CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 837|Reply: 5

Bahasa Rojak Dalam Lagu Tidak Relevan, Jejas Pemerkasaan Bahasa Melayu

[Copy link]
Post time 6-7-2022 02:46 PM | Show all posts |Read mode
Pakar bahasa, Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong (Sumber Getaran)


Pakar bahasa, Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong menyarankan kepada pencipta lagu, penulis lirik dan komposer agar menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya ketika berkarya tanpa mencampuradukkan bahasa lain sebagai usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan itu.



Memetik laporan Getaran, Teo turut berpendapat adalah tidak wajar sekiranya golongan penggiat seni ketika ini menganggap kombinasi dua bahasa dalam satu lagu adalah relevan atas alasan mahu membawa produk mereka menembusi pasaran antarabangsa.



"Sepatutnya lirik kena sepenuhnya bahasa Melayu tetapi kadang-kadang kita faham juga dimasukkan satu atau dua patah perkataan bahasa Inggeris. Bagaimanapun, perlu ada sebabnya kerana kalau kita tengok lagu P Ramlee pun ada gunakan bahasa lain.






"Bukan tak boleh namun perlu digunakan hanya sebagai gurauan, hiburan atau ajukan agar ia lebih dramatik dan akan rasa 'hidup', itu kita faham. Tetapi, kita tak mahu perkataan bahasa Inggeris dimasukkan sebagai unsur asas," katanya kepada Getaran ketika dihubungi.



Teo berkata demikian ketika diminta mengulas situasi lagu Melayu yang sejak kebelakangan ini semakin banyak dihasilkan dengan lirik campiran bahasa lain.



Penghasilan karya dwi-bahasa dalam lagu dendangan juga mencetuskan kerisauan pengkaji linguistik.



Lebih membimbangkan apabila adapa pencipta lagu terutama dalam kalangan komposer muda semakin cenderung mencampuradukkan bahasa dalam lirik atas dasar kebebasan berkarya selain memenuhi permintaan atau pasaran semasa.






Golongan pejuang bahasa kebangsaan bimbang andai situasi itu tidak dibendung, ia akan menjadi budaya atau ikutan yang akhirnya akan mencerminkan rasa kurang yakin artis tempatan terhadap penggunaan bahasa Melayu secara menyeluruh.



Teo turut menegaskan penggunaan bahasa kebangsaan penyampai radio tempatan yang mengemudikan slot bahasa Melayu juga dilihat masih belum mencapai tahap profesional.



Ilmuan itu berpendapat penyampai raiod juga perlu melatih diri menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya serta elakkan daripada menggunakan campuran bahasa Inggeris ketika ke udara. -CARI


Konti radio Hot FM (Gambar hiasan)




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2022 03:15 PM | Show all posts
betul sangat... tak payah nak acah-acah pahlawan melayu mat kilau lah apa lah, tapi bila menulis masih  ' hi yunk, salam mucuk, baby, hunny, etc'
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
kombinasi, relevan & dramatik juga perkataan English
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 04:13 PM | Show all posts
language is evolutionary, not static.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 04:23 PM | Show all posts
betul.. zaman tok mat jadi menteri penerangan dulu beliau memang ban campur bahasa ni..
sebab tu lagu dulu-dulu sedap didengar..
even rock tapi bahasa lirik puitis bermakna..
inikan pula lagu balada leleh..
masuk zaman retis bbnu ni, hancus bahasa..
campur melayu english tapi lagu takde pun market sampai luar..
nak masuk indon pun perit..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 04:23 PM | Show all posts
lagu2 ft bnyk guna dwi lingual
x missing you - short form mcm yg biasa ditaip dlm wsp
goodbye hello
assalamualaikum - no 2 ajl

for me, dlm lagu klu nk guna bahasa inggeris
kena dgn lirik2 lain dlm bahasa dan jgk melodi
bkn main taram je


Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:40 PM GMT+8 , Processed in 0.180638 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list