CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1055|Reply: 17

Rakyat Kelantan Kecewa Sungguh Tak Boleh Tengok Mat Kilau, "Kami Nak Wayang!"

[Copy link]
Post time 30-6-2022 10:30 AM | Show all posts |Read mode
KOTA BHARU: Penduduk Kelantan kecewa tidak dapat ‘menyokong’ filem epik Melayu Mat Kilau yang sarat dengan nilai sejarah bangsa susulan langkah kerajaan negeri tidak membenarkan panggung wayang beroperasi di negeri ini.


Ketiadaan kemudahan itu menyaksikan ramai rakyat negeri ini dilihat berpusu-pusu ke Terengganu untuk menyaksikan filem yang sedang hangat diperkatakan tersebut.








Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang penduduk, Mohd. Azwar Sharifuddin, 41, berkata, disebabkan ‘aura’ filem itu terlalu kuat dengan bangsa Melayu, dia dan rakan-rakannya sanggup menaiki kereta selama tiga jam untuk ke Terengganu sebagai tanda sokongan.


“Saya berharap kerajaan negeri dapat mengkaji semula cadangan untuk membuka kemudahan (panggung wayang) itu di negeri ini.


“Kalau nak buat secara patuh syariah pun, kami sedia. Ia secara tidak langsung memberi ruang kepada kami untuk menonton filem bersama-sama keluarga,” katanya.


Bagi Ahmad Fikeri, 42, pula berpandangan, kerajaan negeri harus memberi peluang kepada rakyat di negeri ini menikmati hiburan, tetapi berlandaskan syariat Islam.


“Saya tidak kisah menonton wayang seorang diri dan tempat duduk antara lelaki dan wanita diasingkan. Apa pun, kami sebagai rakyat Kelantan mahukan pawagam di negeri ini.


“Kerajaan harus melihat dari perspektif positif dengan kewujudan pawagam ini secara tidak langsung mampu merancakkan lagi perkembangan ekonomi di negeri ini,” ujarnya.


Sementara itu, Mohammad Aswady Adenan, 41, berkata, dia amat menyokong kewujudan panggung wayang di negeri ini dengan menjadikan Terengganu sebagai contoh.


Katanya, dia agak ralat dan kecewa tidak dapat melihat filem yang kaya dengan nilai-nilai patriotik.


“Bayangkanlah, saya perlu ambil masa perjalanan tujuh hingga lapan jam hanya hendak ke Kuala Lumpur dan lebih tiga jam hanya untuk ke Kuala Terengganu jika mahu menonton filem Mat Kilau.


“Jadi, saya harap kerajaan negeri dapat melihat isu ini dan melihat dari sudut positif berhubung pembinaan pawagam di Kelantan,” katanya.


Sebelum ini, Kerajaan Kelantan bertegas untuk tidak membenarkan panggung wayang beroperasi di negeri ini. –CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2022 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Anney, ana mau teh tarik wunnek!

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Chop ssjkp ni fhm ke bahasa melayu.
Ke ada alih suara
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
swimswim replied at 30-6-2022 10:55 AM
Chop ssjkp ni fhm ke bahasa melayu.
Ke ada alih suara

Kalau alih suara baik depa tengok wayang kulit je
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 11:16 AM | Show all posts
Adan uke, sapa suruh undi passu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 11:20 AM | Show all posts
Wayang kat Ganu tu pun bina zaman BN kan..kalo tak smpai skrg pun senasib dgn kelate takdok panggung wayang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2022 12:55 PM | Show all posts
dari mintak wayang, baik minta air paip bersih serata negeri..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 30-6-2022 01:18 PM

Dah kenapa tiba2 pilem ni memasing nk tgk? Sbb waibi2 dorang pun tetiba mencemar duli tgk kan?

