CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1038|Reply: 7

[Jenayah] Dikecam Rempit Tak Layak Ceramah Budak Sekolah, Haqiem Babi Stopa Sebenarnya Nak Kongsi Peluang Kedua Untuk Yang Pernah Gagal

[Copy link]
Post time 8-7-2022 12:03 AM | Show all posts |Read mode
Dikecam ‘Rempit’ Dan Dikritik Tidak Layak Beri Ceramah Motivasi, Haqiem Babi Stopa Tampil Beri Kenyataan: “Sebenarnya Saya…”

Baru-baru ini, kecoh di laman Twitter berkenaan dengan penglibatan selebriti media sosial, Haqiem Babi Stopa dalam sebuah ceramah motivasi yang diadakan di sebuah sekolah di Kuala Lumpur.

Menerusi respons-respons yang diberikan, kebanyakan daripada pengguna media sosial melahirkan rasa kurang senang terhadap penglibatan Haqiem Babi dalam ceramah berkenaan

Hal ini kerana, ramai yang beranggapan imej ‘rempit’ yang melekat pada lelaki berusia 23 tahun itu tidak selari dengan audiensnya, iaitu pelajar sekolah.


    Why on earth did SMK Sungai Besi invite a Mat Rempit as a guest??In April, three boys aged between 15 and 16 were killed due to riding motorcycles.? Also a 14 year old was arrested under “Ops Samseng Jalan” for involving in Mat Rempit activities@KemPendidikan @RadziJidin pic.twitter.com/2X7fTtQOdB
    — Elill (@Elill_E) July 5, 2022


Selepas menerima kecaman yang sangat teruk, Haqiem Babi akhirnya memuat naik kenyataan di Instagramnya bagi menjernihkan keadaan.

"Sebenarnya saya telah dijemput oleh badan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai Belia Mahir untuk berkongsi kepada para pelajar sekolah tentang ‘peluang kedua’ buat mereka yang pernah gagal dalam pelajaran seperti saya sewaktu di sekolah dahulu.

"Belia Mahir ini merupakan satu organisasi yang mencari pekerja-pekerja berkemahiran, sekali gus memberi bimbingan dan sokongan agar mereka mempunyai kerjaya serta pendapatan," kongsinya.

Jelas Haqiem Babi, walaupun dia tidak meraih keputusan yang baik, dia tetap menyimpan keinginan untuk mengubah kehidupan demi membantu ibu dan bapanya.

Haqiem Babi juga menjelaskan yang dia sama sekali tidak mengajar mereka membawa motosikal tetapi lebih kepada berkongsi tentang latar belakang serta isu buli siber yang dihadapinya.

“Saya berkongsi tentang seseorang yang pernah gagal dalam hidup dan bangkit dengan semangat serta usaha yang baharu. Bina kerjaya untuk bantu mak ayah di masa hadapan. Bukannya ajar mereka merempit,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-7-2022 12:03 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2022 12:04 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2022 12:04 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2022 12:04 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Nama budak ni mmg ada babi ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-7-2022 12:40 AM | Show all posts
MissYouSayang replied at 7-7-2022 04:22 PM
Nama budak ni mmg ada babi ke

middle name tersenyum sinis



Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Okla tu..bagi nasihat dari sudut lain..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.059552 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list