CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1828|Reply: 27

[Tempatan] ‘Najib perlu masuk penjara’ - Cerita panas bodoh Asia Times, kata Puad

[Copy link]
Post time 7-7-2022 08:32 AM | Show all posts |Read mode
‘Najib perlu masuk penjara’ - Cerita panas bodoh Asia Times, kata Puad

https://www.malaysiakini.com/news/627384

Diterbitkan:  Jul 6, 2022 6:32 PM⋅
Dikemaskini: 6:34 PM



Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Puad Zarkashi mempertahan kenyataan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan bahawa Najib Razak perlu masuk penjara terlebih dulu jika mahu mendapatkan pengampunan.

Bagaimanapun kata Mohd Puad, pandangan Mohamad telah diputar belit oleh Asia Times bagi menimbulkan "cerita panas bodoh".

Jelas Mohd Puad, apa yang berlaku Najib tidak mahu memohon pengampunan dan mahukan perbicaraan yang adil dijalankan terhadapnya.

"Logiklah apa Mat (Mohamad) Hasan kata. Najib perlu masuk penjara kalau dia mahu minta 'pengampunan'. Isunya Najib tidak minta pengampunan. Najib mahu perbicaraan yang adil. Belum habis lagi.



"Najib tidak pernah minta pengampunan. Tidak ada kenyataan dari Najib. Tidak ada rekod Najib mohon di Mahkamah. Bahkan tidak ada surat kepada Yang di-Pertuan Agong minta pengampunan.

"Tetapi Asia Times menggunakan logik masuk penjara itu sebagai bahan cerita yang dispin untuk buat cerita panas bodoh," katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Semalam, Wartawan Asia Times Nick Kochan mempertahankan wawancaranya dengan timbalan presiden Umno itu berikutan dakwaan bahawa laporannya mengambil kenyataan Mohamad di luar konteks.

"Kami tetap dengan laporan kami," katanya di Twitter, bersama dengan pautan untuk memuat turun rakaman audio daripada wawancara itu.



Bercakap kepada Malaysiakini, Kochan mengesahkan rakaman itu adalah sahih dan berkata Mohamad sedar wawancara itu dirakam.

Dalam pada itu Mohd Puad berkata, adalah tidak munasabah jika Najib meminta pengampunan sedangkan perbicaraan masih berjalan.

"Tidak munasabah Najib minta pengampunan. Perbicaraan Najib masih berjalan termasuk isu Hakim Nazlan ada 'conflict of interest'.

"Anwar memang minta pengampunan. Dia dalam penjara. Nak keluar kena minta ampun. Minta ampun bermakna mengaku salah.

“Najib mahu perbicaraan adil. Tidak minta ampun pun," katanya lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2022 08:38 AM | Show all posts
kenapa tak cakap itu cerita bodoh dari mat hassan...  kau ni puad pun.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 08:44 AM | Show all posts
ehhh puad ko asal bodoh ekk..yang ko pegi duduk kat kampong aku tu kenapa...nak sorok dari sape tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg kena interview mat hassan yg menyebok sifuad sapa yg bodo?
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
kelana36 replied at 7-7-2022 08:38 AM
kenapa tak cakap itu cerita bodoh dari mat hassan...  kau ni puad pun.....

Itu bukan cerita bodoh dari mat hassan...
Apa yg mat hassan cakap, memanglah betul, kalau tak masuk penjara buat apa nak mohon pengampunan.
Proses perbicaraan dimahkamah pun belum habis lagi samaada masuk penjara ataupun tidak.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 09:12 AM | Show all posts
apesal dia ni skang kuat mencapub plak tiba2
tu hari senyap ingat da mati
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2022 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 7-7-2022 08:47 AM
Itu bukan cerita bodoh dari mat hassan...
Apa yg mat hassan cakap, memanglah betul, kalau tak masu ...

Dia dah di dapati bersalahlah abang..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 10:15 AM | Show all posts
undi DAP tak cebok berak la macam ni

Malaysian Malaysia!!!!!!!!!!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2022 10:19 AM | Show all posts
scorpionkiki replied at 7-7-2022 09:49 AM
Dia dah di dapati bersalahlah abang..

