View: 1253|Reply: 16
|
[Politik]
'Jika Najib mahukan pengampunan, ikut proses' - Tok Mat
[Copy link]
|
|
Menurut Mohamad, beliau menganggap masalah yang melingkari negara masa kini berakar dari kegagalan UMNO dan Barisan Nasional untuk memberi penerangan yang telus tentang skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pengampunan DiRaja sebelum seseorang individu yang didapati bersalah di Mahkamah, menjalani hukuman yang dijatuhkan ke atasnya, adalah sesuatu yang salah, tegas Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu berkata, banyak kes melibatkan pemimpin kanan UMNO sebelum ini menyaksikan mereka menjalani hukuman sebelum diberikan pengampunan dan dibebaskan.
Mohamad berkata, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu melalui proses untuk mendapatkan pengampunan, seperti mana yang berlaku kepada bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Harun Idris, dan Datuk Mokhtar Hashim.
“Dia tidak boleh diampunkan selagi belum melalui proses. Itu adalah salah, sangat salah. Kebanyakan pemimpin UMNO yang terkenal, Menteri Besar Selangor Harun Idris, dia kena jalani hukuman. Mokhtar Hashim, kena jalani hukuman.
“Semua orang (yang bersalah) perlu jalani hukuman sebelum mendapat pengampunan. Ia adalah semudah itu, tiada cara lain,” katanya seperti dilaporkan dalam portal Asia Times.
Dalam pada itu, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Tok Mat berkata, Malaysia kini merupakan sebuah negara yang sedang bergelut, dan dipimpin oleh ‘kerajaan pintu belakang’.
Katanya lagi, beliau menganggap masalah yang melingkari negara masa kini berakar dari kegagalan UMNO dan Barisan Nasional untuk memberi penerangan yang telus tentang skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Selain itu, Mohamad turut berkata, Najib juga tidak boleh berharap terhadap layanan istimewa dari kerajaan yang dipimpin UMNO dan BN sekiranya ahli Parlimen Pekan itu dipenjarakan berhubung kes rasuah.
“Mahkamah adalah satu-satunya tempat untuk anda membuktikan anda tidak bersalah atau sebaliknya. Dia (Najib) tidak membuktikannya, dan dia tidak mampu membuktikannya. Jadi semua orang perlu membayarnya."
"Jika mahukan pengampunan, dia perlu melalui proses. Dia perlu masuk ke dalam (penjara) terlebih dahulu,” tambah Mohamad.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Team B nak cari Presiden baru tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
Blah la mat takde teloq. Haritu kan judin dah hebahkan cerita yang sebenarnya mat ni takde teloq. |
|
|
|
|
|
|
|
wat de hell la nak bg pengampunan setelah byak kerosakan yg jibun ni buat.... adik beradik jibun ni sendiri pun tak sokong n marahkan si jibun ni......
betul instinct iols pasal Tok Mat ni.... tok mat ni ala2 duri dalam daging org melayu nmpak mcm baik, boleh percaya, rupanyaaaaaaa.............................. tapi xtau la kalo tok mat ni proxy atok |
|
|
|
|
|
|
|
undi DAP lah mcm ni
tak cebok berak pun tak pe lah
ayoh ummah2 PKNS forum semua
kita undi DAP!!!!!!
Malaysian Malaysia!!!!!!!!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
Tok Mat berpaling tadah? |
|
|
|
|
|
|
|
Orix replied at 5-7-2022 05:06 PM
wat de hell la nak bg pengampunan setelah byak kerosakan yg jibun ni buat.... adik beradik jibun ni ...
Apa kerosakkan yg dia buat..? |
|
|
|
|
|
|
|
Tok mat otai umngok sendiri pun pecaya yg jibby mmg bersalah rompak duit 1mdb..tp heran bin ajaib penyembah2 bebal dia masih dok bekap ckp ni semua pitnah nk jatuhkan bossku |
|
|
|
|
|
|
|
rashiman replied at 5-7-2022 06:28 PM
Apa kerosakkan yg dia buat..?
Apa pulak kerosakan yg dia x buat? |
|
|
|
|
|
|
|
tripleid replied at 5-7-2022 07:30 PM
Tok mat otai umngok sendiri pun pecaya yg jibby mmg bersalah rompak duit 1mdb..tp heran bin ajaib pe ...
Sapa tu? Rashiman kerr? |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 5-7-2022 07:43 PM
Sapa tu? Rashiman kerr?
Siapa makan cili dia lah rasa pedas |
|
|
|
|
|
|
|
iol ada lh tanya pasal tokmat dekat otai politik gak. Tokmat ni walaupun nampak mcm geng jibby TAPI DIA BUKAN GENG JIBBY aagitcheeew... |
|
|
|
|
|
|
|
Kot2 tok mat dah nampak kemungkinan peralihan kuasa ke Mael Sabri
|
|
|
|
|
|
|
|
Nampak dah kan, depa pun dah tak mengharap pada najib dan wak jahit anymore, rashiman jer yang masih totok |
|
|
|
|
|
|
|
“Mahkamah adalah satu-satunya tempat untuk anda membuktikan anda tidak bersalah atau sebaliknya.
Tak semestinya. Najib dan zahid sangup sokong anwar sekiranya anwar sebagai pm campurtangan dalam perbicaraan najib. Ini dah tunjuk mahkamah di malaysia boleh dipulas telinganya oleh perdana menteri..
|
|
|
|
|
|
|
|
seronok tgk org2 tua UMNO bergaduh openly |
|
|
|
|
|
|
| |
|