View: 368|Reply: 3
|
[Tempatan]
‘Pembangkang serang PM secara profesional’; -Guan Eng
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR : Pembangkang ‘menyerang’ Perdana Menteri hanya isu yang melibatkan soal-soal dasar, bukan isu berbentuk peribadi atau memberi tekanan supaya diadakan segera Pilihan Raya Umum (PRU).
Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, ‘serangan’ pembangkang dibuat dengan cara yang lebih profesional dan meletakkan rakyat sebagai keutamaan khususnya isu kos sara hidup.
“Kita bukan serang Perdana menteri. Orang bercakap tentang pakaian Perdana Menteri mahal, kita tak sentuh isu itu, kita lebih banyak bercakap tentang cara menangani kos sara hidup yang tinggi,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Kelmarin, Ismail Sabri ketika berucap pada Konvensyen Barisan Nasional (BN) Sabah menegaskan, beliau adalah Perdana Menteri daripada BN, justeru sebarang tindakan menyerangnya bermakna mahu melemahkan kepimpinan gabungan politik itu.
Dalam pada itu, Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad berkata, perpecahan dalaman UMNO adalah kerana ahli parti itu sendiri yang merebut kuasa, bukan kerana pembangkang.
Katanya, ia jelas dilihat apabila terdapat dua kem di dalam parti tersebut iaitu antara kem Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dikatakan ingin melaksanakan Pilihan Raya Umum (PRU) awal, sementara kem Perdana Menteri enggan berbuat demikian.
“Sebenarnya yang banyak kritik Perdana Menteri bukan pembangkang, tetapi dari dalam UMNO sendiri sebab perebutan kuasa yang berlaku,” ujarnya.
Tambah Khalid, rakyat boleh menilai perebutan kuasa dalam UMNO yang disifatkan sebagai budaya parti itu yang seharusnya dielakkan dalam sesebuah pemerintah.
“Jangan nak gunakan modal pembangkang untuk satukan mereka kerana hakikatnya perpecahan itu adalah datang dari dalam UMNO sendiri,” katanya. –UTUSAN ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
jom undi parti tak cebok berak DAP
Malaysian Malaysia!!!!!!!!!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
“Kita bukan serang Perdana menteri. Orang bercakap tentang pakaian Perdana Menteri mahal, kita tak sentuh isu itu, kita lebih banyak bercakap tentang cara menangani kos sara hidup yang tinggi,”
betul ke mereka tak sentuh isu ni???
ini dalam web dap sendiri
https://dapmalaysia.org/Kenyataan-Akhbar/2022/05/29/35337/
The Prime Minister, Ismail Sabri should explain why he is promoting British luxury brand like the RM5,500 Burberry shirt while punishing civil servants for using English.
ini pula nga kor ming
|
|
|
|
|
|
|
|
tu je la modal puak2 ni
bab pilihanraya pulak
dalam kata tak setuju
jentera dah bergerak dah
jap2..
bkn 24/7 ke jentera bdk2 DAP ni bergerak
ada yang berbayor
ada yang free
bdk2 duduk PKNS bnyk buat kerja amal jadi jentera DAP kat forum ni
|
|
|
|
|
|
|
| |
|