CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1122|Reply: 8

Kerajaan Tolak Permohonan Nikah Beza Agama

[Copy link]
Post time 5-7-2022 09:48 PM | Show all posts |Read mode
Permohonan pernikahan berbeza agama melibatkan seorang pasangan ditolak kerajaan Indonesia.


CNN Indonesia melaporkan penolakan itu disuarakan Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia, Yasonna H. Laoly dan Menteri Agama, Cholil Yaqut Qoumas semasa perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan.  


Sebelum ini, seorang penduduk, E. Ramos Petege meminta Mahkamah Perlembagaan menerusi Perkara 2 Perenggan 1 Undang-Undang Perkahwinan supaya tidak menetapkan syarat perkahwinan antara agama sahaja.




75 pasangan pengantin lelaki dan wanita menyertai majlis perkahwinan besar-besaran di Bantul, Yogyakarta.-AFP/Gambar Hiasan





“Pihak pemerintah mengatakan mahkamah sudah sepatutnya menolak permohonan pemohon.


“Kedua-dua menteri bertindak bagi pihak Presiden Joko Widodo. Mereka mempersoalkan kedudukan sah Ramos sebagai pemohon.


“Menurut mereka, Ramos tidak mengalami sebarang kerugian di sisi Perlembagaan,” kata jurucakap kementerian, Kamaruddin Amin.


Yasonna dan Yaqut menjelaskan setiap agama dan kepercayaan yang dianuti masyarakat mempunyai undang-undang perkahwinan.


Jelas mereka, ini termasuk syarat dan kaedah perkahwinan.


Bagaimanapun, pihak kerajaan berkata, Ramos merayu untuk mempunyai kehendak bebas dan menyimpang daripada peraturan perkahwinan kerana keinginan untuk mempunyai agama berbeza.


“Permintaan itu juga dilihat sebagai usaha Ramos mencari jalan pintas menyeleweng daripada syariat. Ini yang menjadi tidak jelas daripada petisyen pempetisyen,” jelasnya.


Pihak kerajaan turut mengemukakan beberapa hujah dalam hukum syarak termasuk fatwa Majelis Ulama Indonesia yang mengharamkan perkahwinan berbeza agama.


Kerajaan malah menegaskan perkahwinan dan kepercayaan antara agama tidak boleh dilakukan atas dasar hak asasi manusia serta kebebasan.


“Dalam melaksanakan dua perkara ini, kerajaan sudah menetapkan sekatan tertentu.


“Bagi tujuan menjamin pengiktirafan dan penghormatan terhadap hak dan kebebasan orang lain serta memenuhi tuntutan yang adil selaras pertimbangan akhlak, nilai agama, keselamatan serta ketenteraman awam dalam masyarakat demokrasi,” katanya.


Berdasarkan semua hujah dan bantahan yang jelas, Yasonna dan Yaqut meminta pihak mahkamah mengisytiharkan pemohon tidak mempunyai kedudukan undang-undang.


Mahkamah juga diminta menolak petisyen pemeriksaaan pemohon.  




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2022 10:33 AM | Show all posts


untuk orang beragama islam, kami ada syarat sah nikah

antara syarat sah nya, psangan adalah beragama islam

wali pun kena beragama islam
saksi pun kena beragama islam


maka atas sebab itu ,perkahwinan beda agama adalah mustahil untuk yang berpegang pada agama islam

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Baca tu acik2. Memang kat Ndon undang2 bilang tak boleh kawin beda agama. Tapi rakyatnya suka hati suka badan jah ikut ajaran undang2 sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 01:53 PM | Show all posts
Bukan ker dari dulu kat belah sana memang ada yang kawin lain2 agama.. aku pun cam pening sah ker.. tapi dah belah sanakan lantok ler deme...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Fahaman i, Ramos tu bukan nak menikah...dia nak test the water utk mudahkan rakyat indon kawin ugama berbeza
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 02:09 PM | Show all posts
biarin aja mereka nikah pak

daripada melakukan hobongan seks luar nikah pak

lihatin aja di forum ni rame lagi yg virgin pak

dijelekin ipan aja pak

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2022 02:27 PM | Show all posts
bodohlah mcm ini sial...kalau hari hari mcm ni...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 04:40 PM | Show all posts
idok le boleh
duk igtkan buleh sokmo

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2022 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Penyanyi Bob Tutupoli dikhabarkan baru meninggal. Dia berugama Kristian manakala isterinya berugama Islam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.062210 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list