CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1207|Reply: 10

[Dunia] Gadis jelita pilih jadi buruh binaan

[Copy link]
Post time 6-7-2022 09:47 AM | Show all posts |Read mode

- Ramai yang menyangka remaja ini menipu apabila menyatakan bidang pekerjaannya. - Caters

Gadis jelita pilih jadi buruh binaan

LONDON – Seorang gadis jelita berumur 18 tahun di  England mengejutkan ramai orang  apabila mendedahkan bahawa dia bekerja sebagai buruh binaan yang menyusun batu-bata, lapor akhbar New York Post semalam.

Francesca Hawley dari Sheffield berkata, orang lain sering terkejut atau meluahkan rasa tidak percaya apabila dia memberitahu pekerjaannya.

“Apabila orang bertanya apa yang saya lakukan dan saya beritahu mereka saya ialah buruh binaan mereka jadi terdiam. Mereka tidak percaya dan menganggap saya berbohong.

“Idola saya dalam kerjaya ini ialah ayah yang membantu saya mencari pekerjaan impian saya sebagai pekerja pembinaan,” jelasnya.

Namun, seperti juga remaja perempuan lain, Hawley tidak melupakan sisi kewanitaannya. Selepas waktu  bekerja tamat, dia akan menukar penampilan menjadi gadis biasa dengan menyarung kasut tumit tinggi bersama mini skirt.

“Dari pukul 8 pagi hingga jam 6 petang, saya kelihatan seperti buruh binaan yang comot dan kemudian pada hujung minggu, saya sebenarnya seperti seorang gadis yang memakai gaun dan kasut tumit tinggi lengkap dengan solekan,” ujarnya. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... -jadi-buruh-binaan/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2022 10:10 AM | Show all posts
some people ada bakat and love DIY.. i pun ada follow this IG lady dia renovate rumah semua sendiri.. kagum sangat tengok dan cantik kejadian kerjatangan sheols...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 6-7-2022 10:10 AM
some people ada bakat and love DIY.. i pun ada follow this IG lady dia renovate rumah semua sendiri. ...

Ape ig dia? Aku minat juga keje2 diy tapi duduk apartment, limited sikit time & space untuk diy
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by green~tea at 6-7-2022 11:56 AM
kitaserupaaa replied at 6-7-2022 10:33 AM
Ape ig dia? Aku minat juga keje2 diy tapi duduk apartment, limited sikit time & space untuk diy


Ni uolssss... xomacenna.. i tepek link tak menjadikk la pulak... i suka tengok kakak kepada hanis haizi pink stiletto tu pun hias2 rumah, follow dia ni....


I suka amek ideas home deco tp nak DIY tu idok lerrr.. huduh kejadiannya nnti


https://instagram.com/xomacenna?igshid=YmMyMTA2M2Y=
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
jelita ka...ke sebab blonde ja
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 12:00 PM | Show all posts
Kalau dah itu bidang dia minat silakan je pasti hasil kerja pun bagus sebab buat benda yang dia suka dari kerja terpaksa hasil kelaut
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2022 12:34 PM | Show all posts
cantik standard kokosen
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 12:41 PM | Show all posts
kat Uk boleh la..kalo kat Msia habisla rentung muka kau hari2 kena bjemur tgh panas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2022 12:46 PM | Show all posts
manakala kat Malaysia

tak padan dengan PKNS

kerja memilih!!!!!!!!!

SPM takde A

grad lower class

boleh2 nk isi SPA

pergi kerja kemain mekap pakai lawa2

lipstik pun calit tak rata

keje ngn bapok gay pondan

pergi panggil org tu "akak"

ko jantan betina tk reti beza

tongong

puihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahh, boleh lah join jadi HGTV stars....mcm christina (ex-tareq), alison, jasmine roth, erin napier, egypt, jojo gaines etc etc Suka tgk all those designers and builders buat rumah yg buruk dan sedih jadi gorgeous...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 01:04 PM | Show all posts
buruh binaan DIY boleh la. kalau buruh kasar buat rumah pprt 40 tingkat nak tau jugak berapa lama boleh tahan mode jelita tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.066377 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list