View: 3119|Reply: 44
|
[Tempatan]
Harga makanan di universiti naik: Pelajar terpaksa ikat perut, cari kerja sambilan
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Harga makanan di kedai makan dan kafe dalam kampus universiti di sekitar ibu kota didapati meningkat mendadak sehingga ada mahasiswa terpaksa berjimat cermat bagi memastikan perbelanjaan bulanan mereka tidak terjejas.
Ini berikutan ada peniaga makanan menaikkan harga atas alasan terhimpit dengan kenaikan harga bekalan pelbagai bahan mentah, khususnya ayam, telur, tepung dan minyak masak.
Tinjauan BH di tiga universiti awam mendapati, golongan mahasiswa terpaksa mengurangkan pembelian makanan demi memastikan kelangsungan kehidupan harian mereka ketika menimba ilmu.
Ada yang mendakwa terpaksa makan sekali sehari atau menggantikan set makanan lengkap kepada mi segera kerana perlu berjimat, selain perlu bijak membahagikan wang untuk menampung kos bagi menyiapkan tugasan diberikan pensyarah.
Pelajar universiti terpaksa kerja sambilan untuk tampung belanja
Malah, segelintir mahasiswa juga mengakui terpaksa membuat kerja sampingan bagi menampung perbelanjaan harian dan keadaan itu sedikit sebanyak mengganggu pengajian mereka.
Pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya (UM), Isa Ishaq Zulkifli, 22, mengakui harga makanan yang dijual peniaga di dalam universiti semakin mahal sejak kebelakangan ini.
Katanya, peningkatan harga jelas dilihat menerusi kedai menjual nasi berlauk yang menetapkan kadar berbeza mengikut saiz dan kuantiti hidangan.
"Misalnya, saiz ayam dijual di kafe universiti semakin mengecil tetapi ia masih dijual pada harga sama berbanding sebelum ini. Seketul ayam dekat sini dijual RM3 tapi saiznya sangat kecil menyebabkan kami terpaksa mengambilnya lebih daripada satu.
"Ini belum termasuk sayur atau lauk lain. Saya pernah dicaj RM10 bagi sepinggan nasi dengan lauk ayam dan sayur di Fakulti Pendidikan.
"Ini membebankan golongan pelajar seperti kami biarpun kenaikan dianggarkan antara 50 sen hingga RM1," katanya ketika ditemui BH, semalam.
Pelajar masak sendiri untuk jimat belanja makan
Justeru, katanya beliau memilih untuk memasak sendiri di rumah sewa dan berkongsi dengan rakan demi mengurangkan perbelanjaan namun ia tidak boleh dilakukan setiap hari kerana bergantung kepada sesi pengajian.
"Tambahan pula, duit memang sentiasa tidak mencukupi menjelang akhir semester pengajian. Jadi, bila ada masa terluang saya juga akan buat kerja sampingan sebagai penghantar makanan atau ada kalanya terpaksa meminta wang tambahan dari keluarga," katanya.
Reaksi sama dikongsi pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik UM, Wan Muhammad Alif Shafiq Wan Rosli, 23, yang mengakui ada kalanya terpaksa memilih mi segera atau roti sebagai pengganti hidangan lengkap.
"Saya rasa dapat makan dua kali sehari pun dah syukur sangat. Ada masanya kami sebagai pelajar terpaksa makan mi segera atau roti untuk menahan lapar, terutama ketika menjelang hujung semester," katanya.
Pelajar Fakulti Alam Bina UM, Aiman Salsabila Hasnan, 21, pula berkata beliau terpaksa berjimat dengan lebihan kira-kira RM400 pinjaman wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk membeli makanan serta kos menyiapkan tugasan pengajian.
"Perbelanjaan beli makanan saja dianggarkan kira-kira RM20 sehari, RM10 untuk makanan tengah hari dan RM10 lagi untuk malam. Kalau beli di luar kampus pun sama, cuba bayangkan bagaimana kami hendak hidup," katanya.
Bagi pelajar jurusan Ilmu Wahyu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Nik Muhammad Fazrul Hakimi Nik Ismail, 23, juga mengakui berdepan masalah sama apabila harga makanan di kafe di kampus meningkat mendadak.
