CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 408|Reply: 0

[Tempatan] Tragedi Baling: 2 LRA dihenti

[Copy link]
Post time 6-7-2022 09:46 AM | Show all posts |Read mode
Tragedi Baling: 2 LRA dihenti



Keadaan penempatan yang terjejas akibat bencana dan kepala air melanda Baling, kelmarin. - FOTO BERNAMA


ALOR SETAR: Lebih 200,000 akaun pengguna bawah Syarikat Air Darul Aman (SADA) sekitar Kulim Hi-Tech dan Pinang Tunggal, Sungai Petani, terjejas selepas operasi kedua-dua Loji Rawatan Air (LRA) di kawasan berkenaan terpaksa dihenti tugas, malam tadi, akibat kejadian banjir serta kepala air di Baling, kelmarin.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata operasi LRA Kulim Hi-Tech serta LRA Pinang Tunggal dihenti tugas pada jam 10.50 dan 11.10 malam berikutan kadar kekeruhan air mentah (NTU) yang tinggi selepas bencana berkenaan.

"Penutupan sementara ini akan menjejaskan 80,000 akaun pengguna di Kulim Hi-Tech dan 121,000 akaun lagi di Pinang Tunggal.

"Pihak SADA akan membuat penghantaran air terawat melalui lori dan tangki ke kawasan terjejas akibat penutupan dua LRA berkenaan," katanya dalam satu kenyataan melalui Facebook beliau, hari ini.

Insiden banjir dan kepala air di Sungai Kupang hingga melimpah ke kawasan penempatan penduduk, kelmarin, mengorbankan tiga sekeluarga termasuk seorang ibu hamil empat bulan di Lata Celak, Kampung Iboi, selepas rumah mereka dihanyutkan arus deras.


Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... 0000-akaun-pengguna

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.081939 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list