CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1099|Reply: 11

[Tempatan] LKIM punca nelayan miskin?

[Copy link]
Post time 2-7-2022 09:26 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 1-7-2022 05:28 PM


LKIM punca nelayan miskin?



SEPATUTNYA kita sudah lama mempunyai ramai nelayan moden yang mampu menggunakan peralatan canggih dan bot besar.


  • Oleh Meja Rencana
  • 2 Julai 2022, 9:00 am


BARU-BARU ini, terdapat laporan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bertindak segera membeli ikan terus daripada nelayan untuk dijadikan stok penimbal dalam usaha membantu menstabilkan harga dan mengimbangi bekalan bagi menjamin sekuriti makanan negara.

Untuk tujuan itu, sejumlah RM7 juta diperuntukkan sebagai modal pusingan pembelian ikan tempatan sebanyak 1,000 tan metrik yang akan ditempatkan di 130 bilik sejuk beku di seluruh negara.

Pada masa sama, berkuat kuasa serta-merta, pengguna boleh mendapatkan bekalan ikan segar beku jenama Q’Fish untuk lapan jenis ikan iaitu kembong, pelaling, selar, selayang, cencaru, aya kurik, selar (pelata) dan tongkol pada harga siling RM10 sekilogram.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan kira-kira 90,000 nelayan kecil tempatan di seluruh negara mengeluh ekoran nasib mereka tidak berubah sejak sekian lama.

Ini kerana hasil tangkapan terpaksa dijual kepada orang tengah dengan harga rendah kerana mereka tiada akses memasarkan hasil laut kepada pemborong.

Kesediaan LKIM bertindak segera membeli ikan terus daripada nelayan untuk dijadikan stok penimbal dalam usaha membantu menstabilkan harga merupakan langkah penting walaupun kegiatan ini telah lama berlaku.

Yang lebih mustahak, dapat mengurangkan dan menghapuskan peranan orang tengah yang menguasai pasaran dan menindas nelayan.

Dalam menangani kehidupan nelayan, peranan LKIM dilihat kurang berfungsi walaupun telah ada kemudahan seperti kilang sejuk beku di Kuala Besut dan Kuala Kedah tetapi tidak beroperasi.

Juga, terdapat 43 pusat pendaratan ikan di seluruh negara tetapi hasil laut itu dijual terus kepada peraih atau orang tengah. Kalau diteliti, kemiskinan nelayan berpunca daripada kelemahan agensi perikanan itu sendiri.

Nelayan terikat dengan orang tengah atau along yang menjadi ‘bank’ memberi pinjaman mudah apabila nelayan dalam kesempitan hidup.

Setelah berada dalam cengkaman tauke ini, nelayan tidak bebas menjual hasil tangkapan mereka dan mereka mudah pula ditindas dan ikan dibeli dengan harga murah yang ditentukan oleh orang tengah terbabit. Kegiatan orang tengah atau kartel dalam industri ternakan ayam ada persamaan dengan industri perikanan.

Ia melibatkan penguasaan dan manipulasi harga seperti menaik atau menurunkan dengan alasan cuaca sehingga pembeli terpedaya dan mengganggu sekuriti makanan negara.

Sudah sampai masanya para nelayan diberi perhatian dan pembelaan sewajarnya oleh agensi berkaitan. Institusi kewangan seperti Agrobank perlulah memainkan peranan dalam menyediakan pinjaman mudah kepada nelayan untuk membiayai kehidupan mereka.

Bank terbabit juga perlu memberikan pembiayaan untuk membeli peralatan menangkap ikan seperti bot moden yang boleh beroperasi di laut dalam.

Kita tidak mahu akibat kesempitan hidup, ada yang sanggup menjual minyak diesel bersubsidi untuk mendapatkan wang tunai dan menjadi tali barut kepada nelayan asing yang menangkap ikan secara haram.

Apa yang kita mahu adalah nelayan kita digelar nelayan moden dan boleh beroperasi di laut menggunakan peralatan canggih, bot besar dan laju serta mampu berada di tengah laut untuk beberapa bulan dan hasil tangkapan boleh dieksport.

