|
Pasangan kekasih berpeluk kena samun
https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... erpeluk-kena-samun/
Oleh KOSMO!
7 Julai 2022, 1:04 pm
Tangkap layar kejadian tersebut yang dikatakan berlaku di ibu negara semalam.
PETALING JAYA – Sepasang kekasih yang sedang berpelukan dalam sebuah lif terkejut apabila disamun oleh seorang lelaki bersenjata.
Menerusi satu rakaman klip video yang sedang tular di media sosial ketika ini, pasangan kekasih tersebut pada awalnya dilihat sedang berpelukan sebelum seorang lelaki memakai topi keledar masuk dan terus menyamun pasangan tersebut.
Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) lif tersebut, kelihatan penyamun itu mengacukan pisau kemudian merampas telefon bimbit milik salah seorang pasangan terbabit sebelum beredar dari lif tersebut.
Difahamkan kejadian tersebut berlaku di salah sebuah rumah flat di kawasan ibu negara dan dikatakan kejadian tersebut berlaku pada sebelah malam.
Orang ramai yang menyaksikan rakaman CCTV tersebut turut memberi pandangan agar meninggalkan lif sekiranya ada individu masuk dan memakai topi keledar.
“Saya sendiri kalau nampak orang masuk lif bersama tapi topi keledar dia tidak buang, saya akan keluar lif tu. Bahaya dia macam ni lah, biasanya mesti ada niat nak menyamun,” jelas Farah Nadia.
“Takutnya sekarang ni, walaupun CCTV ada tapi itu hanya sebagai bukti sekiranya ada berlaku kejadian sahaja bukan boleh menghindarkan dari berlakunya jenayah.
“Saya rasa elok dalam setiap lif ada pembesar suara supaya pengawal boleh bercakap sekiranya terlihat keraguan,” ujar Zaibidi Yusof. – KOSMO! ONLINE.
|
|