"Harga semasa bagi seketul ayam meningkat antara RM5 hingga RM6 bergantung kepada bahagian dipilih pelanggan, berbanding harga lama iaitu RM4. Ini belum kira lauk lain lagi.
"Jadi kami sebagai pelajar pun perlu berbelanja secara berhemah dan ada masanya terpaksa ikat perut kerana wang tidak mencukupi," katanya.
Harga makanan naik antara 50 sen hingga RM1
Di Shah Alam, pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM), Eza Izzah Ramli, 23, memaklumkan ada kedai makan dalam kampus yang masih mengekalkan harga sama, selain ada yang menaikkan harga antara 50 sen hingga RM1 bergantung jenis makanan.
"Untuk nasi berlauk, rata-rata kedai makan dalam kampus masih mengekalkan harga seperti biasa, contoh nasi bersama lauk ayam dan sayur masih kekal RM6, cuma nasi ayam penyet naik dari RM5 ke RM5.50 sepinggan.
"Kenaikan ini bagi saya sedikit membebankan namun masih ada pilihan untuk makanan yang mampu dibeli pelajar," katanya.
Seorang lagi pelajar UiTM, Siti Nur Ain Thusree, 24, berkata sejak kenaikan harga barangan terutama ayam, ia telah menyebabkan harga nasi ayam turut naik daripada RM5 kepada RM6.
"Kenaikan harga makanan walau nampak sedikit tapi tetap membebankan kami, sebab dalam sehari pelajar sekurang-kurangnya makan dua atau tiga kali dengan anggaran perbelanjaan RM20 untuk makan dan minuman.
"Harapnya kenaikan harga barangan harian tidak terus memberi kesan kepada harga makanan, walaupun pelajar ada bantuan pinjaman namun hampir sebahagiannya digunakan untuk membeli makanan dan minuman," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/07/972934/harga-makanan-di-universiti-naik
|
|
|
|
|
|
|
|
Carila kerja partime asalkan tak ganggu waktu kuliah.
Partime jual brg kt online platform ke..
Kena bijak cari peluang |
|
|
|
|
|
|
|
Biasalah laaa keje part time ... Cari duit extra ... Belajar belajar laaa nak survive ...
Akan dtg hidup ni x tahu macam mana rupa |
|
|
|
|
|
|
|
Rindu zaman universiti.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi tetap gigih pakai ipong memasing. |
|
|
|
|
|
|
|
Zmn study dulu masak ns sendri,lauk beli. Pilih part kepak boleh bagi 2 utk 2x mkn kalo lauk ikan pilih yg besaq, pn buat 2x mkn sayoq kadang depends ngn bajet baru beli. Lg 1 beli ayam ayamas tu,goreng hat tu ja wat lauk. Tahan semggu. Ada kwn i lg sadis hari2 mkn ns ngn sayoq bening. Aym / ikan is a luxury. Jimat2 sbb dia nk p mesir. Lani ramai yg pemurah. Insyaallah kamu leh survive dikk |
|
|
|
|
|
|
|
Part time sajork. Student bnyk energy n bnyk free time yah. Iols dulu pun zaman uni buat part time, lagipula duduk kt tgh keel mudah amat nk dpt part time yg flexible masanya. Syok ok simpan2 duit bila graduate je da ade simpanan sekian2.
Waktu keje part time iols terkejut terjumpa bermcm2 jenis org. Ade yg super social, ade yg mak pak jenis x heran anak x blk rumah ade plak mokcik2 yg struggle lps blk keje pun sambung part time lagi cari duit tambahan. Rindunya zaman ituh |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Lagubestbest at 5-7-2022 11:07 PM
ayah pulak keluar X70, mak pulak borong gelang time covid. haha
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku lunch kat ofis pun kena caj RM9 utk nasi, ayam goreng dan sayur. Ais kosong 30 sen. Total RM9.30
Sekarang ni kalau nak makan di kedai kena sediakan minimum RM10 utk makanan sahaja. Kalau nak minuman manis berais tambah lagi RM2.50. |
|
|
|
|
|
|
|
buat je la part time...
dulu aku kt uni 20 yrs ago pon mcm tuh... makan bercatu....
|
|
|
|
|
|
|
|
Normal la tu. Since 10y ago pon student buat part time. Lg syok keje part time masa study |
|
|
|
|
|
|
|
Thunderclouds replied at 5-7-2022 10:45 PM
Zmn study dulu masak ns sendri,lauk beli. Pilih part kepak boleh bagi 2 utk 2x mkn kalo lauk ikan ...
