CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1064|Reply: 5

[Politik] Pemuda UMNO sindir Timbalan Menteri PAS, dakwa 'sudah mati rasa'

[Copy link]
Post time 2-7-2022 06:38 PM | Show all posts |Read mode

Pemuda UMNO menyindir Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh yang menyifatkan kenaikan harga barang tidak sepatutnya menjadi masalah besar kepada pengguna di negara ini. - Gambar SINAR HARIAN

SHAH ALAM: Pemuda UMNO menyindir Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh yang menyifatkan kenaikan harga barang tidak sepatutnya menjadi masalah besar kepada pengguna di negara ini.
Ketua Pemudanya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa, kenyataan yang dibuat itu bermakna Ahli Parlimen Pasir Puteh itu ‘sudah mati rasa.’
“Apabila ada menteri mendakwa ‘harga barang bukan masalah besar’, buat pula perbandingan dengan negara luar, itu maknanya sudah mati rasa!” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Sabtu.


Nik Muhammad Zawawi sebelum ini dilapor menyifatkan kenaikan harga barang tidak sepatutnya menjadi masalah besar kepada pengguna di negara ini.
Beliau berkata, situasi rakyat negara ini lebih baik, berbanding rakyat di negara lain yang dikatakan lebih teruk.

“Oleh demikian, kenaikan harga barang tidak sepatutnya menjadi masalah besar kepada mereka (pengguna). Berbanding dengan rakyat dari negara lain, mereka di sana lebih teruk keadaannya daripada kita.
“Dalam kes kita, kerajaan kita masih mempunyai keupayaan untuk membantu rakyat dan kita akan terus mencari jalan untuk membantu rakyat, terutamanya mereka yang berpendapatan rendah,” katanya.

Nik Muhammad Zawawi berkata, Malaysia adalah satu-satunya negara di rantau ini yang memperuntukkan sejumlah besar wang untuk memberi subsidi bagi membantu rakyat.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2022 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Time nak naik rega barang pandsi plk compare negara lain....time pemimpin dah dijatuh hukum x nk plk ikut jepun terus bunuh diri
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 08:08 PM | Show all posts
70 orang menteri....
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 08:44 PM | Show all posts
Firenzza replied at 2-7-2022 07:38 PM
Time nak naik rega barang pandsi plk compare negara lain....time pemimpin dah dijatuh hukum x nk plk ...

eeeeeeeee

apa ni menggalakkan bunuh diri

ni la ajaran bangsa etis


Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 09:43 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 10:18 PM | Show all posts
gaduh siang saja tu...malam baik balik........hipokrit
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.282938 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list