CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 736|Reply: 2

[Tempatan] Guru lesap RM63,800 ditipu ‘Datuk Fauzi’

[Copy link]
Post time 6-7-2022 06:33 PM | Show all posts |Read mode

Guru lesap RM63,800 ditipu ‘Datuk Fauzi’

AHMAD ADNAN BASRI


  • Oleh ASLIZA MUSA
  • 6 Julai 2022, 6:24 pm


TELUK INTAN: Gara-gara takut didakwa dan ditangkap kononnya terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram, seorang guru wanita lesap RM63,800 setelah terpedaya dengan tawaran penyelesaian oleh pegawai polis dikenali Datuk Fauzi.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kejadian itu bermula selepas mangsa berusia 49 tahun dihubungi seorang lelaki minggu lalu mendakwa daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Teluk Intan.

Katanya, menerusi panggilan itu, lelaki tersebut memaklumkan yang mangsa mempunyai tunggakan cukai, namun, dakwaan itu telah dinafikan guru berkenaan.

“Panggilan telefon disambung ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di mana seorang lelaki dikenali Sarjan Khairul mengatakan mangsa terlibat kegiatan pengubahan wang haram yang boleh diambil tindakan mahkamah.

“Suspek kemudian menyambung panggilan itu kepada Inspektor Fazley dari IPD Ipoh diikuti pegawai polis di Bukit Aman bernama Datuk Fauzi bagi membantu mangsa menyelesaikan kes tersebut di mana dia perlu membuat sejumlah bayaran,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mangsa telah diminta memberi maklumat kad bank miliknya serta nombor kod pengesahan transaksi (TAC) kepada Datuk Fauzi untuk siasatan.

Katanya, mangsa hanya menyedari ditipu selepas mendapati terdapat pengurangan wang sebanyak RM61,150 dalam akaun banknya sebelum tampil membuat laporan polis semalam.

“Siasatan awal mendapati wang mangsa dipindahkan ke akaun pihak ketiga secara berperingkat melalui tiga transaksi berjumlah RM24,800, RM30,000 dan RM9,000.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana tipu,” katanya. –UTUSAN





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2022 06:40 PM | Show all posts
Apa punca sampai kena scam ?


ada ke apa-apa  perjanjian pulangan  lumayan ke ? memberi harapan palsu dan cinta palsu ?

kesepian dan perlukan pasangan hidup lantas terjebak di tipu??

sesiapa  sebenarnya yang perlu educate rakyat Malaysia dari berterusan di persenda scammer dan ditipu duit sebegini ??????

diri sendiri pun xboleh jaga diri sendiri apakah mungkin ada solusi lain nak   elak kena scam mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu th mngajar je ke?,yg lain2 xth ke cikgu?,berita tv pon x tgk ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.056831 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list