Mana tahu, pengangguran dapat dikurangkan dengan penglibatan golongan belia menjadi nelayan moden dengan melakukan transformasi sektor perikanan negara. – UTUSAN





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-7-2022 09:32 AM | Show all posts
Betulah sepatutnya sudah ada nelayan di Malaysia yang menjadikan pekerjaan mereka sebagai satu perniagaan yang menggunakan boat seperti nelayan di negara barat.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Lembaga Kemajuan Ayam Malaysia tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul lah kata mat formula Rafizi..stok penimbal penting utk stabilkan harga

Harga naik: Nanti Umno cadang tubuh lembaga haiwan lain pula - Rafizi
Diterbitkan:  Jun 25, 2022 5:18 PM



Bakal timbalan presiden PKR Rafizi Ramli menyifatkan cadangan Umno agar sebuah lembaga kebangsaan ditubuhkan bagi menangani isu peningkatan harga ayam sebagai satu jenaka.

"Idea Umno untuk menangani masalah kenaikan kos makanan dan sara hidup ialah dengan menubuhkan Lembaga Unggas (Ayam) Kebangsaan. Selepas ini apabila harga kambing pula naik, Umno akan menubuhkan Lembaga Kambing Kebangsaan.

"Akhirnya, tindakan ini hanya menambah bebanan kewangan kepada rakyat yang terus menanggung gaji, elaun dan belanja ahli-ahli politik dari parti-parti mereka yang dilantik untuk menjadi bos-bos kepada lembaga ayam, lembaga kambing dan lain-lain," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Rafizi, apa yang diperlukan adalah mewujudkan stok penimbal (stockpile) serta penstrukturan semula sejumlah kementerian agar pengurusan rantaian bekalan ditangani dengan lebih berkesan tanpa pertindihan kuasa antara kementerian.


Dia berkata krisis pada masa ini tidak begitu berbeza dengan apa yang berlaku pada era 1970-an, ketika berlakunya perang dan konflik geopolitik, inflasi, sekatan bekalan minyak mentah dan kekurangan bekalan bijirin.



"Negara-negara yang lebih bersedia (dari segi dasar kelangsungan makanan, keupayaan kerajaan menyelaraskan kembali bekalan makanan dan kekukuhan kewangan negara) berjaya menangani gangguan sebegini tanpa menyebabkan kesengsaraan rakyat, sedangkan negara-negara yang lemah tadbir urusnya akan menyeksa rakyat (seperti yang berlaku di Sri Lanka sekarang)," katanya.

Kerajaan yang dipimpin Umno-PAS-Bersatu tidak sepatutnya menyalahkan konflik antarabangsa bagi menutup kegagalan mereka, katanya lagi.

Strategi stok penimbal

Ketika krisis makanan pada era 1979-an, kata Rafizi, konsep stok penimbal terbukti berkesan dan telah digunakan sehingga kini.

"Dasar stok penimbal memberi kuasa dan peruntukan kepada kerajaan persekutuan untuk menggunakan peruntukan untuk membeli dan menyimpan secara pukal bekalan makanan dan keperluan utama rakyat (termasuk petrol dan diesel).

"Simpanan pukal stok penimbal ini akan digunakan dengan disuntik ke pasaran apabila ada gangguan bekalan yang menyebabkan kenaikan harga mendadak," katanya sambil menambah langkah itu juga akan membantu menstabilkan harga barangan keperluan.

Katanya, ada banyak cara dan instrumen kewangan yang boleh digunakan untuk membina stok penimbal negara, antaranya hedging atau kontrak pembelian masa depan.

Justeru, katanya lagi, kerajaan patut menubuhkan badan seperti National Commission on Supplies and Shortages Amerika Syarikat, yang merupakan badan bebas yang bertanggungjawab membina stok penimbal bagi menguruskan risiko gangguan bekalan makanan.

"Suruhanjaya ini perlulah bertanggungjawab kepada Parlimen dan dipantau sekeras-kerasnya untuk mengelakkan peruntukan membina stok penimbal disalahgunakan oleh unsur-unsur rasuah," katanya.

Selain itu, Rafizi juga mencadangkan beberapa kementerian diselaraskan dan dijajarkan semula.

"Sepatutnya, kuasa dan tanggungjawab menggubal, melaksana, menyelia dan menguatkuasa dasar dan undang-undang yang melibatkan keseluruhan rantaian bekalan makanan (dari huluan yang menghasilkan bekalan makanan kepada hiliran yang mengedar dan menetapkan harga makanan) dipusatkan di sebuah kementerian sahaja.

