|
Siapa sangka seorang wanita bertemu suaminya buat pertama kali ketika menjalinkan hubungan cinta dengan anak lelakinya.
Sydney Dean, 27, dari Ohio, Amerika Syarikat, berkahwin dengan pemandu trak, Paul, 51, di mana jarak usia mereka 24 tahun.
Dia pertama kali bertemu dengan suaminya semasa umurnya 11 tahun, ketika itu melawat teman lelakinya, iaitu anak Paul.
Pasangan itu masih berkawan selepas berpisah, tetapi tidak pernah menjangka bahawa hubungan mereka suatu hari nanti akan menjadi sesuatu yang sangat berbeza.
Foto: Jam Press
Sydney berkata, dia banyak meluangkan masa dengan Paul selepas bekas teman lelakinya mempunyai kekasih baharu.
Sydney berkata: "Saya tidak pernah menjangka akan jatuh cinta dengan Paul dan kami bertemu dengan cara yang bukan tradisional.
"Tetapi saya sangat gembira melakukannya," katanya.
Pasangan itu mula menjalinkan hubungan sewaktu Sydney berusia 16 tahun, di mana usia itu dibenarkan mengikut undang-undang di Ohio.
Pada 2016, pasangan tersebut mengikat tali pertunangan sebelum berkahwin. - CARI
Sumber: mStar/Mirror |
|