View: 1435|Reply: 12
|
[Tempatan]
Nasi sudah jadi bubur - Bagi Orang Asli, tak mudah untuk pulihkan Tasik Chini
[Copy link]
|
|
Nasi sudah jadi bubur - Bagi Orang Asli, tak mudah untuk pulihkan Tasik Chini
Hariz Mohd
Diterbitkan: Jul 7, 2022 9:52 AM
Di kaki satu bukit kecil di Tasik Chini, Pahang, terdapat 10 mesin pengorek dan pengangkut pasir mengadap tasik semulajadi kedua terbesar di Malaysia ini.
Jentera ini adalah tinggalan daripada kegiatan perlombongan yang meninggalkan lubang besar - sebesar padang bola - di kawasan itu.
Kegiatan perlombongan dihentikan pada Disember tahun lalu, beberapa bulan selepas bantahan disuarakan pemangku raja Pahang.
Bagi komuniti Orang Asli di sekitar Chini, kerosakan bagaimanapun telah dilakukan terhadap tasik itu. Kegiatan perlombongan dan pembalakan sejak 2009 telah menjejaskan sumber makanan, air dan kehidupan mereka.
Namun, dengan perlombongan telah dihentikan, Malaysiakini berkunjung ke beberapa perkampungan di kawasan itu untuk melihat sendiri jika kehidupan mereka sudah semakin pulih.
Pencemaran air
Kampung Gumum - yang dinamakan sempena legenda Naga Seri Gumum - adalah perkampungan komuniti Jakun di timur Tasik Chini.
Untuk bergenerasi lamanya, kampung ini bergantung kepada air Tasik Chini yang bersih dalam kehidupan mereka. Ia berubah setelah perlombongan bermula.
Dengan kegiatan itu sudah dihentikan, penduduk kampung berkata pemulihan baru saja bermula.
Lim Bung Kiang, 41, bergantung kepada Tasik Chini untuk mencari ikan. Menurutnya, sebelum ini air tasik cukup bersih dan penduduk dapat menjadikannya sebagai air minum.
"Sebelum perlombongan dan pembalakan bermula, kami malah boleh minum terus dari tasik. Tetapi sekarang kita perlu bawa air dari rumah," katanya.
Apakah yang dilombong di kawasan itu tidak dapat dipastikan. Menurut laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) untuk perlombongan berlesen, apa yang dilombong adalah mangan "dan mineral-mineral lain".
Penduduk lain turut membuat dakwaan sama seperti Lim. Ada yang mendakwa mereka tidak berani untuk menggunakan air tasik, selepas melihat keadaannya pada masa ini.
"Bukan semua orang boleh guna air tasik untuk mandi. Jika kulit dia dapat tahan, bolehlah. Tetapi bagi orang lain, kulit mereka jadi gatal," kata penduduk kampung, Zaidah Kasim.
Ketika kunjungan Malaysiakini, tasik secara umumnya keruh. Semakin dekat dengan bekas tapak lombong, airnya kemerah-merahan.
"Sebelum ini airnya jernih," kata pengendali bot yang memperkenalkan dirinya sebagai Yom.
"Dulu, kita dapat lihat dasar tasik, di tengah tasik pun walau parasnya dalam."
Salah satu perubahan jelas di Tasik Chini adalah tiada lagi pokok-pokok teratai yang dahulunya menjadi daya tarikan pengunjung antara Mac dan Oktober.
Sekarang, menurut Yom, hanya sedikit yang dapat dilihat. Jumlah dan mutu ikan juga merosot, katanya.
Penduduk kampung memberitahu Malaysiakini bahawa ikan kelisa dan jelawat - yang amat dicari dan bernilai - dahulunya begitu banyak namun kini dibimbangi telah pupus di Tasik Chini.
Rohani, 52, dari Kampung Gumum, berkata rasa ikan juga telah berubah.
"Dulu sedap tapi sekarang ada bau, macam bau lumpur. Saiz ikan juga kecil sekarang," katanya.
Tiada lagi 'bank' kami
Menurut Pusat Penyelidikan Tasik Chini Universiti Kebangsaan Malaysia (PPTC), saiz kawasan tasik semula jadi adalah kira-kira 202 hektar dan dikelilingi 700 hektar paya air tawar dan hutan paya.
Penyelidikannya mendapati kawasan itu kaya dengan flora dan fauna, dengan 51 spesies tumbuhan hutan tanah rendah, 15 spesies tumbuhan paya, 25 spesies tumbuhan akuatik dan 87 spesies ikan air tawar.
Kaya dengan kepelbagaian bio, Tasik Chini dianugerahkan status Rizab Biosfera Unesco pada 2009. Namun, ia berisiko hilang status itu ekoran kesn buruk yang dibawa penebangan hutan dan kegiatan melombong.
Berikutan siri laporan Malaysiakini tentang Tasik Chini tahun lalu, isu kemusnahan alam semula jadi di situ mendapat perhatian Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang bertitah agar semua kegiatan perlombongan di situ dan kawasan sekitarnya dihentikan.
Dalam usaha mitigasi untuk menyelamatkan Tasik Chini, kerajaan persekutuan dan kerajaan Pahang memulakan penanaman semula pokok tahun lalu. Ia dibuat dengan kerjasama NGO dan Orang Asli.
Ditanya berkenaan perkara ini, Orang Asli yang ditemui Malaysiakini menyambut baik kebimbangan Tengku Hassanal dan usaha kerajaan untuk menyelamatkan Tasik Chini.
