|
Satu kampung ada 33 kembar
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... mpung-ada-33-kembar
Agensi
Disiarkan pada: Julai 7, 2022 @ 6:40am
ANTARA pasangan kembar dilahirkan di Kampung Baimu.
Shanghai: Sebuah kampung barat daya di China menarik perhatian ramai pihak kerana mempunyai bilangan kelahiran pasangan kembar yang banyak.
Kampung Baimu di Danling di wilayah Sinchuan hanya mempunyai 2,119 penduduk daripada 631 keluarga.
Namun dalam tempoh 12 tahun lalu, sekurang-kurangnya 33 kembar di lahirkan di kampung itu, menurut Red Star New.
"Dalam tempoh tiga tahun lalu, ada satu pasangan kembar dilahirkan di kampung ini.
"Ini membuktikan kampung ini boleh dipanggil 'Kampung Kembar'," kata Setiausaha Parti kampung berkenaan, Li Yuxia.
Li juga memiliki anak kembar perempuan.
Daripada sekurang-kurangnya 33 kembar itu, lima pasangan kembar sudah meninggal dunia.
Tujuh pasangan hanya tinggal seorang daripada mereka manakala 21 pasangan kembar lain masih hidup.
Daripada 28 pasangan itu, sama ada seorang daripada mereka masih hidup atau sudah meninggal dunia.
Selain itu, 10 daripadanya kembar lelaki manakala 11 adalah kembar wanita.
Tujuh lain pasangan kembar lelaki dan wanita.
Menurut laporan itu, umur pasangan kembar dari setahun hingga 70 tahun.
Li berkata, kekeliruan bukan hanya berlaku kepada masyarakat luar, malah penduduk kampung juga sering terkeliru kerana penampilan kembar yang hampir serupa.
Wanita berkata, anak kembarnya sebelum ini berada dalam kelas yang sama di sekolah rendah.
Namun, guru mereka berkata, kedua-dua gadis itu mesti diletakkan dalam kelas yang berbeza kerana terlalu sukar untuk dibezakan.
Menurut kisah tempatan yang sering diceritakan, seorang penduduk kampung bernama Huang Wenjuan pernah menyangka seorang lagi penduduk kampung bernama Huang Wen sebagai saudara kembarnya yang bernama Huang Hui.
|
|