View: 381|Reply: 4
|
[Tempatan]
Amanah perhalusi ciri, nilai setiap calon PRU15
[Copy link]
|
|
PENDANG – Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah berikrar memperhalusi ‘ciri’ dan ‘nilai’ dimiliki calon-calon parti tersebut bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Timbalan Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, kesetiaan dan menghayati perjuangan mengangkat ‘daulat’ rakyat akan diutamakan ketika memperhalusi ciri dan nilai calon tersebut.
“Sebagai parti politik yang menjadi peserta pilihan raya kelak, ‘bahan’ yang boleh kita jual atau tawarkan kepada rakyat adalah ‘idea’, ‘rekod’ dan ‘khidmat’ pemudah cara untuk menyelesaikan masalah rakyat.
“Semua ini ada pada parti Amanah,” katanya ketika membacakan teks ucapan Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi sempena Konvensyen Amanah Kedah dan Istiadat Letak Kerja Pilihan Raya dan Komunikasi di Dewan Cenderawasih, di sini, pada Sabtu.
Tambah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor itu, Amanah Kedah telah bersiap siaga untuk turun bersama rakyat dalam PRU nanti.
“Amanah dan Pakatan Harapan (PH) turun dengan satu hasrat, ‘Perkasakan Daulat Rakyat. Daulat rakyat telah diangkat dan dijunjung sebelum ini.
“Namun kerana adanya para politikus yang mengambil kesempatan atas nama rakyat telah ‘melompat’ di sana sini, maka suara ‘daulat’ rakyat itu telah dipermainkan,” katanya.
Beliau berkata, Amanah Kedah ingin menegaskan sesekali tidak akan menderhakai rakyat.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -setiap-calon-PRU15
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
|
|
|
|
|
|
|
kata itu hari tak nak PRU...
ni nak perhalusi calon lak
kalau boleh cari la calon yang tak tongong ekonomi
dan pandai baca graf
|
|
|
|
|
|
|
|
setiap calon tu mesti taat kepada perintah DAP tak? |
|
|
|
|
|
|
|
iols selalu wonder mana dana2 parti politik ni dtg? while umno/bn kita tau dana dtg dari mana tp parti2 politik yg lain x diketahui. jika dilihat dari jumlah bendera parti2 lain ketika pilihanraya mampu menyaingi umno. itu blm dikira kos2 jentera di blkg. few years back zaman najib ada cadangkan akta pendanaan parti politik namun ditentang pembangkang ketika itu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|