|
Seorang jurutera dan YouTuber dari Ukraine, Sergii Gordieiev mereka cipta sebuah basikal yang luar biasa apabila roda pada bahagian belakangnya dilihat seperti patah dua, lapor laman Oddity Central.
Oddity Central
Basikal pelik itu secara asasnya mempunyai separuh bahagian roda belakang di tengah dan separuh lagi di hujung.
Apa yang menarik, walaupun rekaan rodanya tidak lengkap, namun ia masih boleh berfungsi seperti basikal biasa.
Oddity Central
Gordieiev memasang separuh tayar pada roda menggunakan paip dan rivet, yang boleh menjejaskan keselesaan pemanduan yang ada pada basikal bertayar sempurna.
Bagaimanapun, ia adalah satu-satunya penyelesaian realistik dalam membolehkan basikal tersebut dikayuh seperti biasa.
Meskipun basikal separuh roda itu tidak sempurna, namun jurutera muda berkenaan membuktikan ia sekurang-kurangnya mampu berfungsi.
Sumber: Kosmo! Online |
|