Aneh juga bila beri alasan sbb pilem tu penuh ngn aura melayu.
Abis pilem2 melayu lain takde aura melayu ke selama ni?
Satu lagi sila betulkan ya MK bukan pilem epik mahupun sejarah ia lebih kepada pilem tentang aksi persilatan.
Hanya gunakan nama2 individu yg mmg penah wujud dan terer bersilat.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2022 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 29-6-2022 10:09 PM

Undilah sahajalah pas tu sampai bila bila janji masuk syurga. Hidup di dunia ni bukanya kekal. Di syurga nanti bokeh lah tengok filem hang tuah sampai  muntah!
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 03:07 PM | Show all posts
Sian cuti raya haji kan panjang boleh ler ke negeri lain untuk menonton.  Tak pun sabau ler hingga ditayang kat Astro First nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 03:11 PM | Show all posts
Edited by ifanonline at 30-6-2022 03:12 PM

tendang keluar la parti PAS!
sebenarnya rakyat kelantan ni kuat seks sangat...masuk wayang bukan nak tengok filem, tapi buat filem dalam wayang!
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 03:20 PM | Show all posts
siannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn undi lah lobai lagi
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Nah..dah ada penyelesaian..semudah ABC je lobai settlekan

Rakyat Kelantan tak perlu pawagam, boleh tengok dekat Netflix – Mohd Amar

KERAJAAN Kelantan tidak akan menarik balik pengharaman pawagam di negeri itu memandangkan tiada permintaan di kalangan rakyatnya, kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Dalam temu bual dengan saluran youtube FengRenGuan, Mohd Amar berkata rakyat Kelantan mempunyai pilihan lain untuk menonton filem dan kerajaan negeri tidak menghalang mereka berbuat demikian.

“Orang Kelantan sendiri tidak bising pasal pawagam sebab mereka boleh tengok dekat Netflix. Netflix boleh tengok semua. Jadi kenapa kena bayar duit pergi pawagam.

“You duduk rumah sambil makan kuaci pun boleh tengok,” katanya memetik MalaysiaKini.

Kelantan mengharamkan pawagam dan kedai nombor ekor sejak PAS berkuasa di Kelantan pada 1990. Pada masa itu, kerajaan negeri diterajui Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kerajaan Kelantan beberapa kali menegaskan tidak akan mengkaji semula larangan itu walaupun negeri-negeri yang dikuasai PAS seperti Kedah dan Terengganu tidak berbuat demikian.

Baru-baru ini, larangan pawagam itu menimbulkan kontroversi sekali lagi selepas Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari menonton filem Mat Kilau di sebuah pawagam di Lembah Klang.

Ahmad Fadhli pada 2016 menentang pembukaan pawagam di Kelantan kerana berpendapat ia akan membawa kepada masalah sosial, mendorong netizen mendakwanya melakukan dwistandard.

Sementara itu, Mohd Amar berkata, pendirian kerajaan negeri berbeza dengan negeri lain dan justeru itu mengekalkan pengharaman pawagam di Kelantan.

Beliau juga menolak pendapat bahawa keputusan itu mempunyai kaitan dengan perniagaan.

“Bukan soal business. Tak ramai minat buka pawagam. Sejak dunia jadi terbuka, digital dan sebagainya, pawagam banyak yang tutup.

“Kalau kami tak buat dasar pun, di KL banyak pawagam sudah tutup, Coliseum, Federal. Semua tutup. GSC itu banyak yang tutup.

“Maknanya kalau kami tak buat dasar pun, tak boleh, sebab semua dah masuk dalam rumah.

“Bagi saya, ini bukan satu isu besar. Kami tak halang orang nak berhibur, cuma dalam konteks Kelantan kita rasa tidak sesuai. Itu saja,” ujarnya. – Malaysiapost
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Pilem MK lg penting dari air yg bersih. Lets fight huraaaa
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu dia timbalan mb dah mencemar duli bagi kenyataan
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai bersungguhnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2022 08:06 PM | Show all posts
zidane_ziege replied at 30-6-2022 05:44 PM
Nah..dah ada penyelesaian..semudah ABC je lobai settlekan

Rakyat Kelantan tak perlu pawagam, bol ...

Hahahaha..dia tahu tak netflix tu banyak content LGBTQ+? Content netflix tu lagi teruk daripada filem yang ditayang dalam pawagam.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 08:07 PM | Show all posts
So orang Kelantan sila buat rombongan cik kiah melawat cinéma terdekat ok..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.682860 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list