CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 424|Reply: 2

[Dunia] Minneapolis bandar pertama di AS boleh azan guna pembesar suara

[Copy link]
Post time 7-7-2022 08:42 AM | Show all posts |Read mode
Minneapolis bandar pertama di AS boleh azan guna pembesar suara

https://www.utusan.com.my/luar-n ... una-pembesar-suara/

Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
7 Julai 2022, 8:00 am


MINNEAPOLIS membenarkan masjid melaungkan azan secara terbuka menggunakan alat pembesar suara. - JESSIE WARDARSKI.

WASHINGTON:  Minneapolis menjadi bandar pertama di Amerika Syarikat (AS) yang membenarkan masjid melaungkan azan menggunakan alat pembesar suara sepanjang tahun tanpa sebarang permit.

Lapor Al Jazeera, keputusan itu disambut baik oleh seorang penduduk bukan beragama Islam yang menetap di Minneapolis.   

Paderi Jane Buckley-Free tampil menceritakan pengalaman dialaminya ketika mendengar laungan azan buat pertama kali sepanjang menetap di kawasan tersebut.

Kata Buckley-Free, ketika itu, dia sedang berjalan melalui kawasan kejiranan Cedar-Riverside berhampiran gerejanya apabila azan dilaungkan.

“Saya terdengar seperti alunan muzik yang amat tenang seperti berada di syurga.

“Pada mulanya, saya tidak tahu bunyi apa sebenarnya, namun selepas seketika saya mula menyedari ia merupakan laungan azan.

“Ia bergema di seluruh bangunan dan sukar didengari dengan bunyi lalu lintas, namun ia membuatkan saya berhenti, mendengar dan tersenyum. Laungan azan begitu lembut sekali,” katanya.   

Pada Mac lalu, rang undang-undang (RUU) yang diusulkan oleh ahli majlis, Jamal Osman mendapat kelulusan majlis perbandaran.

Mengikut RUU itu, masjid di bandar itu dibenarkan melaungkan azan antara pukul 7 pagi hingga 10 malam setiap hari sepanjang tahun tanpa perlu mendapatkan permit.

Kini, ribuan penduduk Islam yang tinggal di bandar itu boleh mendengar laungan azan di kebanyakan kawasan dan bukan hanya pada bulan Ramadan.

Dalam pada itu, Jamal menyifatkan langkah tersebut sebagai penghormatan kepada semua penduduk Islam yang menetap di bandar tersebut.

“Ia juga pengiktirafan pertama Ramadan sebagai bulan suci bagi umat Islam oleh majlis perbandaran.

“Azan kini boleh berkumandang di Minneapolis,” katanya.   

Sementara itu, pengarah eksekutif Pusat Islam Abubakar-as-Saddique, Abdullahi Farah berkata, pihak masjid akan melaungkan azan sebelum akhir September ini.

“Kami mahu menghormati dan mendengar respons penduduk sebelum melaksanakannya.

“Pihak kami juga merancang untuk mengadakan perbincangan dengan komuniti pada masa terdekat,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2022 08:53 AM | Show all posts
kat US jugak ada satu bandar bernama Hamtramck di Michigan yang penduduknya majoriti isele

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 04:25 PM | Show all posts
Lepas ni boleh upgrade pasang kaset ceramah. Sebarkan kebaikan, tak cuba tak tau

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:36 PM GMT+8 , Processed in 0.060367 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list