"Ini membolehkan perancangan menyeluruh bagi seluruh rantaian bekalan makanan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan apabila pertindihan kuasa (seperti yang berlaku sekarang) dihapuskan," katanya.

Pada masa ini, dia berkata terdapat empat kementerian yang terlibat dalam soal rantaian bekalan makanan, iaitu Kementerian Industri Asas Tani, Kementerian Perusahaan Utama, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa.

"Ini belum lagi dikira berpuluh-puluh agensi yang ada di bawah kementerian-kementerian ini.

"Urusan mentadbir negara akhirnya dihabiskan dengan mesyuarat demi mesyuarat yang mengambil masa berbulan-bulan kerana ada ramai menteri yang perlu membuat keputusan," katanya lagi, sambil menambah keadaan itu diburukkan lagi dengan "menteri-menteri yang lebih sibuk berpolitik".

Dia berkata jika langkah-langkah ini dibuat sebelum ini, Kabinet tidaklah berhadapan dengan situasi keputusan yang berubah-ubah dalam menangani peningkatan harga ayam.

Pada 21 Jun lalu, kerajaan mengumumkan subsidi untuk minyak masak botol dan harga siling untuk ayam dan telur akan dihapuskan. Subsidi untuk minyak masak dalam plastik pula akan diteruskan.

Namun tiga hari kemudian, kerajaan mengumumkan harga ayam tidak akan diapungkan di pasaran dan harga siling baru akan ditetapkan.

Pada masa sama, harga ayam kekal dijangka akan diapungkan dan subsidi untuk minyak masak botol dihapuskan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 10:58 AM | Show all posts
naik bot pun mabuk laut..

nyet si bangsa etis ni ada hati nak jadi pejuang nelayan

kau nak bagi gaji nelayan berapa ribu sebulan arr nyet??

cer citer sikit nyet???



waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarghkahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 2-7-2022 11:34 AM

Tapi Mail ckp lps ni kjaan kena tubuhkan Lembaga Kemajuan Ayam pulek utk bela penternak kononya ..nk bela penternak ke sbb nk bagi jawatan free kat geng2 umngok tuh?

LKIM yg dah ada berpuluh tahun ni pun mcm takde fungsi jah..ada pun mcm takde..nasib nelayan dok miskin takat tu jgk drpd dulu x maju2..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2022 11:44 AM | Show all posts
Edited by blue_blur at 2-7-2022 11:45 AM

takde fungsi Lembaga ikan.
padahal ada je report bertan tan ikan kena curi vietnam..
bertan tan tu cukup sangat (kot?) untuk supply ke negara balik..

lembaga ikan pun macam ni, berangan nak wujudkan lembaga ayam?
lembaga lembu lama tergantung tak bertali dah.

(belajar dari thai macam mana dorang uruskan hasil bumi/laut sendiri, tak perlu sampai ke western)
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 11:58 AM | Show all posts
LKIM dan FAMA..dua kali lima...kalau tak percaya tanya petani..kalau buah tempatan mahal..akan import buah dari luar konon untuk stabilkan harga..yang rugi petani kita...bingai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2022 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikan pun naik harga pasni?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
blue_blur replied at 2-7-2022 11:44 AM
takde fungsi Lembaga ikan.
padahal ada je report bertan tan ikan kena curi vietnam..
bertan tan tu c ...

Setuju sangat
Nasib nelayan masih tak berubah dengan kejahatan dan di cengkam oleh lintah darat si orang tengah
LKIM perlu di kambus dan tak perlu wujud lagi dengan kata nama lain 'USELESS'
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
kitmal replied at 3-7-2022 11:58 AM
LKIM dan FAMA..dua kali lima...kalau tak percaya tanya petani..kalau buah tempatan mahal..akan impor ...

Ya betul tu
Seeloknya di kambus aje kedua-duanya yang tak berfungsi dan memberi manfaat
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua berat bontot duk lam opis scan in scan out p breakfast p lunch p ambik anak semayang 3x kerja hakiki kena turun site check tapi pakat dok men fon sambil kerja main fon sambil drive kereta main fon sembang juta tapi mintak data tak de cukup bulan dapat gaji alhamdulillah

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.333105 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list