan terlanggar pembahagi tengah jalan manakala treler itu terbalik di tengah jalan," katanya.
Rodzi berkata, pemandu treler berusia 32 tahun mengalami luka di kaki kanan dan kedua tangan manakala kelindannya yang juga pemegang kad UNHCR luka di tangan kanan dan kiri.
Katanya, mereka dihantar ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan dan tindakan lanjut.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... /ajal-masih-panjang
|
|
|
|
|
|
|
|
Tu diaaa
Klu x bc berita confirm igt org dlm tu x selamat
Dh mcm kertas yg dikeronyokkan
Lps tu campak ats lantai
That's what you get |
|
|
|
|
|
|
|
Treler kat belakang, keta kat depan.
Lorong kiri katanya.
Tayar depan treler pecah, sondol keta depan.
Kalau dua² sama laju, berkemungkinan tak akan berlanggar.
Samada:
a) Keta depan pandu selow atau
b) Treler belakang lagi laju dari keta. |
|
|
|
|
|
|
|
Ajal masih panjang pulak dah. UMUR yg masih panjang. Yg bukan2 je penulisan budak2 penCarisampah ni |
|
|
|
|
|
|
|
Definisi : batas hidup yg telah ditentukan oleh Tuhan, saat atau ketika mati, janji (akan mati)
Tu maksud ajal.
TT nk gune UMUR rasenye ni. UMUR masih panjang. Atau berpantang MAUT sebelum AJAL. |
|
|
|
|
|
|
|
Pemegang kad unhcr... hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 30-6-2022 01:25 AM
Kalau ajal panjang sejengkal, lautan yang dalam jangan ditemuduga ...
Nyawa dia persis alang alang menyeluk perkasam, biar sampai ke ketiak masam....tak gitu sis kaki |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 30-6-2022 07:42 AM
Pemegang kad unhcr... hahahaha
Pemandu dan kelindan rohingya?? Ada lesen tak tu?? |
|
|
|
|
|
|
|
Ajal masih panjang??? Bukan nyawa ke? |
|
|
|
|
|
|
|
mejaputih replied at 30-6-2022 07:52 AM
Pemandu dan kelindan rohingya?? Ada lesen tak tu??
Pemandu lori ni mcm2 kan.. i pun flagged baca berita tu.. kawan i pernah kena rempuh dgn pemandu lori yg +ve dadah... elok2 tengah tunggu uturn nak gi ofis... 5 kereta lori tu sapu... |
|
|
|
|
|
|
|
apoo ajal masih panjang, hoii umur la masih panjang |
|
|
|
|
|
|
|
TT ni saja nak suruh kita doubt knowledge kita ke?
Apooo ajal masih panjang. Ko sekolah tak? Ko ambik SRP tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Ajal masih panjang?maknanya mati hidup semula kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik2 reporter sekarang ni... editor tak tapis ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|