View: 4247|Reply: 42
|
"Apa Benda Jemput Rempit?"Ramai Tak Puas Hati Haqiem Stopa Datang Sekolah Beri Motivasi Pada Pelajar
[Copy link]
|
|
Beberapa bulan lepas nama Haqiem Stopa menjadidi perhatian selepas dia diberi kesempatan bertemu dengan Timbalan Menteri Perpaduan, Wan Ahmad Fayhsal dan diberi jolokan ikon permotoran.
Namun ramai yang tak puas hati kerana menganggap Haqiem Stopa hanyalah ‘mat rempit’ memandangkan dia selalu berkongsi konten berkenaan motosikal di TikTok.
Baru-baru ini, Haqiem ada berkongsi rakaman sewaktu hadir ke sekolah lama tempatnya menimba ilmu untuk memberikan motivasi.
Difahamkan, kehadirannya ke sana telah disambut oleh guru bagi memberikan sedikit pesanan dan juga berinteraksi dengan para pelajar serta berkongsi cerita tentang dirinya.
Susulan itu ramai menganggap tindakan tersebut kurang bijak dan mempersoalkan mengapa pihak guru menerima individu yang dipanggil ‘mat rempit’ untuk memberi ucapan di sekolah.
Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Kuro Bikeseller, dia telah menyatakan rasa kurang setuju dengan tindakan menjemput Haqiem Stopa kerana disifatkan tidak membantu kemajuan generasi pun.
Tambahnya, individu seperti itu sepatutnya tidak dipublisitikan dan dijadikan contoh kepada remaja-remaja bimbang mendatangkan pemahaman negatif dalam pemikiran mereka.
Sehubungan dengan perkongsian luahan pengguna Facebook itu, rata-rata netizen turut sama bersetuju dengan pendapatnya kerana merasakan kehadiran TikToker tersebut ke sekolah agak tidak sesuai melihat daripada konten serta kontroversi sebelum ini.
Mereka juga mempertikaikan apa yang boleh dicontohi daripada pemuda terbabit kerana dia juga digelar ‘mat rempit’ melihat daripada muat naiknya di laman sosial. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Apa sangat dengan rempit...menteri semburit..rasuah pun bebas bagi ceramah motibasi sana sini..janji populer. |
|
|
|
|
|
|
|
jangan limitkan diri anda untuk belajar dari siapa....belajarlah walaupun dari monyet atau babi....ambil yg baik buang yg buruk...faham |
|
|
|
|
|
|
|
kalo yer2 pon...amik la depa yg terlibat dlm bidang scammer,money laundering ka....boleh la bebudak tu semua berlajar camner nk buat duit... |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin almuni sekolah tu..mamat ni yg palaing berjaya |
|
|
|
|
|
|
|
kenal haqiem rusly dgn sheila rusly je
who r yussss |
|
|
|
|
|
|
|
Ini lah jadinya bila negara dipimpin oleh para badut.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jemput la Nicol David, LCW, Azizul, shalin Zulkifli, pandalela renong ke, baru la boleh menjadi inspirasi anak muda |
|
|
|
|
|
|
|
So, murid2 tak payah belajar rajin2 ye. Buat je tiktok ke utube ke ig ke supaya dpt jd influencer berjaya dan ke arah jutawan. |
|
|
|
|
|
|
|
knp dia jln pakai tongkat tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Simunggu replied at 6-7-2022 02:23 PM
jangan limitkan diri anda untuk belajar dari siapa....belajarlah walaupun dari monyet atau babi....a ...
Wow sis. Ini komen yang bernas sis. |
|
|
|
|
|
|
|
Sekolah@chazey tak nak jemput ikon rempit jugak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Pantang sungguh aku org letak kaki siap bekasut kt seat moto ke kete ke.....rase nak penteh je kaki tu |
|
|
|
|
|
|
|
Si stopa ni dah bagi explanation kat ig heols. Iols takde la marah stopa ni pergi sekolah ni sebab dia dijemput…. Tapi yang menjemput tu bengap betul ek. Ramai je lagi orang yang dulu kelas belakang, nakal zaman remaja dan berjaya yang boleh dipanggil bagi talk. Consider la sikit apa pekerjaan orang tu sekarang kalau nak panggil pun. Eee bengap la ngo ke, sekolah ke, kementerian ke… |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by .HannahMontana. at 6-7-2022 05:44 PM
sampai bila kita nak hina orang ?
sampai bila ?
bagi ruang , berilah peluang
ada manusia nasib xbaik permulaan hidup dia xberapa cantik
manusia boleh berubah walaupun xmudah
Janganlah hanya menilai seorang yang dulunya rempit , besar kemungkinannya seorang rempit kini berjaya belajar sesuatu di sepanjang hidupnya dan menjadi seseorang yang lebih baik dari masa silamnya
Berilah peluang
Kita sepatutnya bukan hanya menjulang yang sentiasa terbaik tetapi hendaklah kita memberi peluang untuk manusia yang memperbaiki diri .
orang yang berjaya bukanlah orang yang tidak pernah gagal loangsung TETAPI orang yang berjaya ialah orang yang sabar.
sabar bila dihina
sabar bila dirinya di kutuk keji bertubi-tubi
sabar menahan segala ujian dan mengorak langkah dan berjaya melepasi ruang kegagalan suatu masa dulu penyebab diri dia di pandang rempit dan busuk .
BERILAH PELUANG , HIDUP SEBENARNYA SEBUAH PERJUANGAN . |
|
|
|
|
|
|
|
.HannahMontana. replied at 6-7-2022 05:43 PM
sampai bila kita nak hina orang ?
sampai bila ?
Kau yg selalu hina org tiba2 berubah nada..tapi bagus juga...are u the same hanna? |
|
|
|
|
|
|
| |
|