View: 987|Reply: 15
|
[Dunia]
Bukti 4,300 tulang
[Copy link]
|
|
Bukti 4,300 tulang
POLIS menggali semula ruangan bawah tanah yang dipercayai menempatkan timbunan tulang manusia. FOTO Agensi
Mexico City: Satu longgokan besar tulang manusia ditemukan di ruang bawah tanah rumah seorang pembunuh kanibal.
Portal Daily Star melaporkan polis di Mexico menemui penemuan menakutkan itu di rumah Andres Filomeno Mendoza, 73, atau digelar Kanibal Atizapan.
Dia ditahan tahun lalu oleh polis yang menyiasat kehilangan salah seorang mangsanya.
Di dalam rumah lelaki itu, penyiasat terkejut apabila menemui mayat wanita yang 'dicacatkan' di atas meja.
Lelaki itu juga mengaku membunuh kira-kira 30 wanita sejak 1990 dan mencatatkan semua nama mangsa di dalam buku nota serta mengaku memakan sebahagian daripada mereka juga.
Polis tempatan menemui 4,300 tulang dan serpihan di rumah itu sejak tahun lalu, kebanyakannya tertimbus di bawah konkrit di ruang bawah tanah dengan 300 lagi ditemukan dalam tempoh empat bulan lalu.
Media tempatan melaporkan, tulang itu kemungkinan milik 19 mangsa, terdiri daripada 17 wanita, seorang lelaki dan seorang kanak-kanak.
Mendoza dipenjara seumur hidup pada Mac lalu kerana membunuh seorang mangsa yang hanya dikenali sebagai Reyna N.
Mangsa itu kali terakhir dilihat hidup pada 14 Mei 2021, ketika pergi membeli-belah dan dilaporkan terserempak dengan suspek yang tinggal berdekatan.
Dia dipercayai adalah wanita yang anggota badannya ditemui di atas meja oleh pegawai.
Pendakwa raya Dilsya Garcia berkata, pihaknya menemui ruang bawah tanah yang dibuat oleh suspek dengan mayat manusia.
Media tempatan berkata, Mendoza bertemu dengan ramai mangsanya di kelab malam, sebelum memperdayakan mereka untuk pulang bersamanya.
Dia kemudian menikam jantung, memotong badan mangsa dan menanamnya di ruangan bawah tanah.
Pembunuh bersiri berkenaan kemudian melemparkan garam ke atas mayat mangsa.
Sumber;https://www.hmetro.com.my/utama/2022/07/857183/bukti-4300-tulang
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni yang kes, laki mangsa tu aka pegawai polis, jumpa sendiri mayat wife dia yang dah decapitated atas meja tu ka? Then barulah terbongkar rahsia pembunuhan bersiri berpuluh tahun? |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 1-7-2022 07:59 AM
Ni yang kes, laki mangsa tu aka pegawai polis, jumpa sendiri mayat wife dia yang dah decapitated ata ...
Kat mana nak cari cerita penuh ye? |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai jugak serial killer dekat mexico ni..
Kat Malaysia ni, rasanya mesti ada jugak kan cuma belum ditangkap
serammmm |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya kalau mcm tu.. mcm plot drama selalu.. husband pergi siasat kes, rupa-rupanya isteri sendiri yang jadi mangsa.
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan bukti teori evolusi itu benerrrr kah??
|
|
|
|
|
|
|
|
Sadisnya..korea byk cite camni..aku sejnis x boleh tgk nanti teringat ingat...mmg takkan tgk atau baca sbb x sanggup nak bayangkan kesakitan mangsa semasa didera |
|
|
|
|
|
|
|
Mooverine replied at 1-7-2022 02:30 AM
kesiannya kalau mcm tu.. mcm plot drama selalu.. husband pergi siasat kes, rupa-rupanya isteri sen ...
Kalau betul kes tu adalah kes ni, husband tu memang tau isteri dia hilang. Dia pi cari di rumah suspek sebab dapat lead heols orang terakhir yang dilihat bercakap dengan wife. Tengok2 dah jadi mayat. Suspek tu katanya baik peramah etc dengan orang. Sebab tu takda sorang pun bersangka buruk kat heols. |
|
|
|
|
|
|
|
akumakanhati replied at 1-7-2022 02:24 AM
Kat mana nak cari cerita penuh ye?
Cer google nama2 yang ada dalam artikel. Ai tengok kes ni kat Youtube. |
|
|
|
|
|
|
|
Buat Drama thriller bersiri best ni |
|
|
|
|
|
|
|
makan orang ke? manusia ni makan macam macam mengalahkan babi.mesti daging manusia sedap dari daging babi kan? |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 1-7-2022 11:28 AM
Cer google nama2 yang ada dalam artikel. Ai tengok kes ni kat Youtube.
Okehhh tennnkiuuu. ???? |
|
|
|
|
|
|
|
sebab tu ada hari akhirat
kt sni balasan cume dpt hidup free /mkn minum berak tanggung , ko bunuh/makan org pun dpt hidup free gomen tanggung..
kt sana, abisla azab |
|
|
|
|
|
|
|
Macam movie bertajuk Fresh |
|
|
|
|
|
|
|
bangsa etis perati je ko ni man
|
|
|
|
|
|
|
| |
|