CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1244|Reply: 12

[Tempatan] Penyamun warga asing mati tertetak peha sendiri

[Copy link]
Post time 3-7-2022 11:12 PM | Show all posts |Read mode
Penyamun mati tertetak peha sendiri[size=14.399999618530273px][size=0.8]Oleh Safeek Affendy Razali - Julai 3, 2022 @ 2:56pm[email protected]


[url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url]








GOMBAK: Seorang lelaki warga asing mati selepas tertetak pehanya sendiri ketika bergelut dengan seorang lelaki yang mahu disamun di Taman Perindustrian Kepong (KIP) di sini, hari ini.

Suspek berusia 50 tahun bersenjatakan sabit panjang dilaporkan sempat beberapa kali menetak mangsa yang kemudiannya mengambil kerusi untuk mempertahankan diri.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komissioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai suspek yang tertiarap atas jalan dalam keadaan berlumuran darah oleh orang awam di tempat kejadian.

"Siasatan di tempat kejadian menemui suspek tertiarap di atas jalan dan terdapat sebilah sabit panjang dalam genggaman tangan kanannya.

"Sementara itu mangsa juga seorang warga asing berusia 48 tahun yang parah ditetak dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh, namun disahkan meninggal dunia tengah hari tadi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zainal Mohamed berkata, hasil siasatan lanjut yang dijalankan mendapati suspek telah datang ke premis dan berbual dengan mangsa namun tiba-tiba suspek terus menyerang beberapa kali menetak mangsa dengan menggunakan sabit panjang dengan niat ingin menyamun.

"Mangsa ketika itu mengambil sebuah kerusi plastik dan cuba mempertahankan diri daripada terus dicederakan oleh suspek.

"Semasa bergelut, senjata yang digunakan suspek untuk menetak mangsa terkena pada bahagian paha kirinya sendiri sebelum suspek terus berlari ke arah luar premis dan terus rebah atas jalan pada jarak lebih kurang 36 meter dari lokasi kejadian," katanya.

Suspek kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan hospital di tempat kejadian.

Siasatan awal mendapati motif kejadian adalah disyaki cubaan samun sehingga menyebabkan kematian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2022 11:24 PM | Show all posts
good riddance to bad rubbish
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Maafkan den tp den BC berita ni dgn rs gembira..jahat pun jahatla..den pun bkn baik pun..tp serius..den xrs kesian pun kpd yg suspek..so babai jela..yg mangsa pun mati.. innalillahiwainna ilaihirajiunn...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 12:25 AM | Show all posts
Mangsa pun mati jugak
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 01:28 AM From the mobile phone | Show all posts
cash terus.. sikit pun takde ansuran mudah..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Adoii takleh bygkan sakitnya kena tetak, kejam betul penyamun yg guna sabit tetak org ni.
Hujung2 dia pun kena sekali, senjata makan tuan la nih.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2022 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada saksi ke ek yg citer sbb dua2 meninggal...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 07:36 AM | Show all posts
syukur mati belaka. kalau rohingya aku double triple syukur
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2022 07:39 AM | Show all posts
Tengok video cctv tu darah memancut2 keluar. tapi kesian yang disamun mati jua.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Karang ja lah cerita since dua2 dah mati. Case closed.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 08:03 AM | Show all posts
Zep replied at 4-7-2022 07:39 AM
Tengok video cctv tu darah memancut2 keluar. tapi kesian yang disamun mati jua.

really
my oh my


mesti kena arteri karotid tu
sbb lps kena heols berlari keluar tp x jauh dh rebah
even letak pressure di luka pun still ssh nk recovery


Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 08:05 AM | Show all posts
bangsa apakah dua2 tu?
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 09:02 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.056262 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list