Insaf baca cerita uols mcm mana kuat nak jd mcm tu? I zmn study plg mewah. Pusing mall 3-4 kali seminggu. Zara , h&m, setiap sebulan sekali mkn chilis or seangkatan. Kfc, pizza tu rutin. Dah keje sendiri baru jimat2. I selalu nak jd sekuat org yg boleh menyimpan n jimat ni. Tp pernah kumpul2 cash, last2 ada je benda kena guna. |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu aku dan roomates pun buat kerja part time. Rezeki aku waktu first year tinggal sebilik dengan senior yang memang tak boleh duduk diam. Otak bisnes so aku kerja dengan dia bantu2 apa patut. Dapat pendedahan awal lepas dia grad macam2 kerja lain aku buat.. best hidup lebih selesa takda lah harapkan duit ptptn je.
Cari pengalaman tu bagus senang dapat kerja berbanding yang takda pengalaman tau.
Walau bukan kategori top student tapi yang ada working experience ni dapat kerja lebih mudah.. |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah dulu masa belajar cukup makan. cuma adalah sekali tu duit tak msuk lg n x sanggup nk mintak kat mak ayah mengenangkan adik beradik ramai. mak ayah mmg x bagi semua anak2 nya kerja melainkan waktu cuti sem. risau x fokus pada belajar atau jd x minat belajar sbb dah pegang duit sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
kami yg bekerja ni pun masak sendiri bwk bekal pegi opis dekkkkk
dijamin puas hati dan bersih sebab sendiri masak sendiri makan
kalau duduk dlm asrama, kanke ada makan bulanan byr tuuuu (ehh ada lg kannn)
sekali sekala nk mkn luar, pe salahnya.. tp pepandai la nk membajet
teringin mkn maggi? apa lg maggi besen la hahahahaa |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 6-7-2022 10:20 AM
Pensyarah menayang kereta besar apa peduli dgn student kurus tinggal tulang x cukup nutrisi, tanah kampus sgt besar boleh aja tanam sumber makanan yg x perlu dipantau byk, tasek dan kolam kampus penuh ikan kasi sauk ikan buat lauk, reban ayam kasi bertelur, perlu dibuat berjemaah bantu sesama sekampus, sedangkan bangla indon boleh survive 6 bulan xde gaji pergi mancing parit, tanam sayur dll.
Berbanding kerja part time makan masa dan tenaga juga |
|
|
|
|
|
|
|
Ye betul... Ape bende yg murah sekang.... Sume Mahal..... Tapi iols 20 yrs dulu masa study pun ikat perut... Sanggul smuggle rice cooker. Masak nasi sblm gi class... Balik class beli kuah... Balik bilik goreng telur Dadar dlm rice cooker. Kadang masak sardin.. beli sayur goreng.. ikat selagi bole ikat... Nak part-time mak X bagi.. member outing tetiap weekend . Iols duk bilik je.. life sgt struggle... Mana2 tahun pun struggle... Pepandai lah sesuaikan diri... Belanja ikut kemampuan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mkn ni...blh je berjimat..sarapan..mknlah biskut 2 keping ...msk sambal.tumis yg blh thn 2 or 3 bln...klu ada lebih sikit beli telur..mkn biskut dgn telur rebus..buah cari stok kurma..mkn 3 biji..dah ckp nutrien sarapan...mkn tgh blh beli bhg 2 dgn portion mkn mlm...minum ptg mkn biskut lg....mlm klu lapar pun buat air milo atau mkn biskut.lg...belanja mkn mcm ni dlm rm200 to rm300 je..x yah beli jajan..x yah beli air cafe hipster etc..ckp je |
|
|
|
|
|
|
| |
|