CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 432|Reply: 0

[Tempatan] Lapangan Antarbangsa Kuantan bernilai RM2 bilion beroperasi 2026

[Copy link]
Post time 7-7-2022 11:21 AM | Show all posts |Read mode
Lapangan Antarbangsa Kuantan bernilai RM2 bilion beroperasi 2026

https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... on-beroperasi-2026/

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
7 Julai 2022, 11:06 am


TENGKU HASSANAL IBRAHIM ALAM SHAH (tengah) diiringi Wan Rosdy Wan Ismail (tiga dari kiri) pada majlis perjanjian persefahaman (MoU) bagi Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan dan Pemajuan Pembangunan Bercampur Bandar Aero-angkasa di Kuantan.

KUANTAN – Pahang akan memiliki sebuah lapangan terbang antarabangsa yang dijangka beroperasi pada 2026 sekali gus mampu memberi impak kepada sektor perindustrian, perkhidmatan dan pelancongan negeri.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, projek bernilai RM2 bilion itu akan dibangunkan di tanah seluas 5,042 hektar di kawasan Gebeng di sini secara usahasama melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI).

“Ini merupakan projek berimpak tinggi yang melibatkan pemindahan lapangan terbang sedia ada ke kawasan baharu dan seterusnya menyokong Rancangan Fizikal Negara Ke-3 iaitu sebagai bandar pembangunan transit nasional (udara, darat dan laut) secara bersepadu.

“Pelaksanaan projek ini turut mengambil kira faktor hab ekonomi yang lain kerana ia terletak di Kawasan Industri Gebeng selain berhampiran dengan Pelabuhan Kuantan dan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) serta menjadi pintu masuk utama ke negeri-negeri Pantai Timur,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengiringi Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyaksikan perjanjian persefahaman (MoU) bagi Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan dan Pemajuan Pembangunan Bercampur Bandar Aero-angkasa di sini semalam.

Menurut Wan Rosdy projek itu dijangka menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negeri Pahang dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM7.5 bilion setahun atau RM150 bilion dalam tempoh 20 tahun.

Dalam pada itu katanya, projek itu juga bakal membuka peluang pekerjaan baharu dengan sasaran 20,000 peluang pekerjaan bagi pengoperasian lapangan terbang serta 30,000 peluang pekerjaan lain melibatkan tenaga kerja mahir dan separuh mahir melalui pembangunan sektor perindustrian, perkhidmatan dan pelancongan.

Tambahnya melalui projek tersebut juga, kerajaan negeri menyasarkan peningkatan kedatangan seramai 40.79 juta orang pelancong bagi tahun 2050 setelah mengambil kira situasi normal tanpa isu pandemik dan kemasukan pelabur-pelabur baharu.

“Kerajaan negeri Pahang sentiasa komited untuk menjadi sebuah negeri yang mesra pelabur dengan menyediakan persekitaran pelaburan yang kondusif kepada para pelabur untuk membuat pelaburan dan mengembangkan perniagaan mereka di Pahang,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.077294 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list