View: 556|Reply: 5
|
[Tempatan]
Peniaga diharap tidak lagi kenakan upah potong ayam
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan.
Peniaga diharap tidak lagi kenakan upah potong ayam
ARAU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berharap peniaga tidak lagi mengenakan caj pemprosesan ayam kepada pembeli setelah harga siling runcit ayam standard baharu dinaikkan kepada RM9.40 sekilogram bermula esok.
Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, peniaga sebelum ini memberi alasan caj pemprosesan terpaksa dikenakan semasa harga siling RM8.90 kerana mendapat bekalan pada harga sama.
Katanya, tiada peraturan atau kesalahan berkaitan caj pemprosesan, namun pengguna juga perlu bijak memilih peniaga yang tidak mengenakan caj atau menetapkan caj lebih rendah.
Rosol Wahid (depan, lima dari kanan) bersama pelajar institusi pengajian tinggi yang menyertai Majlis Perdana Gerakan Pengguna Siswa di UiTM Arau, hari ini.
“Harga RM9.40 sekilogram dicapai setelah melakukan advokasi dan libat urus dengan pemain industri, persatuan pengguna dan juga Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).
“Secara keseluruhan, harga ini dipersetujui semua pihak yang terlibat. Kita tidak boleh beri harga yang murah sampai industri tidak mampu untuk mengeluarkan bekalan ayam,” katanya.
Semalam, kerajaan mengumumkan harga siling runcit ayam standard ditetapkan pada RM9.40 sekilogram sementara telur naik dua sen bagi setiap gred berkuat kuasa 1 Julai. – KOSMO! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... n-upah-potong-ayam/
|
|
|
|
|
|
|
|
Harap buat apa. Larang la terus. Duii |
|
|
|
|
|
|
|
Benda lain blh upah...
Kalau tKda larangan biar je lah
Pengguna x nak kena cas potong la sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
BERHARAP
kalo semua benda bukan bidang kuasa ko, bubar je la |
|
|
|
|
|
|
|
tu hari menteri kata xpe
skang kata berharap tak payah?
mestilah dorg dgr ckp yg mula2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|