Namun, kebanyakan penduduk kampung berkata mereka sudah pun menerima hakikat bahawa kerosakan yang dibawa terhadap tasik dan cara hidup mereka tidak dapat diperbaiki, sekurang-kurangnya untuk 100 tahun ini.
"Yang menderita akibat kegiatan penebangan hutan dan perlombongan adalah kami, kerana kami yang tinggal di sini, kata penduduk Kampung Tanjung Puput, Baharim, 68.
"Hutan ini dahulu menjadi 'bank' untuk kami Orang Asli. Kami boleh masuk ke hutan dan cari apa saja sumber yang kami perlukan. Namun kini hampir semua yang berguna kepada kami, seperti rotan dan damar, sudah tiada," katanya.
Yusof Chot berkata dia kini boleh menarik nafas lega selepas sekian lama bimbang akan masa depan tiga anaknya.
"Anak-anak perlu paling kurang belajar tentang hutan dan dan bagaimana untuk hidup di dalamnya. Tetapi jika tiada hutan di masa depan, sukar bagi mereka.
"Saya harap tiada lagi kemusnahan seperti apa yang telah berlaku. Kita perlu jaga tempat ini dengan baik kerana inilah tempat kita. Jika apa yang dirosakkan boleh diperbaiki, maka kami sokong penuh usaha kerajaan."
Lim pula berkata dia berharap kawasan nyah hutan akan kembali menjadi hijau.
"Sekarang di kiri dan kanan kita lihat kemusnahan yang disebabkan penebangan hutan dan perlombongan. Baguslah yang kita sudah mula langkah tanam semula, walaupun ia tidak akan jadi sama.
"Sekurang-kurangnya kawasan ini akan dipenuhi pokok semula," katanya yang turut serta dalam langkah penanaman semula itu.
Joye Ismail
Seorang lagi penduduk kampung yang terlibat, Joye Ismail berkata dia hanya ingin memainkan peranan dalam memulihara hutan walaupun merasakan langkah itu sebagai "tak masuk akal".
"Kenapa saya kata begini? Sebab hutan sudah wujud begitu lama. Mengapa rosakkannya sebelum ini?
"Pokok yang tumbang bukan berusia satu atau dua tahun, ada yang sudah lebih 100 tahun."
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by batu kikir at 7-7-2022 12:03 PM
Memang celaka lah hidup orang yang mencari kekayaan diatas kesusahan orang lain. Balak, mineral........manusia sial tu yg dapat. Bukan kau yg tanam atau jadikan mineral tu. Tapi kenapa kau hidup menyusahkan orang. Semuga Allah SWT membalas perbuatan lahabnat kauorang.
P/S I have no good words for manusia2 celaka ni. Kepala hotak diaorang........duit.duit.duit. Apa jadi pada alam sekitar......nasib kau orang la. Apa jadi pada Baling, contohnya? Semua perbuatan2 lahanat. Lepas tu ada hati nak tunjuk dia punya Ferrari dan ngaku.....I involved in business!!! |
|
|
|
|
|
|
|
tasik chini dah rosak beyond repair baru nak stop segala projek..dah terlambat dahh
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada lagi kalau diaorang nak buat
1) Ulu Tembeling dan sekitarnya
2) Endau Rompin (aku rasa nipun ramai orang dah teroka)
3) Sabah
4) Sarawak
Just a matter buat proposal, create cable. Modal? Tak yah pening.........semuanya Ali Baba. Ali dok goyang telor dan dapat 10-20%. Yang betol2 kaya Baba. Yang punah ranah...........rakyat marhaen. Bila PRU......politaik jual air lior basi. Time to f**k them off
|
|
|
|
|
|
|
|
Pernah pegi kat area sana...terserempak dgn banyak group monyet tunggu kat tepi jalan..
Rupanya tgh tunggu kot kereta parking nak kasi makan. Kat hutan pun susah cari makan. |
|
|
|
|
|
|
|
perihal tasik chini ni ad kena mengena dgan #dengkike ke ? |
|
|
|
|
|
|
|
Ini bukan kawasan Piyem tepi skarang ke |
|
|
|
|
|
|
|
sabah srawak tu..
panborneo highway, apa lg segala project dok proposed, buat surat bagai.
tapi tetap la cm kampung ulu banat.
yg kaya & kenyang tu golongan atasan.
marhen tetap takat tu ja la~
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian org asli ye..n haku pernah tgk dlm fb kot ade sorg pompuan org asli marah Kat puak2 atasan sbb Ade dgr die ckp dato dato pasal teroka tanah kt tempat die...mmg salute la kt die sbb ayat die padu n bernas |
|
|
|
|
|
|
|
Sial sgt...time korek kau buat dan enjoy segala kekayaan...time tanam pokok kau suruh NGO dan orang asli buat...semoga jahanam hidup pengkhianat negara ni
|
|
|
|
|
|
|
|
push up kemain hujung2 tetap lah kena tarah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Orix replied at 7-7-2022 12:59 PM
perihal tasik chini ni ad kena mengena dgan #dengkike ke ?
Last time i baca katanya ada. Kena tarah mcm tu xkan #dengkike xtau?? Dlm waktu yg singkat pulak tu. Kdg2 rasa hidup puak2 ni mcm xpernah ckup. Mcm firaun pon ado, tuhan dah bg byk, tp masih rasa nak lg n lg |
|
|
|
|
|
|
| |
|