View: 1036|Reply: 15
|
Pemburu Bunuh Haiwan Terancam, Mati Ditembak Di Kepala Oleh Perompak. Karma?
[Copy link]
|
|
CAPE TOWN: Seorang pemburu prolifik yang membunuh haiwan terancam seperti singa, zirafah dan gajah dilaporkan maut ditembak oleh perompak di wilayah Limpopo, Afrika Selatan.
Lapor Daily Mail, Riaan Naude, 55, ditembak oleh dua lelaki dari jarak jauh selepas trak mangsa diparkir di tepi jalan akibat rosak.
Naude mengendalikan syarikat Pro Hunt Africa yang berteraskan `pemburuan eko’ dan berkongsi gambar mengerikan yang memaparkan haiwan terancam mati.
Foto: Daily Mail
Mayat Naude ditemukan di sebelah trak Toyota miliknya dengan kesan tembakan di bahagian kepala.
Menurut saksi, ketika kejadian, dua lelaki keluar dari kereta Nissan lalu menembak mangsa di bahagian kepala dan mencuri sepucuk pistol serta melarikan diri.
Beberapa barangan lain seperti dua senapang memburu, pakaian dan kartrij pistol ditemukan bersebelahan mayat Naude.
Sementara itu, jurucakap polis, Leftenan Kolonel Mamphaswa Seabi berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti motif pembunuhan.
“Lelaki itu ditemukan dalam keadaan terlentang dengan kesan darah di kepala dan mukanya.
“Motif serangan dan pembunuhan belum diketahui,” katanya.
Seorang penduduk tempatan mendakwa terdengar bunyi tembakan dan melihat sebuah kereta Nissan memecut laju ke arah bandar Marken, Afrika Selatan. -CARI
Sumber: Utusan Online |
|
|
|
|
|
|
|
Biasa la tu.. kalau dah susah sangat nak angkut masuk court, evident pon susah nak collect.. so, end up dia macam tu laaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku tengok doku singa jantan ni sbnrnye paling mudah nak diburu. sebab singa jantan ni mmg kategori pemalas dlm group depa, mmg tukang tabur sperma ja. singa betina yg tangkas aktif rajin cari makan pe suma. singa jantan memang akan duk kt sarang main ngan anak singa je |
|
|
|
|
|
|
|
bangsa etis teori evolusi bestialiti |
|
|
|
|
|
|
|
lambat sgt perompak tu bertindak. patut dari awal lagi musibat spt ni ditamatkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada guna nya juga perompak. |
|
|
|
|
|
|
|
yeay! |
|
|
|
|
|
|
|
Bila kita buat jahat bermakna kita telah buat "hutang"
tiba masanya ko terpaksa membayar dengan diri ko sendiri
NERAKA KIRIM SALAM |
|
|
|
|
|
|
|
teringat berita dlm porem ni dulu, singa2 betina merobek telur si singa jantan sbb makan hasil tangkapan yg sepatutnya diberi kat anak2. dlm dunia singa pun ada bewak idop
|
|
|
|
|
|
|
|
Motif serangan dan pembunuhan belum diketahui
dah tu yang pandai2 kata dibunuh perompak tu siapa, ko juga kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa gelar perompak kalau tak rompak pon? ni mesti pencinta haiwan yg dah naik hantu tak tahan tengok setan2 berkeliaran exploit/bunuh haiwan utk duit. ni versi extreme, kalau versi lite pembeli kucing kena scam dgn 'penjual kucing', adan ukeee! |
|
|
|
|
|
|
| |
|