CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 499|Reply: 0

[Tempatan] Bekalan air belum pulih, penduduk guna air telaga, mata air

[Copy link]
Post time 7-7-2022 03:40 PM | Show all posts |Read mode
Bekalan air belum pulih, penduduk guna air telaga, mata air


HADHIROH membasuh pinggan mangkuk menggunakan air telaga di rumahnya. FOTO Aminah Yusof


Bayan Lepas: Bekalan air di Pulau Pinang belum pulih sepenuhnya setakat jam 1 tengah hari ini namun segelintir penduduk bernasib baik apabila boleh mendapatkan sumber alternatif seperti mata air dan telaga untuk kegunaan harian.

Tinjauan di Masjid Jamek Kampung Binjai di sini, mendapati orang ramai membawa tong dan bekas berisi air untuk mendapatkan mata air yang disalurkan paip berpunca dari Bukit Binjai yang wujud sejak 1813.

Tok Siak Masjid Jamek Kampung Binjai, Najib Darbi, 55, berkata, bilangan penduduk yang mengambil air dianggarkan mencecah lebih 1,000 orang sejak semalam namun sudah berkurangan hari ini.

"Alhamdulillah di sini air tiada had, boleh ambil sebanyak mana yang mahu. Mata air ini bersih dan jernih selain penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) pernah menyatakan mata air itu berada dalam kategori kelas satu.

"Apa yang saya perhatikan bukan saja penduduk setempat yang datang malah orang luar dari Bayan Lepas terutamanya yang mengetahui kewujudan mata air ini sanggup datang dari jauh," katanya.

Najib berkata, bekalan mata air itu tidak pernah kering meskipun pada musim kemarau dan turut menjadi bekalan air utama masjid selain disalurkan ke telaga simpanan dan kolah masjid untuk kegunaan jemaah.

Sementara itu, penduduk, Rafeda Zainudin, 50, berkata, dia bergantung sepenuhnya kepada sumber mata air itu kerana tiada simpanan air selepas terputus bekalan sejak pagi semalam.

"Kami sudah ambil air di sini lebih 10 tong dan angkut sedikit demi sedikit guna kereta. Air ini memang bersih dan ada orang yang terus minum saja," kata ibu kepada lima anak itu.

Seorang lagi penduduk, Hadhiroh Hasaan, 40, dari Kampung Matahari Naik, Teluk Kumbar berkata, dia menggunakan sumber air telaga selepas menghadapi masalah bekalan air sejak pagi semalam.

Menurutnya, telaga lama itu kali pertama digunakan hari ini selepas belasan tahun terbiar dan dia turut memanggil jiran dan rakan terdekat mengambil air dan mandi.

"Air telaga ini cukup untuk kegunaan kami sekeluarga dan tidak menyusut walaupun sudah banyak air yang diambil selain ramai anak jiran tumpang mandi di sini pagi tadi.

"Saya hanya teringat kewujudan telaga lama ini pagi tadi dan tidak sangka airnya agak jernih dan boleh digunakan untuk kegunaan harian walaupun ia agak berbau tanah," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... air-telaga-mata-air

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:47 PM GMT+8 , Processed in 0.062914 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list