CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1191|Reply: 17

[Dunia] Putin ‘luah perasaan’ kepada Jokowi, akui perit dengan sekatan Barat

[Copy link]
Post time 2-7-2022 10:10 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 1-7-2022 06:13 PM


Putin ‘luah perasaan’ kepada Jokowi, akui perit dengan sekatan Barat




  • Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
  • 2 Julai 2022, 10:00 am


MOSCOW: Pertemuan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) dengan pemimpin Ukraine, Volodymyr Zelensky dan Presiden Russia, Vladimir Putin membawa harapan besar, iaitu cuba ‘meleraikan’ konflik yang tercetus di antara kedua-dua negara berkenaan.

Sejak peperangan tercetus, Jokowi menjadi pemimpin Asia Tenggara pertama yang mengadakan pertemuan dengan Zelensky dan Putin.
Ketika bertemu dengan Jokowi, Putin dilaporkan sempat ‘meluahkan perasaan’ mengenai konflik yang berlaku dan kebimbangannya.

Satu daripada kerisauan yang diadukan Putin kepada Jokowi adalah kesan sekatan Barat terhadap banyak perusahaan Russia.

Katanya, sekatan oleh Barat secara tidak langsung memberi kesan kepada ketersediaan bekalan makanan dan baja dalam pasaran global.

Jelas Putin, sekatan Barat tidak menyasarkan produk keluaran ini, namun masih merumitkan proses perniagaan.
“Secara rasminya, makanan dan baja tidak termasuk dalam sekatan yang dikenakan oleh Barat.

“Namun, pemilik syarikat yang menghasilkan produk makanan dan baja, termasuk anggota keluarga mereka dikenakan sekatan Barat.

“Keadaan itu menyukarkan proses tanda tangan kontrak perniagaan,” katanya ketika bertemu Jokowi seperti yang dipetik agensi berita Russia, TASS.

Selain itu, Putin menyatakan, sekatan yang dikenakan terhadap insurans kargo merumitkan transaksi kewangan.

Jelas beliau, sebagai contoh, Belarus merupakan satu daripada negara terkemuka dalam pengeluaran makanan dan baja, namun sekatan secara langsung yang dikenakan menjejaskan bekalan kedua-dua bahan tersebut.

Putin beritahu, punca masalah bekalan makanan dalam pasaran global hari ini adalah disebabkan oleh sekatan yang dikenakan Barat terhadap pelabuhan Russia.

“Barat kenakan sekatan terhadap sejumlah pelabuhan kami yang secara tidak langsung mewujudkan masalah dengan insurans kargo dan penghantaran, sekali gus mencetuskan masalah bekalan makanan dunia,” ujarnya.

RUNDINGAN PBB
Dalam pada itu, Putin menyatakan, masalah bekalan makanan dalam pasaran global kini sedang dibahas oleh Russia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Katanya, Russia dan PBB saling bekerjasama untuk mencapai jalan penyelesaian terbaik, termasuk berunding dengan sekutu Russia.

TERIMA NIAT BAIK JOKOWI
Pemimpin Russia itu pada masa yang sama memaklumkan beliau dengan terbuka hati menerima niat baik Jokowi untuk membantu negara ini menyelesaikan konflik dengan Ukraine.

Katanya, Russia bersedia untuk melakukan rundingan dengan Ukraine sekiranya semua syarat dipersetujui dan Barat menarik balik sekatan yang dikenakan.
Selain itu, Putin turut menyifatkan pertemuannya dengan Jokowi sebagai ‘produktif’.

“Saya yakin beberapa persetujuan sudah dicapai hari ini dan kesemuanya akan mengukuhkan lagi hubungan Russia-Indonesia,” jelasnya.

SAMPAIKAN MESEJ ZELENSKY
Sementara itu, Jokowi memaklumkan beliau sudah pun menyampaikan mesej yang disampaikan Zelensky kepada Putin tanpa mendedahkan butirannya.

“Saya sudah jalankan amanah dengan menyampaikan mesej Zelensky kepada Putin.

“Saya juga sudah bersedia untuk membantu memulakan ‘komunikasi’ antara kedua-dua pemimpin tersebut.

“Biarpun situasi masih sukar, namun adalah penting untuk memulakan dialog terbuka antara kedua-dua negara,” ujarnya.

