|
Berikutan kes pembunuhan isteri ketua kampung Felda Mengkuang, Bera, Selasa lalu, polis menahan tiga lelaki berusia lingkungan 30-an pada Khamis untuk membantu siasatan.
Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan penahanan itu berkata, polis berjaya menemui kereta jenis Honda City dipercayai milik suami mangsa yang dilarikan suspek dalam kejadian itu.
Gambar hiasan
"Semua suspek direman tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang wanita berusia 52 tahun ditemui maut dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di rumahnya di tanah rancangan Felda Mengkuang, Bera Selasa lalu.
Suami mangsa ditemui tidak sedarkan diri akibat kecederaan di bahagian kepala dipercayai dipukul.
Dalam kejadian itu, suspek telah melarikan wang tunai kira-kira RM6,000 bersama kereta jenis Honda City milik suami mangsa.
Sumber: Sinar Harian |
|