View: 626|Reply: 2
|
Polis Tengah Buat Lakaran Wajah Suspek Serang Lufya Omar
[Copy link]
|
|
Polis akan mengeluarkan lakaran wajah suspek yang disyaki mencederakan seorang pelakon dan cuba menculik anaknya dalam kejadian di sebuah taman permainan di Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.
"Keterangannya (Lufya Omar) diambil lebih dua jam (pada Jumaat) oleh pegawai penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.
"olis dalam proses untuk membuat lakaran wajah suspek yang didakwa menyerang pelakon itu. Kita akan usahakan untuk keluarkan fotofit itu secepat mungkin," kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid.
Beliau berkata, identiti suspek bagaimanapun masih dalam siasatan.
Sinar Harian pada Khamis melaporkan, keterangan pelakon itu diambil pada jam 11 pagi, Jumaat.
Sebelum itu, Lufya membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara pada jam 6.59 pagi Rabu.
Dalam kejadian pada Selasa, Lufya cedera di kepala dan badan akibat dipukul seorang lelaki yang cuba menculik anaknya, Laana Haura, 5, dis ebuah taman permainan.
Sumber: Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
lencunnn laaa tiak acah lufya kena soal siasat 2 jam.... mesti ingat-ingat lupa kan wajah 'suspek' tu...dah dekat seminggu kannn.... |
|
|
|
|
|
|
|
x sabar tgk wajah lakaran pelaku. semoga polis wat composite sketch sekali ye. senang nk identify pelaku |
|
|
|
|
|
|
| |
|