Jokowi menegaskan, Indonesia amat berharap peperangan antara Russia dan Ukraine dapat diakhiri segera.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua pemimpin dunia supaya bekerjasama membantu Russia dan Ukraine mencapai jalan penyelesaian konkrit. – AFP/AGENSI



https://www.utusan.com.my/luar-negara/2022/07/putin-luah-perasaan-kepada-jokowi-akui-perit-dengan-sekatan-barat/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-7-2022 10:11 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 1-7-2022 06:15 PM

Malu malu kucing pula lah putin ni!
Berharap selepas perjumpaan ni putin berfikir semula ten5ang kemanusia dan juga tau masih ada orang yang masih sayang pada dia dan dia tidak keseorangan!
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 02:15 PM | Show all posts
Bagus juga perjumpaan dengan jokowi. Nampak sisi lain dari putin disini, kalau tidak nampak seperti general. Walaupun susah, kira ada harapan juga perang akan dihentikan, tapi tuntutan russia pun susah barat dan ukraine nak ikut..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorry to say hati keladak lebih nak salahkan zelensky, I don't think he cares about his people.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 02:44 PM | Show all posts
becir replied at 2-7-2022 02:18 PM
Sorry to say hati keladak lebih nak salahkan zelensky, I don't think he cares about his people.

Me too...kata hati iols percaya something not right psl dia ni. Lps tu dgn 24 jam bertshirt tu drama sgt. tau lah tgh dlm perang tp bknnya ko ikut g berperang kt barisan depan smpi kotor berhabuk2 pun baju. mula2 ok lah dh lama2 aku rasa annoying. lps tu asyik2 cuba batu apikan blok eropah suruh sokong dia. bila emmanuel macron ckp jgn malukan putin lebih2. dia sentap dan play victim mmg typical perangai yahudi. nk asyik kena dgr ckp dia je...iols simpati ngan penduduk ukraine tp zelensky ni iols x bole berhusnuzon. iols rasa dia tiba2 jd presiden dari pelakon komedi mmg dirancang:

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 02:49 PM | Show all posts
kgb ni nak kerr main luah perasaan bagai? napa haritu takde pun sesi luah perasaan tup tup terus bom jah?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2022 02:51 PM | Show all posts
ada kerr acik2 porum yang tertipu lagi nihhh? haritu kata tak minat perang tup2 pegi bom pulak so acik2 masih nak purcaya lagi luahan perasaan bagai ni yihhh
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 02:54 PM | Show all posts
bangsa etis bunuh bangsa etis

lepas tu bangsa etis mengadu kat indon

@Friska 1 - bangsa etis nyet 0

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2022 02:57 PM | Show all posts
Dalam hal ni I lebih kagum dengan Jokowi... Indonesia betul2 dihormati skrg ni..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Bromance
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 03:24 PM | Show all posts
hehehe, i ntah ...

well  to be  honest ,  Jakarta  and Moscow  bukannya baru pun hubungan diplomatik depa, ala zaman Soekarno pun dah rapat...and ade kisah kisah yg hmm belakang tabir pun kan so kan...biase lah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila Putin attack Ukraine atas sebab Nato, bukan main lah lobai2 semua hanggok2 sokong. Lobai malas membaca pasti tak sedar Malaysia ahli Mini Nato (Fpda). Ditakdirkan satu hari nanti Indon/Pinoy dapat presiden yg.gila babi, depa attack Malaysia atas alasan mini-Nato nanti gimana? Depa boleh aje buat sebab penubuhan Fpda dulu pun utk.lawan Indon waktu Konfrontasi. Lobai memang bodo
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikut body language, gaya salam Indon caprut lebih kuat berbanding Rossiya
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 07:21 PM | Show all posts
takbgtau ponbang puting luahkan perasaan bagaimana? bertentang mata 4 mata dengan jokowi atau tulis karangan confession
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 07:51 PM | Show all posts
Luar biasa Pak Jokowi, bangga sekali saya
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 09:00 PM | Show all posts
alah yang ni lebih kepada acik Jokowi nak pujuk daddy Puting n si fonen ukraine untuk attend mesyuarat G20 kat Bali Nov22 nanti. Kalau tanpa Rusia akan jadi G19. At the same time, jokowi kena la mainkan perana alih perhatian dunia ke indonesia sama. Win-win girtuh. Plus Indonesia pun neutral tak menyebelahi mana2 rusia mahupun ukraine.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2022 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Friska replied at 2-7-2022 07:51 PM
Luar biasa Pak Jokowi, bangga sekali saya

luar biasa apa sih..Pendatang Haram Indon ramai di Msia..ngomong apa lue???
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 2-7-2022 02:44 PM
Me too...kata hati iols percaya something not right psl dia ni. Lps tu dgn 24 jam bertshirt tu dra ...

Silap zelensky ni sebab dia terlebih menyalak, buat rakaman cam kat bunker konon...sampai rengsa yuropean yg lain..yg kesiannya rakyat dia sendiri la..mati katak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 05:51 PM GMT+8 , Processed in 1.260785 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list