Itu keputusan mahkamah tinggi dan rayuan,
Mahkamah Persekutuaan belum lagi buat keputusan samaada dia bersalah ataupun tidak....
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 7-7-2022 10:19 AM
Itu keputusan mahkamah tinggi dan rayuan,
Mahkamah Persekutuaan belum lagi buat keputusan samaada  ...

Pokoknya dia dah didapati bersalah pd semua level kecuali yg persekutuan...kalau ikut logik your thinking tu, semua penjenayah tak bersalahlah hingga sampai ke peringkat mahkamah persekutuan walau dah bersalah di peringkat mahkamah tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 10:49 AM | Show all posts
scorpionkiki replied at 7-7-2022 10:30 AM
Pokoknya dia dah didapati bersalah pd semua level kecuali yg persekutuan...kalau ikut logik your t ...

toksah la duk reply cacai jibun tu... haritu dia boleh tanya iols apa salah najib, apa kerosakan najib dah buat, gituwwwww
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 10:59 AM | Show all posts
Edited by rashiman at 7-7-2022 11:03 AM
scorpionkiki replied at 7-7-2022 10:30 AM
Pokoknya dia dah didapati bersalah pd semua level kecuali yg persekutuan...kalau ikut logik your t ...



maknanya masih lagi belum selesai pd semua level.....
level mahkamah persekutuaan masih lagi belum selesai...belum lagi buat keputusan sama ada bersalah ataupun tidak...


sebab itu mat hassan kata....tak boleh lagi utk mohon pengampunan, ....keputusan bersalah masih lagi dalam perbicaraan...tunggu mahkamah persekutuan yg menentukan...jika ke Penjara, bolehlah mohon pengampunan tapi jika tak ke Penjara, tak ada keperluan mohon pengampunan..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 11:13 AM | Show all posts
rashiman replied at 7-7-2022 04:47 AM
Itu bukan cerita bodoh dari mat hassan...
Apa yg mat hassan cakap, memanglah betul, kalau tak masu ...

itu lah yang aku maksudkan, mat asan cakap yang betul, pemberita siar yang betul seperti mat asan cakap, mana datangnya cerita panas bodoh tu?

in other word dia nak kata mat asan tu bodoh la kan... cerita benda ni kat pemberita buat apa..


Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
kalo ponorogo dan buskurap masuk penjara.. mat asan la presiden umno..simple math
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
dah dekat pru ni muncul la si poad ni menjilat.. mana tau dpt jadi calon..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 11:55 AM | Show all posts
kelana36 replied at 7-7-2022 11:13 AM
itu lah yang aku maksudkan, mat asan cakap yang betul, pemberita siar yang betul seperti mat asan  ...

tok mat dan pemberita ok...betul apa yg dikatakan dan yg disiarkan...


cuma yg datangnya cerita panas bodoh tu dari pembaca yg membuat tafsiran bodoh...
cuba nak menggambarkan seolah2 tok mat nak kata PokJib bersalah, kena ke penjara...cuba nak melaga2kan tok mat dgn pokjib...
jadi jangan mudah terperdaya dengan tafsiran bodoh seperti ini..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2022 12:44 PM | Show all posts
OK semua memang bodoh.

Next!
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 7-7-2022 10:49 AM
toksah la duk reply cacai jibun tu... haritu dia boleh tanya iols apa salah najib, apa kerosakan n ...


Ni kira mcm amber heard tak.bersalahla sbb dia nak buat rayuan no...walau dah kena bayaq pakcik joni
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 02:22 PM | Show all posts
Edited by rashiman at 7-7-2022 02:24 PM
scorpionkiki replied at 7-7-2022 01:01 PM
Ni kira mcm amber heard tak.bersalahla sbb dia nak buat rayuan no...walau dah kena bayaq pakcik jo ...



kalau nak mohon pengampunan...

kenalah lalui seperti contoh kes mcm DSAI.Mahkamah Tinggi - Mahkamah Rayuan - Mahkamah Persekutuan - Penjara - Mohon Pengampunan

kes Najib  belum abis lalu lagi, bergantung kepada keputusan Mahkamah Persekutuan.
Mahkamah Tinggi - Mahkamah Rayuan -

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa Mat assan takut bonar ngan.najip ?? Ada grand design utk.lepaskan Najib & seterusnya naikkan.najip sebagai pres. Umno kaa??
- dah la inglis.Mat assan levelnya macam dak rempit spiking jah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:50 PM GMT+8 , Processed in 0.656175 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list