CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1714|Reply: 17

[Tempatan] Peniaga durian jadi scammer

[Copy link]
Post time 7-7-2022 08:45 AM | Show all posts |Read mode
Peniaga durian jadi scammer

https://www.utusan.com.my/nasion ... urian-jadi-scammer/

Oleh NORHAFIZAN ZULKIFLI
7 Julai 2022, 8:27 am


PLAKAD yang dipamerkan peniaga durian mengelirukan pembeli bertujuan menarik pembeli untuk singgah di gerai mereka.

JERANTUT: Penipuan jualan atau scammer yang mengiklankan jualan durian pada harga murah bukan sahaja berleluasa di platform media sosial seperti Facebook dan Instagram, malah turut dilakukan dalam kalangan peniaga buah itu sendiri.

Taktik digunakan peniaga scammer ini adalah dengan mempamerkan plakad yang mengelirukan seperti RM100 untuk tiga bakul bertujuan menarik pembeli singgah di gerai mereka.

Namun, apabila berada di kedai, durian seperti dinyatakan dalam plakad tiada kononnya habis, yang ada hanya buah mahal yang dijual secara timbang.

Berkongsi pengalaman dengan Utusan Malaysia, seorang pembeli, Fairul Alimi Ahmad, 35, berkata, dia pernah tertipu dengan harga dipamerkan pada papan di gerai-gerai menjual durian.

Katanya, ada antara peniaga meletakkan harga yang tidak masuk akal yang ditulis pada plakad, namun sebaik sahaja berhenti di gerai terbabit, durian itu ‘sudah habis’.

“Ada sebuah gerai di Kuantan yang menawarkan harga RM100 untuk tiga bakul durian. Dari jauh kita nampak harga itu sangat menarik kerana berasakan ia murah.

“Namun, sebaik sahaja berhenti di gerai berkenaan, durian pada harga tawaran terbabit dikatakan sudah habis sedangkan plakad masih tertera harga berkenaan.

“Apa yang tinggal hanya durian yang dijual secara timbang, RM15 untuk sekilogram durian kampung. Hendak atau tidak, terpaksa juga beli kerana sudah singgah dan memang teringin hendak makan,” katanya di sini semalam.

Menurut Fairul Alimi, bukan hanya dia, malah ada kenalannya memberitahu terkena perkara sama.

“Ada juga rakan-rakan cerita mereka ternampak iklan menjual durian kampung sebakul RM30 dalam laman sosial Facebook.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi jualan, peniaga beritahu durian murah itu sudah habis sedangkan iklan yang diletakkan di Facebook tidak sampai satu jam pun. Terlalu cepat durian murah itu habis dijual dan yang tinggal hanya durian mahal,” katanya.


TERDAPAT peniaga durian mempamerkan plakad yang mengelirukan bertujuan menarik pembeli singgah di gerai mereka.

Menipu

Menurutnya lagi, tidak kurang juga ada antara peniaga yang bertindak menipu jenis durian atau asal usul durian yang dijual.

“Sekarang terkenal dengan durian Raub dan Jerantut. Peniaga sering memperdaya pembeli dengan memberitahu durian diambil dari dua kawasan berkenaan sedangkan ia diambil dari negeri lain.

“Bagi penggemar durian, mereka memang boleh membezakan durian dari Raub dan Jerantut kerana rasanya yang berbeza. Bila sudah beli dan rasanya tidak seperti diharapkan, memang kecewalah,” katanya.

Justeru, dia berharap peniaga bersikap lebih jujur dan tidak mengambil kesempatan dengan mengaut keuntungan semata-mata tanpa memikirkan nasib pembeli yang tertipu dengan tindakan mereka.

“Ia juga memberi kesan tidak hanya kepada peniaga lain yang bersikap jujur, malah kepada mereka sendiri terutama dalam jangka masa panjang kerana tindakan itu mencalarkan imej perniagaan masing-masing,” katanya. – UTUSAN


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2022 08:56 AM | Show all posts
hasil jualan derma ke masjid sikit, buat cover dosa
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 11:21 AM | Show all posts
tgh meriah kat kuantan ni buat perangai gini

bila singgah, aloooohhh laaa abih doh be

nate bewok mu
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 03:46 PM | Show all posts
Singgah di Kuantan baru ni kiri kanan depan belakang suku sakat ajak makan durian tapi aku bz. Memang tengah musim kekdahnya.

