|
PETALING JAYA – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) akan mengadakan pertemuan dengan pempamer dan penerbit filem esok bagi membincangkan semula berhubung isu agihan keuntungan jualan tiket antara kedua-dua pihak. Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Prof. Dr. Md. Nasir Ibrahim berkata, pertemuan itu sudah lama dirancang dan hasil daripada perbincangan, keputusan serta garis panduan yang lebih jelas akan dicapai antara pihak terlibat. Selain itu, menurutnya, dalam usaha meringankan beban kewangan penggiat filem, pihaknya terus komited membantu tanpa mengetepikan mana-mana penerbit
https://www.kosmo.com.my/2022/07/06/finas-bertemu-penerbit-bincang-isu-agihan-untung-esok/
|
|