Last2 makan kat Sg Besi ja


Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by edayildiz at 7-7-2022 06:24 PM

alah nk mkn doyan tp xreti nk kupas..
aritu i beli kt duyan kotak terpengaruh ngn anzalna tp mahal ler pulak cod skrg..half dr hrga duyan dr tmpt dia ke umah i
.tahan dulu la..balikkk umah parents la mkn
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat zaman bujang dulu aku melawat kawan di Temerloh. Kami singgah beli durian tepi jalan. Sebakul rotan tu RM20! Beli 3 bakul RM50! Fuhhhh puas aku makan! Bawa balik rumah parents dia. Emak dia buat tempoyak. Lepas tu masak patin gulai tempoyak... Masya Allah!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2022 07:14 PM | Show all posts
Hendak atau tidak, terpaksa juga beli kerana sudah singgah dan memang teringin hendak makan,” katanya di sini semalam.


salah ang tu kat sini la...takde word terpaksa beli.. kalau rega tak per advertise, ko belah je lah.. pi beli aiskrim potong  perisa doyan tu , lagi shedappp

kut meols,  mmg angkat kaki sajorkk
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 11:38 PM | Show all posts
aku bg petua nk tgk si penjual dorian tu scammer ke x...

camni....

ko tgk tangkai buah tu sekali jeling je tau(ada beza kalo kait dgn luruh sendiri).....pastu ko tanyalah...bang durian nie semua baru2 ke?....kalo dia ckp buah barulah....pet pot bla bla.....harga murah lh....nk tgk isi ke nk kupas tgk ker.....korang buat bolayan je...pastu ckp ooo xpelah sy p kedai lain....hheeheeh....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2022 02:32 AM From the mobile phone | Show all posts
musangbodoh replied at 7-7-2022 11:38 PM
aku bg petua nk tgk si penjual dorian tu scammer ke x...

camni....

Macam mana nak tau buah kait dengan durian luruh?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 03:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 7-7-2022 09:14 PM
salah ang tu kat sini la...takde word terpaksa beli.. kalau rega tak per advertise, ko belah je la ...

Yes bijakkkk..

Tu bkn scam tu marketing dia

Ko angkat je la kaki tu..bkn kena rantai pun
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 06:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Patutlah kebanyakan peniaga durian ni hidup ditakuk yang sama... Rezeki tak berkat... Camtulah
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 06:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 7-7-2022 10:15 PM
edayildiz replied at 7-7-2022 10:23 AM
alah nk mkn doyan tp xreti nk kupas..
aritu i beli kt duyan kotak terpengaruh ngn anzalna tp mahal l ...


Ko carik pisau durian/durian knife keluaran Jaya Mata kat Shopi. Insyaallah urusan mengopek durian jadik senang. Aku kalau guna pisau tu, letak ja bucu pisau kat bontot durian, cucok, pehtu prick upon kulitnya, terus terbukak. Pisau tu berat dan tajam sesuai untuk kopek durian. Buat tetak ayam ka ikan ka daging ka pun hokeh.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts
alhamdulillah. jumpa selonggok rm 30 durian kampung. entah knapa i ni craving durian kampung yg fresh la opkos. x terliur pun nk makan musang king dll. taun ni. mujur la jumpa yg murah n sedap2 juga la. hanya sebiji yg kecil je masih mengkal. yg lain fresh n lemak. cukup la nak makan keluarga kecik.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 06:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku memang bukan pembeli durian, lebeh dr mampu utk beli musang king ke black thorn tu.tp sengaja tak nak biasakan anak anak makan durian.Lagi byk khasiat makan papaya, pisang, jambu batu , epal , avacado dan citrus.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 08:03 AM | Show all posts
Normabaru replied at 8-7-2022 03:17 AM
Yes bijakkkk..

Tu bkn scam tu marketing dia

taw takpoo.. pehtu komplen canang sana sini

teknik ni bukan peniaga doyan jew yg guna.. jgn pembaris sangat kan kaka norma kannnn...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 8-7-2022 06:12 AM
Ko carik pisau durian/durian knife keluaran Jaya Mata kat Shopi. Insyaallah urusan mengopek durian ...

baikkk sis..i dh googling gmbo pisau itu..blh la beli sebilah..thnx sis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2022 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Alahhhh
Depan aeon big puchong ni pung sama
Ada sekilo rm10
Bila ramai2 datang tanya..dia cakap dah habis
Jimbit btol...
Iols dah terkena
Lepas tu terus pergi puchong prima belakang petronas tu..beli.puas2
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 8-7-2022 12:21 AM
baikkk sis..i dh googling gmbo pisau itu..blh la beli sebilah..thnx sis

Welkam. Dengan pisau lain aiol memang tak reti kopek durian. Dengan pisau Jaya Mata tu ibarat penjual buah durian profesional aiol kopek durian.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.347645 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list